Ustaz Abdullah Khairi Foodmart One Serambi Cafe
1. UAK (Ustaz Abdullah Khairi) Foodmart, Suria Jelutong Shah Alam
Sajalah nak kongsi tempat makan yang kami cuba baru-baru ni.
Majlis Pembukaan & Perasmian UAK Foodmart di Suria Jelutong berlangsung pada 26 Disember 2021. Baru buka. First impression, wow begitu banyak pilihan menu di UAK Foodmart. Ada menu ayam, ikan, asian, burger, pizza, noodle dll. Baru best macam ni. Mencabar minda betul nak pilih menu apa kan. Lepas belek buku dari muka depan sampai belakang patah balik muka depan ke belakang beberapa kali akhirnya sepakat untuk order menu berikut;
Laksa Johor - RM14.90Chicken Chop & Butter Rice -RM15.30
Laksa Johor for me. Tiba saja di meja, wah begitu pekat sekali kuah Laksa Johor. Tak sabar nak menyudu kuah. Jika ada sambal bertambah padu nih. Chicken chopnya pula sebesar tapak tangan. Digoreng garing sempurna tidak berminyak. Plating pun cantik. Butter rice rasanya begitu nice sekali. Blackpepper gravy pun sedap. Overall sedap dan berpatutan dengan harga. Cafe ini ada dua aras. Kami pilih untuk menjamu selera di aras atas. Tempat agak terhad tapi less crowd dan sangat sesuai untuk berkumpul makan-makan bersama keluarga. Masa kami makan ni, hanya kami berdua sahaja di dalam cafe :)
2. One Serambi Cafe
Kami ke sini hari wardrobe installation. Rumah memang sudah berkecah. Hubby mencadangkan kita makan luar sahaja. So kami pi try One Serambi Cafe. We ordered;
Grilled Chicken Belado - RM21.90Cream of Mushroom served with Baguette - RM15.90
Aaahh yang cafe ni pun not bad! Suka and pastinya akan repeat menu lain. Tidak hairanlah ia tersenarai dalam senarai tempat makan sedap di Bukit Jelutong. 40 juta kali kita lalu depan cafe tapi kupandang sepi kiranya macam pandang sebelah mata jerr. Rupanya permata di dalamnya. Cafe yang cantik, bersih ada dua aras tempat duduk yang banyak dan selesa. I love their chandelier. Cantik mata memandang. Memang ramai yang datang sini rupanya. Cermin gelap luar cafe, memang tak nampak orang ramai di dalam. Dari luar nampak macam hidup segan mati tak mahu :p
Grilled chicken pun sudah healthy di situ. Sambal belado hijau dia pulak emm sedap bethol! Cream of mushroom pun sodap. Nak kupi-kupi sahaja boleh order scone. Untuk sweet tooth...banyak pilihan cake yang rambang mata. Kek mereka nampak gorgeous belaka. Meja sebelah kami ada kakak2 cantik baru balik office nak hangout kopi-kopi dengan rakan-rakan. Meriah order macam-macam. 15 minit shoot pelbagai aksi sambil mengekek ketawa baru mereka makan. Hahah. Comel je mereka. Zaman sekarang phone yang makan dulu...begitulah transformasi dulu dan sekarang :)
Nah. Lagi senarai tempat makan sedap di Bukit Jelutong :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://azyyatiliah.blogspot.com/2022/02/ustaz-abdullah-khairi-foodmart-one.html