Usia 5 Tahun Pertama Selalu Dibiarkan Menangis Sedih Otak Anak Kurang Cerdas


Di rumah dan di sekolah kita sering memberi penekanan pada perkembangan motor (pergerakan) kanak-kanak kerana perkembangan itu dapat dilihat dengan jelas dan nyata. Kita juga sering memberi penekanan kepada perkembangan pemikiran (kognitif) kanak-kanak terutamanya keupayaan untuk membaca, menulis dan matematik (akademik semata-mata).
Itu juga dapat dinilai dengan jelas dan nyata. Kita juga sering memberi penekanan kepada perkembangan bahasa dan komunikasi kerana keupayaan berbahasa dapat kita lihat dengan jelas dan nyata.
Bagaimana pula dengan perkembangan emosi? Adakah ia juga turut diberikan penekanan?

Konfigurasi psikologi manusia terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu:
Spiritual, Kognitif, Emosi
1) Komponen SPIRITUAL mendorong manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan hidup berlandaskan taqwa kepada Allah SWT.
2) Komponen KOGNITIF pula melibatkan segala proses mental seperti menilai, menganalisa, merancang, dan membuat keputusan.
3) Komponen EMOSI pula merangkumi semua emosi yang kita rasa seperti gembira, sedih, marah, kecewa, cemburu dan sebagainya.
Walau bagaimanapun KOMPONEN EMOSI adalah komponen yang paling diabaikan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kita baik di rumah mahupun di sekolah. Bagi kita, emosi kanak-kanak adalah sesuatu yang harus ditekan dan tidak seharusnya dilayan sedangkan emosi itulah yang paling banyak mendorong tingkah laku kanak-kanak di kala mereka masih belum berupaya untuk berfikir dan membuat keputusan dengan rasional.
BILA EMOSI BERMULA?
TAHUKAH ANDA emosi kanak-kanak berkembang SERENTAK dengan perkembagan fizikal, kognitif dan bahasa?
Dari lahir lagi, kanak-kanak dengan pesatnya membina keupayaan untuk merasai dan meluahkan emosi. Bayi yang menangis sedang merasai emosi dan sedang meluahkan emosi. Ia tidak berlaku tanpa matlamat dan tujuan. Apabila bayi ini ditenangkan, disentuh, didukung dan dilayan, mereka akan merasai emosi positif dan faham bagaimana rasanya apabila emosi negatif itu dibimbing.
RESPON POSITIF daripada ibubapa dan penjaga akan membantu mereka untuk memahami emosi sendiri, belajar untuk membimbing emosi sendiri dan juga belajar untuk memahami dan respon kepada emosi orang lain dengan positif juga.
EMOSI MEMBENTUK INDIVIDU YANG BAIK
Asas interaksi sosial ataupun keupayaan untuk membina perhubungan dengan orang lain terbina pada lima tahun pertama hidup manusia dan ia berkait rapat dengan kesejahteraan emosi kanak-kanak. Interaksi sosial ketika usia awal inilah yang menjadi asas penting kepada pembinaan persahabatan, perhubungan intimasi, keibubapaan yang efektif, keupayaan untuk bekerjasama dalam tugasan dengan orang lain dan juga keupayaan untuk menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.
Mengabaikan perkembangan emosi akan meninggalkan kesan kepada keharmonian keluarga dan juga masyarakat.
TAHUKAH ANDA bahagian otak yang mengawal emosi berkembang terlebih dahulu berbanding bahagian otak yang digunakan untuk berfikir dan membuat keputusan?
Di penghujung usia tadika, kanak-kanak yang memiliki asas perkembangan emosi yang kukuh didapati mempunyai kapasiti untuk meneka emosi, bercakap tentang emosi sendiri dan emosi orang lain dan menggunakan pengetahuan dan bimbingan tentang emosi ini untuk menguruskan interaksi sosial dengan orang lain.
Mereka mempunyai EMPATI.
Mereka faham apabila orang lain dalam kesusahan.
Mereka tidak mentertawakan orang lain yang dalam kesedihan.
Mereka tidak memperkecil-kecilkan masalah orang lain.
Mereka tidak mengambil ringan kekecewaan orang lain.
Mereka tidak ketawa apabila membaca berita orang bunuh diri ataupun dibuli seperti kes yang saya tulis semalam.

EMOSI MEMBENTUK INDIVIDU YANG BIJAK
Kajian saintifik* juga mendapati, perkembangan emosi berkait rapat dengan keupayaan untuk merancang, menilai, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ini merupakan komponen kognitif yang menyeluruh dan bukan akademik sahaja.
Ia bermula dari peringkat usia tadika lagi. Apabila perkembangan emosi kanak-kanak tidak diberi penekanan pada usia 5 tahun terawal, kanak-kanak didapati memiliki keupayaan untuk fokus dan keupayaan membuat keputusan yang lemah.
BAGAIMANA MEMUPUK PERKEMBANGAN EMOSI?
Gambar ini saya ambil dari ‘lesson plan’ guru tadika/pra sekolah untuk membina perkembangan emosi dan karakter kanak-kanak.
Nampak remeh tetapi memberi impak yang besar.
Kanak-kanak harus diajar untuk MENGENALPASTI emosi sendiri.
Apa perasaan kita apabila sesuatu situasi itu berlaku kepada kita?
Apakah yang dirasakan apabila sesuatu situasi itu berlaku kepada seseorang?
Emosi harus DIAKUI terlebih dahulu, bukannya diabaikan ataupun ditekan.
Apabila memahami apakah emosi yang dirasai, kita kemudiannya perlu MEMBIMBING emosi tersebut dengan PENYELESAIAN MASALAH.
Apakah yang harus dilakukan apabila merasa marah?
Apakah yang harus dilakukan apabila merasa sedih?
Apakah yang harus dilakukan apabila merasa kecewa?
Semua ini perlu dibincangkan dan dididik dari peringkat awal kerana ia akan menjadi panduan tingkah laku bagi kanak-kanak.
Jika tidak dibimbing, kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk mengawal emosi dan bagaimana untuk bertindak balas terhadap emosi.
Tidak ada alat atau peranti yang dapat membimbing emosi melainkan dengan meluangkan masa untuk mewujudkan perapatan, berinteraksi dan bersembang atau berbincang dengan kanak-kanak.
Jangan lupa, cara kita mengawal emosi kita juga akan menjadi panduan untuk anak-anak.
Ini merupakan proses yang paling sukar.
Memahami emosi TIDAK menjadikan anak lembik sebagaimana tanggapan sesetengah orang. Mereka yang membuli orang lain adalah mereka yang terabai emosinya dari awal. Tunjuk gagah di luar tetapi lembik di dalam. Itukah yang kita mahu?
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
The post Usia 5 Tahun Pertama Selalu Dibiarkan Menangis & Sedih, Otak Anak Kurang Cerdas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/usia-5-tahun-pertama-selalu-dibiarkan-menangis-sedih-otak-anak-kurang-cerdas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Obat Cacingan Tidak Masalah Untuk Dikonsumsi Anak Usia 1 Tahun

Obat Cacingan Tidak Masalah Untuk Dikonsumsi Anak Usia 1 Tahun

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 317 hits
Bagi anak dengan kondisi sehat obat cacing bisa digunakan mencegah infeksi cacing Menurut dokter spesialis anak konsultan Ariani Dewi Widodo obat cacing yang diberikan pada anak cukup setahun sekali saja
Rayakan Ulang Tahun Pertama Sang Anak Vicky Shu Umumkan Tengah Hamil Kedua

Rayakan Ulang Tahun Pertama Sang Anak Vicky Shu Umumkan Tengah Hamil Kedua

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 248 hits
Jarak kehamilannya sangat dekat Vicky Shu justru senang Alasannya juga terbilang nggak biasa D
Faham Dulu Kenapa Anak 3 Tahun Ke Bawah Kuat Mengamuk Barulah Senang Kawal

Faham Dulu Kenapa Anak 3 Tahun Ke Bawah Kuat Mengamuk Barulah Senang Kawal

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 550 hits
Kenapalah anak saya ni buat perangai gini Selalu sangat mengamuk Aduhai stress saya dibuatnya Dulu asal tak nampak saya melalak kemain sekarang macam macam perangai yang mengeramkan saya Mana taknya mainan orang dia rebut kongsi emm jangan ...
Hmd Global Menambah 1 Tahun Sokongan Untuk Peranti Nokia Generasi Pertama

Hmd Global Menambah 1 Tahun Sokongan Untuk Peranti Nokia Generasi Pertama

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 274 hits
HMD Global mengambil alih perniagaan peranti pintar Nokia beberapa tahun lepas Sejak itu sudah banyak peranti Nokia yang dilancarkan dan kesemuanya menjalankan sistem operasi Android asli untuk memastikan kemaskini utama dan sekuriti diteru...
Anak Anggota Dprd Dan Anak Pejabat Nyabu Di Kamar Kos Wanita 19 Tahun Sang Ibu Juga Anggota Dprd

Anak Anggota Dprd Dan Anak Pejabat Nyabu Di Kamar Kos Wanita 19 Tahun Sang Ibu Juga Anggota Dprd

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 327 hits
Dua anak pejabat satu di antaranya anggota dewan diamankan petugas karena menggelar pesta sabu sabu di kamar kos seorang cewek berusia 19 tahun Anak pejabat dan anggota dewan ini pun terbuka melakukan perbuatan terlarang di kos cewek Polisi...
Kakek 83 Tahun Nikahi Perempuan 27 Tahun Nuraeni Jatuh Cinta Kali Pertama Bertemu Sugiro

Kakek 83 Tahun Nikahi Perempuan 27 Tahun Nuraeni Jatuh Cinta Kali Pertama Bertemu Sugiro

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 252 hits
Kakek Sugiro di Tegal Jawa Tengah mendadak viral di media sosial Kakek Sugiro yang berusia 83 tahun kontan viral setelah berhasil mempersunting seorang perempuan berusia 27 tahun Usia Kakek Sugiro dengan Nuraeni perempuang yang dinikahi Kak...
Demi Anak Autisme Berpindah Randah 7 Tahun Derita Depresi Luahan Ibu Ini Menyentuh Hati

Demi Anak Autisme Berpindah Randah 7 Tahun Derita Depresi Luahan Ibu Ini Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 362 hits
Kasihnya ibu sanggup melakukan apa sahaja demi anak Diuji cahaya mata yang mengalami Autisme Spectrum Disorder manakala diri sendiri tertekan emosi dengan depression dan anxiety perjalanannya tidak mudah Namun semangat ini boleh dijadikan i...
Tujuh Tahun Semai Bakti Wartawan Kosmo Sedih Syarikat Akhbar Ditutup

Tujuh Tahun Semai Bakti Wartawan Kosmo Sedih Syarikat Akhbar Ditutup

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 216 hits
Sejak semalam pengumuman mengenai ura ura akhbar tertua di Malaysia iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo akan diberhentikan pengeluarannya pada Rabu ini telah mengejutkan ramai pihak Hal ini berikutan masalah kewangan yang meruncing apabila hamp...
Nak Anak Ramai Tak Ada Masalah Sayangkan Isteri Jarak 2 Tahun Baru Mengandung Lagi

Nak Anak Ramai Tak Ada Masalah Sayangkan Isteri Jarak 2 Tahun Baru Mengandung Lagi

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 454 hits
Kehadiran anak dalam rumahtangga menjadi penyeri dan mengeratkan hubungan Tentunya setiap pasangan mempunyai perancangan tersendiri tentang jumlah anak yang diimpikan Teruja nak miliki keluarga besar pastikan ada jarak selamat setiap kali h...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip

Tentang Alam Quantum