Ustaz Azhar Idrus Icon Pendakwah Anak Muda Biodata Lengkap Uai


Siapa tidak kenal penceramah agama atau pendakwah ikon anak muda yang sangat terkenal dan dikenali di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus? Saya antara peminat ustaz Azhar Idrus dan suka bagaimana beliau menyampaikan ceramah, nasihat, pendapat dan pandangan terhadap sesuatu kemaslahatan dalam agama. Dengan gaya bersahaja, humor dan tegas dan menjadikan beliau terkenal dan mudah didampingi oleh sesiapa sahaja yang mengenali beliau.

Artikel kali ini, saya akan cuba kupaskan sedikit biodata tentang Ustaz Azhar Idrus, kisah beliau dan carian-carian mengenai ceramah dan kisah Ustaz Azhar Idrus.

Biodata Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus (lahir 12 Februari 1964) ialah seorang penceramah bebas Malaysia. Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan pekat dengan slanga Terengganu.

Ustaz Azhar Idrus lahir pada 12 Februari 1964 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Ustaz Azhar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6.

Beliau telah mendapat pendidikan agama secara talaqqi dengan beberapa orang guru agama di sekitar Kuala Terengganu. 
Antaranya ialah:

Guru pertama: Tuan Guru Haji Syed Mokhtar - Tamat lebih kurang 40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi
Guru kedua: Tuan Guru Mohd Tahir - Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah
Guru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim - Mula mendalami kitab-kitab bahasa arab seperti Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh
Guru keempat: Tuan Guru Haji Hasyim - Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh
Guru kelima: Tuan Guru Haji Ibrahim Mesir - Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah
Guru keenam: Tuan Guru Haji Muhammad Zubir - Mendalami ilmu fiqh & nahu
Guru ketujuh: Tuan Guru Haji Mohd Zain (Pondok Lubuk Pandan) - Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh

Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com

Ustaz Azhar Idrus Seorang Celebriti & Serba Boleh
Bermula sebagai seorang pemuzik (pemain gitar), fotographer, aktif sukan berbasikal, mencanting batik, dan akhirnya memulakan perjalanan mencari Allah dengan berguru dan mendalami ilmu agama. Membuktikan bahawasanya tidak ada yang Allah tidak akan tolak atau tidak membantu hamba-Nya walau apa jua latar belakang seseorang.

Menjadi artis, tidak semestinya tidak mampu menjadi insan yang luar biasa dalam bidang agama.

Hanya mahu atau tidak. Nah, bukti jelas bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Ustaz Azhar Idrus menjadi tokoh agama yang dihormati, dicari serta disayangi oleh ramai golongan usia di Malaysia


Baca juga: Bahagian Faraid Isteri Apabila Suami Meninggal Dunia

Kehidupan Peribadi Ustaz Azhar IdrusKeluarga Ustaz Azhar Idrus sentiasa menjadi tumpuan dan lebih menarik lagi Pendakwah bebas ini memiliki tiga orang isteri, menjadikan UAI sebagai ikon suami berpoligami yang baik untuk diteladani oleh seluruh umat Islam di Malaysia. 
Isteri Ustaz Azhar Idrus adalah Khairul Izyan Mohamed Amin Khir (m. 2013), Rogayah binti Sulong, Wan Halimatun Nisa’ binti Wan Mohd Nor, dan memiliki 12 cahaya mata. Gambar di bawah ialah gambar terkini, anak UAI yang ke 12, pada September 2022 yang lalu. 


Buku Penulisan Karya Ustaz Azhar IdrusUstaz Azhar Idrus telah menulis beberapa buah buku agama yang sangat bagus, dan marilah kita bersama-sama mendapatkan buku karya beliau. 
Antara buku yang telah ditulis oleh UAI ialah:-












Ceramah Ustaz Azhar IdrusJika anda nak lihat ceramah-ceramah UAI, anda boleh sahaja ke laman rasmi Youtube Channel Ustaz Azhar Idrus. Dan jika nak tahu apakah program kuliah, ceramah yang bakal berlangsung untuk turut serta, boleh follow jadual Ustaz Azhar Idrus di sini




Baca sini untuk ikuti jadual ceramah dan kuliah Ustaz Azhar Idrus : Jadual Terkini Ceramah Ustaz Azhar Idrus
Follow Ustaz Azhar Idrus OfficialFollow ketat-ketat dengan aura positif dan cintakan ilmu agama di akaun rasmi social media oleh Ustaz Azhar Idrus dan team. 

TikTok : TikTok Ustaz Azhar IdrusYoutube : https://www.youtube.com/c/UstazAzharIdrusOfficialInstagram : https://www.instagram.com/uaioriginal/?hl=enFacebook Page : https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/?locale=ms_MY

Baca juga: Ebook Panduan Facebook Page

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/09/ustaz-azhar-idrus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baki 5 Hari Kempen Calon Ph Giat Dekati Anak Muda

Baki 5 Hari Kempen Calon Ph Giat Dekati Anak Muda

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 118 hits
Suhaizan Kayat mempergiat usaha mendekati pengundi muda ketika tempoh berkempen berbaki lima hari lagi JOHOR BAHRU Berbaki lima hari tempoh berkempen calon Pakatan Harapan PRK Parlimen Pulai Suhaizan Kayat menumpukan kempen kepada usaha men...
Dipuji Pandai Jaga Anak Walaupun Seksi Azhar Sulaiman Anggap Bernasib Baik

Dipuji Pandai Jaga Anak Walaupun Seksi Azhar Sulaiman Anggap Bernasib Baik

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 157 hits
Pelakon Azhar Sulaiman menganggap kehidupannya masih bernasib baik kerana tidak diuji dengan masalah besar membabitkan anak gadisnya Kasih Iris Leona Azhar tampil memberi respon selepas terdapat segelintir warganet di aplikasi X memuji cara...
Lagi Sebulan Ayahanda Balik Terpaksa Berjauhan Remy Ishak Dah Muda Rindu Anak

Lagi Sebulan Ayahanda Balik Terpaksa Berjauhan Remy Ishak Dah Muda Rindu Anak

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 177 hits
Baru sebulan bergelar bapa hero Malaya Remy Ishak kini mengakui sudah mula rindukan anaknya Tuah Alam yang kini sudah pun berusia sebulan Remy yang dikhabarkan kini berada di Kelantan bagi menjalani penggambaran filem Munajat Kasih mula mer...
Biodata Lengkap Nabi Muhammad Saw

Biodata Lengkap Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 106 hits
MAULIDUR RASULPada tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun umat Islam seluruh dunia memperingati kelahiran Rasullah SAW yang telah berjuang dan berkorban menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia yang ketika itu hidup dalam kegelapan Sambutan...
Hiburan Saya Sentiasa Hidup Dalam Suspen Azhar Sulaiman Jawab Dakwaan Peminat Pandai Jaga Anak Anggap Bernasib Baik

Hiburan Saya Sentiasa Hidup Dalam Suspen Azhar Sulaiman Jawab Dakwaan Peminat Pandai Jaga Anak Anggap Bernasib Baik

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 166 hits
Pelakon berkaliber Azhar Sulaiman tampil memberi respon apabila namanya disebut warga maya gara gara kisah yang berlaku terhadap anak selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim Marissa Dania Dalam hantaran asal di aplikasi X seorang individu men...
Dah Lama Kahwin Tapi Belum Dapat Anak Ustaz Ini Kongsi Cara Nak Ikhtiar Hamil Guna Resipi Air Kelapa Bakar

Dah Lama Kahwin Tapi Belum Dapat Anak Ustaz Ini Kongsi Cara Nak Ikhtiar Hamil Guna Resipi Air Kelapa Bakar

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 208 hits
Ustaz dedah cara ikhtiar hamil boleh cuba resipi air kelapa bakar ini Dalam usaha mendapatkan cahaya mata pelbagai kaedah yang boleh digunakan pasangan suami isteri Yang paling penting pasangan hendaklah berjumpa doktor untuk mengenalpasti ...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku