Usul Undi Percaya Anwar Mahu Pimpin Negara Dengan Mandat Jelas


malaysiakini.com
Diterbitkan: Dec 11, 2022 8:18 PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usul undi percaya kepadanya adalah bertujuan membolehkan beliau memimpin negara dengan mandat yang jelas dan berdasarkan sokongan majoriti ahli parlimen

Anwar berkata beliau menjelaskan perkara itu semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.

"Dari segi undang-undang, ia tidak diperlukan. Pendapat Peguam Negara juga tidak perlu sebab majoritinya jelas dan kuasa Yang di-Pertuan Agong juga jelas.

"Yang di-Pertuan Agong menerima pandangan peguam negara (dan) bertanya saya selaku perdana menteri apakah perdana menteri merasakan perlu usul undi percaya kerana jumlahnya sudah jelas, pengakuan daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan beberapa parti kecil lain.
"Saya jawab ‘Ampun Tuanku, ini bukan soal peraturan dan undang-undang sahaja. Perkara ini dibangkitkan dan patik mahu memimpin dengan mandat jelas, dukungan ahli-ahli parlimen yang majoriti.

"Patik yakin akan memperoleh (sokongan), andai kata tidak peroleh, patik akan tunduk kepada suara rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pertemuan Mahabbah bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana, Putrajaya hari ini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Anwar berkata Al-Sultan Abdullah bersama Raja-Raja Melayu juga memainkan peranan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-15 walaupun dipertikai oleh sesetengah pihak.
Beliau berkata Al-Sultan Abdullah dan beberapa Raja Melayu yang sempat ditemuinya bertitah dari awal mereka tidak mempertikai parti yang memperoleh kerusi terbanyak akan diberikan keutamaan dan mandat untuk mentadbir negara.

“Kemudian ada usaha sambilan untuk dapatkan akuan bersumpah dan ini terus berlaku dalam tempoh yang ditetapkan (Yang di-Pertuan) Agong sehingga dua petang. Jadi, berapa pun jumlah diperoleh dimuktamadkan dalam waktunya.

“Sepertimana dalam perlumbaan, dia boleh potong kita di pusingan pertama, kita potong dia di pusingan ketiga. Tapi yang pentingnya ialah garis penamat. Ternyata saya peroleh jumlah yang besar kerana orang yang beri pengakuan sebelumnya telah menarik balik sebelum dua petang,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau memilih untuk menjelaskan situasi itu selepas diminta oleh Al-Sultan Abdullah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat terutama berkaitan isu yang boleh menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu.
Usul undi percaya terhadap kepimpinan Anwar akan menjadi antara agenda utama pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang djadual berlangsung selama dua hari bermula 19 Dis ini.

Berdasarkan Notis Mesyuarat Pertama yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat Dr Nizam Mydin Bacha Mydin untuk edaran kepada ahli-ahli parlimen, usul itu adalah yang kelapan di bawah aturan urusan mesyuarat.

Anwar, semasa sidang media sulung selepas mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov lepas, berkata satu usul undi percaya akan dibentang dalam persidangan Parlimen pada 19 Dis ini bagi menamatkan kemelut berhubung soal keabsahan beliau selaku Perdana Menteri ke-10.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/usul-undi-percaya-anwar-mahu-pimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undi Percaya Petanda Anwar Berjiwa Besar

Undi Percaya Petanda Anwar Berjiwa Besar

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 145 hits
Tiada perkataan lain yang sesuai untuk menggambarkan Anwar Ibrahim apabila bertindak tidak berlengah lama untuk membawa usul undi percaya terhadapnya di Parlimen melainkan beliau adalah seorang pemimpin yang benar benar berjiwa besar Sebaik...
Kenapa Anwar Berkeras Hendak Adakan Undi Percaya Terhadap Perdana Menteri

Kenapa Anwar Berkeras Hendak Adakan Undi Percaya Terhadap Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 227 hits
Kenapa Anwar berkeras hendak adakan undi percaya terhadap Perdana Menteri Jawapan pendek adalah kerana itu adalah perkara yang sepatutnya di lakukan oleh mana mana Perdana Menteri untuk membuktikan keabsahan di Parlimen Kedua untuk mengangk...
Mp Umno Bn Masih Boleh Tentang Undi Percaya Usul Kerajaan

Mp Umno Bn Masih Boleh Tentang Undi Percaya Usul Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 249 hits
agendaily com17 12 2022Ketua Pemuda PAS dan Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari Ahli Parlimen yang sekarang ini berpihak kepada kerajaan PH UMNO pimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menentang usul termasuk undi perc...
Kerana Anwar Malaysia Kini Begitu Dipandang Tinggi Usahawan Luar Negara

Kerana Anwar Malaysia Kini Begitu Dipandang Tinggi Usahawan Luar Negara

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 232 hits
Hanya dalam tempoh lima hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu dilaporkan sebanyak 48 ketua negara daripada seluruh dunia telah mengutus ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim Dengan ucapan tahniah seumpam...
Ada Parti Tak Boleh Move On Jadi Agong Minta Perjelaskan Maka Undi Percaya Adalah Perlu Demi Ydpa Dan Majlis Raja Raja

Ada Parti Tak Boleh Move On Jadi Agong Minta Perjelaskan Maka Undi Percaya Adalah Perlu Demi Ydpa Dan Majlis Raja Raja

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 180 hits
Agong minta perjelas sokongan majoriti elak kekeliruan kata Anwar December 11 2022 Anwar Ibrahim berkata beliau mendapat sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri ke 10 kerana terdapat Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan mereka ...
Mou Paksa Sokong Anwar Kerajaan Langgar Perlembagaan Negara

Mou Paksa Sokong Anwar Kerajaan Langgar Perlembagaan Negara

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 168 hits
agendaily com17 12 2022Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata jika ada aduan oleh ahli Parlimen yang berkenaan di bawah Seksyen 124 maka pihak polis wajar membuka kertas siasatan Memorandum persefahaman yang ditandatangani pemimpin pe...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man