Ustaz Ebit Lew Ziarah Pondok Syurga To Ki


Sekalipun tinggal di pondok kecil di pinggir hutan, namun, To'ki bahagia dengan kehidupannya ditemani isteri tercinta, Sharifah Fairuz.  "Pondok kecil ini syurga buat saya dan isteri" - To'ki

Sebak sayu tadi ziarah To'ki. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai je dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini. Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To'ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To'ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat. D ari jauh To'ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal.


Terus To'ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz.


InsyaAllah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh.


Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang.

Kepada sebilangan orang, makna kebahagiaan barangkali terletak pada kekayaan yang dimiliki.


Tinggal di kediaman besar, memandu kereta mewah dan menikmati gaya hidup sofistikated merupakan harga sebuah kepuasan kepada mereka.

Namun, bagi segelintir orang pula, dapat berteduh di sebuah pondok kecil sudah cukup membahagiakan mereka.


Sekalipun, berlindung di pondok kecil, itu bukan alasan kenapa artis terkenal, To'ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur tidak boleh mengecap kebahagiaan. Sejak lebih setahun lalu, pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor menjadi tempat berteduh buat penyanyi yang pernah mengecap populariti menerusi lagu Biasan dan Seni Berzaman itu.


Tidak pernah mengeluh, jauh sekali menyesali ketentuan takdir, To'ki, 53, yang setia ditemani isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, bersyukur kerana masih memiliki tempat berlindung. “Saya bina pondok ini sejak tiga tahun lalu lagi sebenarnya (tetapi) duduk sini dalam setahun lebih.

"Walaupun nampak macam ini (serba kekurangan) tetapi saya damai bersama isteri," kata To'ki berkongsi cerita mengenai fasa hidup yang sedang dilaluinya.


Pondok kecil ini diibaratkan To'ki seperti syurga buat dia dan isteri. 
Kata To'ki, biar apa sekalipun persepsi masyarakat terhadap kehidupan serba kekurangannya, namun, teratak kecil ini baginya saling tidak ubuah sebuah 'syurga' buat dia dan isteri.

Pondok kecil yang melindungi mereka berdua daripada panas dan hujan memiliki makna yang sentimental buat To'ki kerana ia adalah hasil kerja tangannya sendiri.

Bukan sekadar menjadi tempat berlindung, pondok ini juga, kata To'ki menjadi ruang mencari ilham dalam berkarya.

Sekalipun menyedari iklim industri muzik tanah air tidak begitu memberangsangkan, namun, aspirasi To'ki dalam berkarya tidak pernah pudar

Dia berikrar untuk kembali bangkit memperkasakan namanya walapun harus berhadapan dengan cabaran.

Berkarya menerusi nota-nota muzik dan bait-bait lirik satu-satunya kerja yang mampu dilakukan To'ki dan kini punca pendapatannya sangat terbatas.

"Sekarang ini pendapatan saya bergantung kepada jemputan menyanyi di restoran atau majlis-majlis kecil sahaja,” ujarnya.


Sharifah Fairuz setia menemani suaminya, To'ki dalam susah dan senang. 
Sebetulnya, To'ki tidak begitu gemar untuk terlalu terbuka bercerita mengenai kesulitan hidup yang dilaluinya kerana enggan orang ramai berprasangka.

Sebaliknya, dia lebih senang berkongsi idea dan hasratnya untuk kembali ke industri muzik tanah air untuk memperbaiki taraf kehidupannya itu.

Namun begitu, To'ki mengakui kediaman yang diduduki itu sangat tidak sempurna dan perlu ditambah baik,

Tetapi, tegasnya, apa kudrat yang ada padanya memandangkan untuk mengubahsuai pondok itu memerlukan kos dan semua itu tidak berada dalam radar kemampuannya.

Percaya atau tidak, bekalan air harus diangkut sendiri oleh To'ki dari sungai berdekatan.

Bahkan, untuk menyelesaikan 'hajat' juga terpaksa ke sungai memandangkan pondok kediaman itu tidak memiliki tandas.

"Nak buat macam mana ini sahaja yang termampu,” luah To'ki dalam nada suara yang lemah.

Sudahlah diuji dengan kehidupan serba sulit, dugaan tambah berganda buat To'ki apabila pergerakan isterinya terbatas kerana mengalami patah tulang pinggul akibat kemalangan yang dialaminya 10 Jun lalu.

“Paling sukar bila tiap kali nak turun atau naik sebab (tanah) curam. Kalau saya naik kerusi roda sekurang-kurangnya perlu tiga orang (untuk bantu) tolak.

"Memang sukar keadaan masa ini, namun saya dan To’ki terima nasib kami. Saya kena sesuaikan diri saya. Itu sahaja yang kami mampu,” celah Sharifah Fairuz pula.

Tambah To’ki, sekiranya ada rezeki, dia mahu mengusahakan pemasangan paip bagi membolehkan bekalan air dipam dari sungai berdekatan ke kediamannya bagi memudahkan urusan kehidupan harian.


“Kalau ada bajet saya nak tarik (pam) air dari sungai ke sini (kediaman) selain tangki air dan tandas, selagi tidak ada semua itu, kami terpaksa turun (ke sungai)," kata To’ki menyuarakan keinginanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2020/07/ustaz-ebit-lew-ziarah-pondok-syurga-toki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Anak 5 Terkejut Amp Terharu Tak Sangka Dapat Jumpa Ustaz Ebit Lew

Ibu Anak 5 Terkejut Amp Terharu Tak Sangka Dapat Jumpa Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 377 hits
Pendakwah Islam Ustaz Ebit Lew dikenali ramai dengan usaha membantu golongan memerlukan termasuk ketika negara berhadapan dengan Covid 19 Baru baru ini seorang wanita tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan terharu selepas pendakwah terk...
Video Renungan Dari Ustaz Ebit Lew Kenapa Tak Bahagia

Video Renungan Dari Ustaz Ebit Lew Kenapa Tak Bahagia

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 1251 hits
VIDEO Renungan Dari Ustaz Ebit Lew Kenapa Tak Bahagia Sama sama kita tonton video di bawah tentang kenapa tak bahagia Di mana bahagia itu Mana nak gali yang namanya bahagia Hidup tak tenang Duit banyak dapat cepat je habisnya Tak tahu ke ma...
Biodata Ustaz Ebit Lew

Biodata Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 546 hits
Biodata Ustaz Ebit LewNama Penuh Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew Lew Yun PauTarikh Lahir 21 Disember 1984Umur 36 Tahun Asal Muadzam Shah Pahang Darul MakmurKeluarga Anak ke 3 dari 12 orang adik beradikBangsa CinaAgama IslamStatus BerkahwinPendi...
Impian Ustaz Ebit Lew Tercapai Bakal Buka 10 Cawangan Pasar Raya

Impian Ustaz Ebit Lew Tercapai Bakal Buka 10 Cawangan Pasar Raya

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 333 hits
Ohmedia rasa seronok bila tengok impian pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew untuk membuka pasar raya yang dikenali sebagai ElewsMart semakin tercapai Perkongsian itu telah dibuat menerusi akaun Instagramnya dengan memuatnaik satu posting sedang ...
Jumpa Hero Depan Mata Penduduk Pulau Mantanani Teruja Sambut Ustaz Ebit Lew

Jumpa Hero Depan Mata Penduduk Pulau Mantanani Teruja Sambut Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 451 hits
Terus disayangi oleh masyarakat kini pendakwah yang terkenal dengan sikap pemurah Ustaz Ebit Lew telah pergi ke Sabah untuk menjalankan kerja kerja kebajikannya Terbaru Ustaz Ebit pergi menyantuni penduduk yang tinggal di Pulau Mantanani un...
30 Tahun Tadah Air Hujan Dan Mata Air Kecil Ustaz Ebit Lew Datang Menolong Keluarga Di Kg Bambangan Inanam

30 Tahun Tadah Air Hujan Dan Mata Air Kecil Ustaz Ebit Lew Datang Menolong Keluarga Di Kg Bambangan Inanam

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 728 hits
Walau berlainan agama dan bangsa kita sebuah keluarga Sayang orang Sabah Baik baik semuanya 30 tahun tadah air hujan dan mata air kecil Ustaz Ebit Lew datang menolong keluarga di Kg Bambangan Inanam 30 tahun tinggal di rumah kecil tadah air...
Kesempitan To Ki Tak Diabaikan Ppz Maiwp Ustaz Ebit Lew Tampil Hulur Bantuan

Kesempitan To Ki Tak Diabaikan Ppz Maiwp Ustaz Ebit Lew Tampil Hulur Bantuan

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 248 hits
Baru baru ini kita digemparkan dengan kisah penyanyi otai To ki yang tinggal di sebuah kediaman usang di sebuah hutan Apabila melihat keadaannya kini yang menyentuh hati itu pasti kita tidak menyangka bahawa insan daif itulah yang pernah me...
Layan Seperti Bapa Sendiri To Ki Jatuh Sayang Lihat Peribadi Ustaz Ebit Lew

Layan Seperti Bapa Sendiri To Ki Jatuh Sayang Lihat Peribadi Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 536 hits
Baru baru ini tular mengenai kisah kehidupan penyanyi To ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur 58 yang kini menjalani hidup serba kekurangan Sejak lebih setahun lalu pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak Selangor menjadi tempat...
Pernah Rasa Tak Ada Kerja Ustaz Ebit Lew Bahagia Dapat Bantu Orang Lain

Pernah Rasa Tak Ada Kerja Ustaz Ebit Lew Bahagia Dapat Bantu Orang Lain

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 356 hits
Sepuluh cawangan ElewsMart yang bakal dibuka dalam bulan ini nampaknya membuatkan pend kwah Ebit Lew mulai sibuk bagi menguruskan segala macam hal Lebih lebih lagi apabila 200 kakitangan akan mulai berkhidmat dan bersama sama beliau membang...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel