Ustaz Abdul Halim Master Mind Al Arqam


BELASUNGKAWA

Allahyarham sedang mendengar sesuatu
yang dijelaskan.  

ABDUL HALIM ABBAS (Ustaz Halim a.k.a Abang Haji) namanya tidak sehebat nama Ashaari Muhammad (Abuya) dalam jemaah Darul Arqam, tetapi tanpa menyebut namanya jemaah Aurad Muhammadiah yang telah diharamkan itu sebagai tidak lengkap. 
Ustaz Abdul Halim atau dimesrai sebagai "Abang Haji" di kalangan anggota Darul Arqam peringkat adik, adalah orang penting dalam jemaah tersebut apabila jemaah itu digerakkan secara lebih sistemetik, daripada sebuah kumpulan usrah kecil-kecilan bermula di 94 Lorong Keramat 2 kepada sebuah pertubuhan. 
Nama Abdul Halim seakan kembar kepada Ashaari. Abdul Halim merupakan penggerak Darul Arqam di layer kedua sesudah 10 orang pengasas utamanya.
Peranan Abdul Halim ialah menjadi pembantu kepada Abuya Ashaari Muhammad. Suatu ketika beliau dilantik menjadi Timbalan Syaikul Al Arqam, orang nombor dua dalam jemaah itu. Kedua-duanya mempunyai jiwa perjuang Islam yang kental tetapi mempunyai perwatakan dan personaliti berbeza. Kalau Ashaari lemah lembut dan bersifat tawaduk tetapi Abdul Halim kelihatan agak keras dan tegas, terutamanya dalam mendidik anak-anak jemaah Darul Arqam. Anggota Darul Arqam lebih "takut" kepada Abdul Halim berbanding Abuya.   
Peranan keduanya juga berbeza dan berbelah bagi. Ustaz Ashaari lebih banyak berada di markas menyampaikan kuliyyah mingguan, mengadakan usrah, sebaliknya Abdul Halim Abbas banyak bergerak dari satu tempat ke satu tempat, dari satu markas ke satu markas di seluruh negara. Hidupnya seperti sang pengembara berpusing ke seluruh Malaysia sampai Sabah, Serawak, Singapura dan Indonesia tanpa kenal penat dan lelah.
Tujuan dan tugasnya adalah untuk mengembangkan jemaah berkenaan. Dari Sungai Penchala markas besar Darul Arqam hingga ke kampung halamannya di Merbuk, Kedah. Beliau akan menggelilingi Malaysia untuk meninjau dan singgah di markas mengatur dan perkemaskan jemaah. Di Merbuk atas inisiatifnya terbina pusat latihan dakwah Arqam. Di situlah perkedaran Arqam dijalankan. 

Pertemuan terakhir kami ketika Allahyarham
berkunjung ke rumah saya.Idea perwujudan pusat latihan itu datang daripadanya. Beliau juga pernah dihantar ke Sabah untuk mengembangkan Darul Arqam di sana. Keulitan dan kecekalan dengan jemaah terbukti di Sabah. Kewujudan Darul Arqam di Sabah bolehlah dikatakan atas usaha gigihnya. Abdul Halimlah bertanggungjawab membawa masuk Arqam ke Sabah.  
Difahamkan beliau dihantar ke Sabah tanpa disediakan apa-apa bekalan peruntukan kewangan atau pun pembantu. Beliau datang sebatang kara yang menjadi bekalannya ialah Imam dan Takwa. Tempat persinggahan dan penginapan awalnya di surau atau masjid. 
Penghantaran itu lebih berupa ujian dan latihan kepadanya apabila "dihukum". Atas kegigihan dan keyakinannya, akhir Darul Arqam berjaya bertapak di Sabah dengan pembinaan markas di Petagas. Alhamdulilah saya sempat sampai ke Petagas dan bermalam beberapa malam di sana dalam rangka membuat tinjauan perkembangan Islam dan ancaman terhadapnya di bumi Bawah Bayu itu pada tahun 1986 untuk siaran akhbar. 
Lebih dominan.
Gerakan atau elemen dakwah yang dibawa oleh beliau agak keras dan dominan daripada Abuya Ashaari yang lebih banyak mendidik dan membentuk jiwa. Cara Abdul Halim membentuk Arqam ke arah menjadi sebuah gerakan Islam yang radikal dan agresif bukan terbatas kepada dakwah lisan semata-mata seperti kumpulan Tabligh yang berdakwah mengajar orang ke masjid tanpa struktur organisasi yang sempurna. 
Beliau bukan sahaja berperanan mengajar melengkapkan anggota dengan ilmu fardu ain, tetapi ikut sama menyematkan semangat juang dan kaedah-keadah untuk bergerak, mempengaruhi orang umum, melengkapkan ilmu berkomunikasi, berbahas dan sebagainya.  Abdul Halim lebih bergerak secara berstrategi disebabkan itu dari sudut tertentu beliau berbeza pendapat dengan Abuya Ashaari sehingga dilihat kontroversi dalam jemaah. Beliau banyak mencipta strategi untuk jemaah Arqam dan menjadi pencatur.  
Sebagai orang berpengaruh dalam jemaah, ada sudut-sudut tertentu beliau mempengaruhi perjalanan dakwah Ustaz Ashaari dan perkembangan Arqam. Pemergian Ashaari ke luar negara suatu ketika dikira atas nasihat Abdul Halim. Boleh dikatakan kecemerlangan Darul Arqam dua tiga tahun sebelum diharam sehingga menjadi sebuah badan gerakan dakwah, sosial dan ekonomi disegani oleh pertubuhan lain termasuk organ-organ politik, banyak diperankan oleh beliau.
Salah satu peranan besar dan berkesan yang dimainkan oleh Abdul Halim menjadikan Darul Arqam dihormati dan dikenali ialah memperkenalkan jemaah Darul Arqam kepada pemimpin-pemimpin politik. Beliau mengadakan konteks dengan tokoh-tokoh politik bagi menyampai method atau uslub perjuangan Darul Arqam yang berbeza dengan organisasi siasah. Menyampaikan uslub dan fahaman politik unik cara Arqam. 
Arqam berpolitik bukan hendak merampas kerusi (pilihan raya) tetapi merampas hati masyarakat. Pendekatan yang dimainkan ialah menakluki hati semua orang tanpa mengira fahaman politik, anutan agama dan warna kulit. Di sinilah universalnya jemaah Darul Arqam. Darul Arqam dalam "tafsiran" Abdul Halim sebagai "rumah" mempersatukan ummah tanpa mengira fraksi.  
Hampir semua tokoh-tokoh atau pemimpin politik didekati oleh beliau yang datang dari berbagai parti, baik UMNO, PAS, USNO, Berjaya dan sebagainya. Antara tokoh-tokoh besar yang didatangi Abdul Halim untuk mengadakan dialog dan perbincangan secara lisan dengan mengunjungi ke rumah mereka atau sebaliknya mereka datang ke markaz Al Arqam, ialah perdana menteri ke-10 Anwar Ibrahim, Ghafar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah, Sanusi Junid, Tun Datu Mustafa Harun, Hariss Salleh, Abdul Hadi Awang, Tokguruku Nik Abdul Aziz. Malahan pemimpin Pemuda dan Wanita UMNO, Najib Razak, Zahid Hamidi, Nazri Aziz, Rafidah Aziz dan lain-lain juga didekati dan sering ditemui. 
Presiden Arqam Batik.
Dalam usaha dakwah demi mendaulat Islam beliau bertanggungjawab membawa ustaz Al Arqam ke rumah Najib Razak untuk menyampaikan ceramah dan dakwah Islamiah. Cara dan kaedah itu menjadikan Darul Arqam baik dengan semua pemimpin politik. Malahan Allahyarham Sanusi Junid sangat intim dengan Darul Arqam menjadi simpati yang tegal sampai beliau dianggap sebagai presiden Arqam Batik.  
Arqam Batik adalah mereka yang menjadi simpati dan memberi bantuan khasnya idea kepada Darul Arqam. Kumpulan ini terdiri dari kalangan politik, ahli perniagaan, korporat, artis, seniman, penulis dan sebagainya yang tidak diwajib mengenakan pakaian jubah seperti Arqam menyimpan misai dan janggut. 
Golongan Arqam Batik inilah penyumbang kewangan, menyediakan kemudahan asas kepada jemaah Darul Arqam menjadi pemudah cara, apa-apa urusan jemaah Arqam dengan pihak berkuasa kerajaan. Peranan utamanya dimainkan Abdul Halim Abbas. Atas usaha itu menjadikan semua tokoh dari pelbagai fraksi politik Melayu mempunyai hubungan baik dengan Darul Arqam. 
Kalaupun ketika itu yang tidak dapat dijinaki oleh Arqam ialah Dr Mahathir Mohamad, dan Mohd Yusof Noor yang menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama yang cuak dengan perjalanan Arqam. Bagaimana pun Dr Mahathir dikatakan telah mengunjungi GISB sebuah kumpulan perniagaan yang mempraktikan uslub Arqam di Country Home setelah beliau kehilangan kuasa. 
Jadi Duta.
Selain bertindak menjadi Duta Darul Arqam membina hubungan diplomasi dengan berbagai badan politik dan Ngo, Abdul Halim juga bertanggungjawab memastikan penubuhan Darul Arqam di luar negara. Beliau kerap berulang alik ke luar negara untuk membina kekuatan jemaah di luar negara, khasnya negara Asean.  Di sinilah Arqam mula mengorbit menjadi jemaah antarabangsa. Barang kali tidak melampau kalau dinyatakan kewujudan Arqam di luar negara Thailand, Indonesia, Filifina adalah atas daya usaha beliau bersama yang lain.  
Abdul Halim tidak mempunyai pendidikan formal yang tinggi. Beliau hanya belajar di pondok, kalau tidak silap ayahnya seorang guru pondok yang bertaraf alim berasal di Merbok. Abdul Halim berketurunan Batak marga Simatupang. Namun beliau seorang yang genius. Ilmu politik moden cara berorganisasi dan strategi dikuasainya. Ia berbeza dengan kaedah atau pun dakwah guru-guru pondok.yang hanya menekan kepada pembelajaran tafsir Quran, Hadith, Nahu, Saraf dan ilmu fardu ain.
Semua pengetahuan dan ilmu moden itu dikuasai hasil pembacaan dan intraksi dengan pelbagai orang. Abdul Halim seorang yang kuat membaca, ulat buku. Buku-buku yang ditelaahnya selain daripada kitab tua, adalah buku-buku politik, sejarah ketamadunan bangsa, biografi pejuang, startegi dan juga ekonomi dan kewangan. Buku-buku moden ini jarang dipegang oleh anak-anak pondok. 
Selain pembacaan, intraksi beliau dengan orang politik termasuk pemimpin dunia menjadikan Abdul Halim jauh ke depan dalam berfikir untuk mengembangkan Arqam dan menyusun gerakan dakwah Islamiah. Kebolehan lain beliau ialah membaca minda orang lain. Abdul Halim menguasai ilmu kerohanian yang tinggi dan ahli zikir yang tidak ketara pada umum. 
Beliau juga seorang yang suka menulis. Pemikiran dan ideanya tidak dilepas begitu sahaja sebaliknya dicurahkan di atas tulisan. Kalau orang biasa bersama dengannya akan melihat bagaimana beliau bersendirian di mana-mana sudut untuk mencatatkan buah fikirannya. Penulisan dilakukan tanpa mengira masa. Pantang ada idea dan masa beliau akan menulis. Kadang kala di atas kenderaan pun beliau mencatat.
Menunjuk catatan. 
Sering kali beliau menunjukan catatan dan tulisannya berupa idea, formula atau solusi mengenai sesuatu masalah kepada saya. Beliau mempunyai idea dan pandangan yang sophisticated. Saya masih ingat dalam cita-cita untuk menyatukan ummah Islam dan menguatkan sosial politik dan ekonomi negara-negara Islam, beliau mencadangkan supaya Makkah dijadikan Pusat Pentadbiran Islam ala PBB di Geneva. Beliau mencadangkan supaya PBB dari kalangan negara Islam ditubuh dan berpusat di Makkah. Begitulah canggih pemikiran Abdul Halim.
Beliau seorang penulis yang serius dan memberi sumbangan melalui tulisan. Beliau menjadi penulis tetap (kolumnis) dalam majalah dan akhbar terbitan Darul Arqam. Tema tulisanya bersifat motivasi. Setengah daripada tulisannya menggunakan nama pena AH Simatupang. Selain itu beliau juga menulis beberapa buku yang diterbitkan oleh jemaah Arqam. Antara buku tulisan beliau; Panduan Untuk Murabi (1990), Panduan Membina Empayar Islam Di Asia Tenggara, (1991), Bagaimana Menjadi Wali (1991). Buku-buku hasil tulisan beliau lebih bersifat motivasi dan memberi pencerahan.  
Suka berdebat.
Selain itu beliau seorang yang suka berdebat mencari solusi dan penyelesaian masalah umah dan negara Islam. Pergolakan di negara-negara Islam terutamanya di Timur Tengah dalam pemerhatiannya. Abdul Halim punyai concern untuk kemajuan dan kemakmuran Islam. Satu hari beliau mencadangkan kepada saya agar Malaysia mengimport para ulama di luar negara untuk memperkuatkan imej dan Islam di Malaysia. Beliau yakin perkara itu boleh dilakukan. Alasannya daripada memberi kerakyatan (warganegara) kepada ahli sukan, atau profesional lain seperti mengambil pemain import bola sepak lebih elok kita import ulama ke negara kita, ubah projek. Bila ramai alim ulamak keberkatan akan melimpah ruah di negara ini. 
Idea dan pandangan sebegitu jarang ada kepada pendakwah atau da'i lain. Namun menjadi perhatian dan cetusan mindanya. Apa yang terserlah dalam minda beliau jauh ke depan dan suatu pandangan cukup mengkagumkan.
Mula kenal Abdul Halim.

Dua sahabat seperjuangan dan murabbi 
ummah telah tiada.Saya mengenali Abdul Halim tahun 1985, kira-kira hampir 40 tahun lepas sewaktu saya menjadi
pemberita/Editor diakhbar Mingguan Islam. Beliau mengenali dan mendekati saya sebagai penulis. Baginya penulis satu profesyen yang disukainya. Beliau sangat percaya yang mata pena itu lebih tajam dari mata pedang. 
Beliau seorang yang "rapit" dan mudah mesra. Satu amalan dan sunnah beliau ialah datang menziarah. Beliau akan mengunjungi ke rumah saya dengan beberapa orang kawan sambil membawa makanan atau bahan mentah untuk dimasakan. Gunanya selain untuk berbual dan berbincang soal-soal maslahat ummah dan kemajuan Arqam. Sering solat jemaah bersama di rumah saya. 
Sikap dan budaya itu adalah amalan Abdul Halim Abbas yang juga ditanam kepada sentri jemaah Al Arqam. Budaya itu terbawa dan dipraktiskan sampai ke hari ini. Kalau orang Arqam datang ke rumah jarang mereka tidak membawa buah tangan. Dan sesuatu yang membahagiakan saya, hampir semua pimpinan Darul Arqam sampai ke rumah saya, dan Abdul Halim paling antara yang paling kerap.  
Pengharaman Darul Arqam tanggal 5 Ogos 1994 tidak memutuskan hubungan kami berdua. Kami sering kali berjumpa dan saling kunjung mengunjungi. Selepas Arqam diharamkan beliau bermukim di Tuaran Sabah dan tidak ke luar negara kerana masalah passport. Ketika berlaku kekecohan beliau sempat melarikan diri ke Indonesia menyebabkan tindakan itu permit perjalanannya dibatalkan. 
Gara-gara itu beliau bermastautin di Tuaran yang membawa hikmat tidak terfikir. Sekatan perjalanan keatas beliau ada hikmahnya, bilamana tertubuhnya Pusat Pengajian Islam untuk wanita Tarbiyatun Nissa' di Tuaran, Sabah. Pusat ini khas mendidik dan mentarbiyah kaum wanita di pedalaman yang tidak mendapat peluang belajar. Tarbiyatun Nissa' ini menjadi wadah dan gelanggang untuk beliau meneruskan pendidikan dan dakwah serta mencerak seberapa ramai da'i. Ia diusahakan bersama isterinya Ustazah Rosnani Untul dengan dibantu oleh puteri perempuannya Aishah. 
Saya sempat mengunjungi Tarbiyatun Nissa' sebanyak dua kali dan pernah melakukan korban Aidi Adha di sana. Kisah pusat ini ada saya nukilkan dalam blog ini. Demi mengeratkan persahabatan setiap kali beliau ke Semenanjung beliau akan menelefon saya berjumpa di luar atau pun datang ke rumah. Kali terakhir ialah ketika saya baru selesai menjalani kimoterapi disebabkan kanser limpoma. Kunjungan itu berlaku tiga tahun lepas. Beliau datang bersam isteri Ustazah Rosnani Untul dan anakandanya Aishah.
Tidak kumpul harta.
Menyimpulkan tentang Abdul Halim Abbas, kepada saya, beliau sorang mujahid sejati yang ikhlas menjadikan diri sebagai gandaian untuk agama dan ummah. Baginya kepentingan ummah, menyebarkan dakwah melebihi segala kepentingan duniawi lain. Saya tidak tahu sepanjang usianya 72 tahun berapa banyak harta yang dikumpul dan disimpan. Mungkin beliau tidak memunyai rumah atau kediaman di mana-mana, yang pasti apa ditinggalnya ialah zuriat dan muridnya yang kini menjadi pendakwah bertebaran di seluruh dunia. Itulah barang kali harta Abdul Halim Abbas. 
Demikian secebis kisah Abdul Halim Abbas yang dapat saya kongsikan. Sebenarnya banyak kenangan dengan beliau sejak saya mengenalinya lebih 40 tahun. Allahyarham seorang kawan, seorang sahabat dan teman untuk berbahas dan merancang demi kemaslahatan agama dan ummah yang berani tidak reti takut, tidak tahu mengaku kalah, telah dipanggil pulang tepat waktunya ke Rahmatullah jam 3.40 malam tadi (Selasa). Allahyarham dilaporkan sakit sejak ke belakangan ini dua kali diserang stroke. 
Malang dan dukacita mendalam saya kerana tidak dapat berjumpa dengan Alahyarham buat kali terakhir. Dua minggu lepas saya sudah merancang untuk menziarahinya, tetapi kerana keadaan kesihatan baru menjalani pembedahan jantung (bypass) dimana saya dilarang untuk menaiki kapal terbang, hajat itu tertangguh. 
Detik dan kenangan terakhir dengan beliau ialah bercakap melalui WhatsApp video ketika sdr Jailani Jasmani danSolahuddin Ar Razzi menziarahi saya. Jailani membuat panggilan WhatsApp video kepada Allahyarham. Kami sempat berbicara tetapi tidak panjang kerana beliau kebetulan ketika itu ada tetamu. Beliau juga faham yang saya dalam keuzuran dan berpesan agar saya menjaga kesihatan. Allah telah menentukan itulah pandangan saya terakhir dengannya dan terakhir juga saya mendengar suaranya yang agak lirih dan lemah tetapi nadanya masih bersemangat seperti biasa. 
Kepada isteri, anak serta cucu dan seluruh keluarga dan sahabat handainya diucapkan takziah. Semoga Allah tempatkan roh Ustaz Abdul Halim Abbas seorang pendakwah, seorang pejuang berani dan genius serta pakar strategi dan master mind jemaah Darul Arqam yang tidak ada tolak banding. Amin. [wm.kl.12:37 am 16/08/2023]  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2023/08/ustaz-abdul-halim-mater-mind-al-arqam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budaya Takfiri Pas Perlu Dihentikan Ustaz Rosidi

Budaya Takfiri Pas Perlu Dihentikan Ustaz Rosidi

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 160 hits
Oleh Abdullah ZaidBudaya melabelkan orang lain sebagai kafir atau keluar daripada agama Islam adalah perbuatan melampau dan ekstrem Demikian kata calon DUN Penanti Ustaz Rosidi Hussain apabila diminta mengulas mengenai klip video seorang pe...
Fitnah Berkempen Di Masjid Fahmi Tuntut Ustaz Ahmad Dusuki Mohon Maaf

Fitnah Berkempen Di Masjid Fahmi Tuntut Ustaz Ahmad Dusuki Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 215 hits
MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah menghantar notis tuntutan hari ini kepada dua individu termasuk penceramah bebas Ahmad Dusuki Abd Rani berhubung fitnah kononnya beliau memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang ...
Lirik Lagu Jangan Mati Rasa Itu Aina Abdul

Lirik Lagu Jangan Mati Rasa Itu Aina Abdul

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 662 hits
Lirik lagu Jangan Mati Rasa Itu Aina Abdul Siang malam ku menjadi sepiTak putus bibir ini meliriKasihmu terus hidupJangan mati rasa ituBagaimanaHarusku jalani tanpa kamuSalahku kerna terbiasa ada kamuApakah aku bisa melawan takdir kitaKasih...
Pertahan Dun Penanti Dari Kemaraan Pn Tugas Mencabar Ustaz Rosidi

Pertahan Dun Penanti Dari Kemaraan Pn Tugas Mencabar Ustaz Rosidi

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 183 hits
Oleh Abdullah ZaidDalam memastikan kemenangan Pakatan harapan mempertaruhkan muka baru di DUN N12 Penanti sebagai strategi untuk menarik hati pengundi Berlatar belakangkan agamawan Rosidi Hussain atau lebih dikenali sebagai Ustaz Rosidi tid...
Orang Yang Kamu Sakiti Diam Dan Pergi Dengan Hati Yang Sedih Ustaz Wadi Annuar

Orang Yang Kamu Sakiti Diam Dan Pergi Dengan Hati Yang Sedih Ustaz Wadi Annuar

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 694 hits
Bila seseorang yang kamu sakiti itu diam tidak membalas Dan dia pergi dengan hati yang sedih lalu malamnya dia mengadu pada Allah SWT ketahuilah kamu dalam masalah besar
Ustaz Rosidi Tawar 7 Teras Manifesto Dun Penanti

Ustaz Rosidi Tawar 7 Teras Manifesto Dun Penanti

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 132 hits
Oleh Abdullah Zaid Manifesto setiap DUN menjadi fenomena baharu dalam Pilihan Raya Negeri bagi pengundi menilai apakah yang mereka akan perolehi selepas memilih seseorang calon Calon Pakatan Harapan N 12 DUN Penanti Rosidi Hussain atau lebi...
Gempak Pengakuan Ustaz Zuliah Abdullah Pentaksub Kepada Pas Kini Kem

Gempak Pengakuan Ustaz Zuliah Abdullah Pentaksub Kepada Pas Kini Kem

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 159 hits
Kisah bekas Imam Majlis Rusila Marang Terengganu Ustaz Zuliadi Abdullah Pernah menjadi Pentaksub PAS menemui jalan sebenar Islam dalam erti sebenar Apa yang membuatkan beliau berubah Apa kisah PAS yang kita mungkin kita tidak tahu
Biodata Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour Gabenor Bnm Ke 10

Biodata Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour Gabenor Bnm Ke 10

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 312 hits
Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul GhaffourTandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia Ke 10Employment1 Deputy Governor Served as Deputy Governor overseeing various core functions of the Bank which most recently include the areas of Monetary Poli...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash