Ustaz Ebit Lew Kembali Menyumbang



MESKIPUN berdepan pelbagai kecaman sejak beberapa hari lalu, namun ia tidak mematahkan semangat pendakwah bebas Ebit Lew untuk terus menyumbang khidmat baktinya kepada golongan memerlukan.

Ini dibuktikan menerusi entri terbaharu di akaun Facebook miliknya, semalam, yang mana beliau kembali meneruskan aktiviti kebajikannya.

Jumaat lalu, beliau membuat keputusan untuk tidak membantu secara langsung golongan kurang berkemampuan selepas dipanggil memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman berikutan reaksi orang ramai terhadap tindakannya memaparkan aktiviti kebajikan yang dilakukannya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, Ebit yang terkenal dengan sikap pemurahnya membantu orang susah dan golongan memerlukan mendakwa tidak dapat tidur apabila mengetahui terdapat satu keluarga yang memerlukan bantuan menyebabkan beliau 'turun padang'.

"Menangis lagi di Baling, Kedah. Dah dua hari tak tidur apabila dapat berita tentang suami isteri dan empat anak masih kecil dah setahun tinggal di sini.

"Sedihnya. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya kena jalan kaki.

"Banyak nyamuk. Tandas tiada air, air hujan jer (saja). Setahun macam manalah anak baik tinggal di sini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya," katanya.

Dalam hantaran sama, pendakwah itu memaklumkan keluarga terbabit sudah mendapat perhatian ketua masyarakat di kawasan berkenaan untuk membantu mereka mendapatkan rumah, tetapi ia perlu dilakukan selepas PKP.

Ebit melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan dan pihak lain yang banyak membantu keluarga itu termasuk memberikan bantuan makanan.

Bagaimanapun beliau yang sedih melihat kedaifan enam beranak terbabit tetap mahu membantu mencarikan rumah sewa sementara keluarga itu mendapat rumah daripada pihak kerajaan.

"Sehari adik (keluarga itu) di sini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat dan rasa bersalah.

"Bagi saya sehari mereka di sini adalah dosa buat saya yang tidur lena, makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam (tetapi) anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik, senyum bahagia, anak yang baik sangat, comel, cemerlang pelajaran dan sukan," katanya.

Menurutnya, beliau akan mencari rumah dan akan menanggung bayaran sewa selama mana mereka tinggal di rumah berkenaan.

Beliau meminta orang ramai mendoakan usaha mencari rumah sewa sementara kepada keluarga itu dipermudahkan.


MR :  Terukan usaha, semoga Allah berkati


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/ustaz-ebit-lew-kembali-menyumbang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Ebit Lew Kembali Menangis Lagi Setahun Keluarga Ini Tinggal Dalam Kebun Getah

Ustaz Ebit Lew Kembali Menangis Lagi Setahun Keluarga Ini Tinggal Dalam Kebun Getah

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 573 hits
Kontroversi yang melanda Ustaz Ebit Lew ekoran isu dirinya menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan sepanjang PKP telah mewujudkan spekulasi sesetengah pihak bahawa beliau tidak lagi membuat kerja kerja amal Pendakwah ini juga dili...
Selepas Ust Ebit Lew Kembali Menyumbang Abu Syafiq Mula Muat Naik Status

Selepas Ust Ebit Lew Kembali Menyumbang Abu Syafiq Mula Muat Naik Status

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 806 hits
Hari ini kita dapat menyaksikan Ustaz Ebit Lew kembali meneruskan kerja amal beliau selepas berehat sehari gara gara ada individu membuat laporan Meskipun begitu ia langsung tidak mematahkan semangat beliau untuk membantu masyarakat terutam...
Hargai Usaha Dakwah Ustaz Ebit Lew Ds Reezal Merican

Hargai Usaha Dakwah Ustaz Ebit Lew Ds Reezal Merican

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 644 hits
Menteri Belia Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut sama menzahirkan simpatidengan ujian yang menimpa pendakwah terkenal yang disegani Ustaz Ebit Lew Menerusi laman Facebook dan twitter beliau berkongsi pernghargaan kepada Ust...
Pendedahan Terbaru Siapa Sebenarnya Ustaz Ebit Lew Yang Tidak Diketahui Umum

Pendedahan Terbaru Siapa Sebenarnya Ustaz Ebit Lew Yang Tidak Diketahui Umum

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 911 hits
PENDEDAHAN SIAPAKAH SEBENARNYA USTAZ EBIT LEW Siapa yang tertanya tanya Ustaz Ebit tu kenapa dia kaya siap bawak kereta mewah Ustaz Ebit buat dakwah ni bukan benda baru Dah bertahun tahun dulu Dia buat benda yang orang tak sanggup buat Berp...
Ustaz Ebit Lew Tak Bersalah Anak Pak Aq

Ustaz Ebit Lew Tak Bersalah Anak Pak Aq

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 493 hits
ALOR SETAR Ustaz tak bersalah beliau menyantuni kami sekeluarga dengan baik dan kami tidak rasa pun dia aibkan keluarga kami yang sememangnya dari dahulu berkeadaan begitu kata Siti Nor Saadiahton Ishak Wanita berusia 25 tahun itu berkata d...
4 Pendakwah Ulas Kita Tiada Hak Hakimi Keikhlasan Ustaz Ebit Lew

4 Pendakwah Ulas Kita Tiada Hak Hakimi Keikhlasan Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 632 hits
Umum sedia maklum bahawa pendakwah itu telah membantu ramai insan tidak bernasib baik dan membuatkan warganet terinspirasi dengannya Tindakan mulia yang dilakukan menghadirkan banyak pengajaran kepada orang lain 4 ustaz ulas isu viralNamun ...
Hiburan Ustaz Abu Syafiq Nafi Sindir Ustaz Ebit Lew

Hiburan Ustaz Abu Syafiq Nafi Sindir Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 1118 hits
Ustaz Ebit Lew memang dikenali sebagai seorang yang pemurah dan sering membantu petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan sejak wabak COVID 19 melanda negara kita Namun bantuannya kepada sebuah keluarga miskin yang sebelum ini hidu...
Parodi Ustaz Ebit Lew Takkan Lah Yang Itu Pun Nak Buat Parodi

Parodi Ustaz Ebit Lew Takkan Lah Yang Itu Pun Nak Buat Parodi

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 507 hits
SARIPAH SH ABDULLAHRakyat curi jahat tu biasa Sebab itu kerajaan dipilih dan diamanah untuk tadbir negara TETAPI jika kerajaan merompak zalim itu luar biasa Tak nak buat parodi untuk kecamka Buatla Barulah jadi wira dan orang doa Jangan kec...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram