Usia 22 Tahun Sudah Miliki Kebun Sayur Gaji Enam Pekerja


RAUB, 25 JULAI: Usianya baru 22 tahun, namun Azmani Nurdin yang merupakan Orang Asli suku Temuan boleh berbangga kerana berkeupayaan menggaji enam pekerja di kebun sayur miliknya di RPS Sungai Bilut di sini, yang diusahakan sejak tiga tahun lepas.
Azmani berkata kebun yang dilakukan dengan kaedah sistem fertigasi itu melibatkan timun, cili, terung dan petola yang ditanam secara giliran bagi memastikan kesuburan tanah terus kekal, sekali gus menjamin kualiti hasil tanaman.
Kebun seluas lebih 0.4 hektar itu mula diusahakannya seawal usia 19 tahun dan imbas Azmani, beliau terpaksa menebalkan muka memohon bantuan daripada pelbagai agensi selain meminjam daripada keluarga dan rakan untuk dijadikan modal permulaan.
“Ramai yang ragu-ragu dengan niat, kebolehan dan kesungguhan saya untuk memulakan projek ini. Usia yang muda mungkin menyebabkan ramai tidak percaya saya boleh pergi jauh…tambahan pula, saya tidak ada pengalaman.
“Saya hanya menoreh getah selepas tamat tingkatan lima dengan upah RM70 seminggu. Selepas itu, saya ke Pulau Pinang untuk belajar dalam bidang kemahiran. Jadi, tidak dinafikan saya kosong dalam pertanian,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di kebunnya hari ini.
Bercerita lanjut, anak kedua daripada lima beradik itu mengakui bersyukur dengan sokongan ibu bapanya, Nurdin Ayob, 54, dan Rohani Jo, 45, yang membenarkan dia membuka tanah milik ibunya, selepas mereka berulang kali bertanya jika beliau benar-benar yakin boleh melakukannya.
“Tanah masih semak semasa saya baru membukanya. Semasa itu, saya terpaksa memekakkan telinga apabila ada yang bergurau menunjuk ke arah semak dan bertanya jika itu adalah sayur yang saya tanam.
“Selepas hasil pertama masih ada yang tidak yakin saya boleh meneruskan kerjaya sebagai petani. Tapi, alhamdulillah berkat usaha dan sokongan semua, mereka kini sudah nampak bidang pertanian boleh mendatangkan pendapatan,” katanya.
Seperti petani lain, Azmani berkata dirinya juga pernah diuji apabila tanaman cili yang diusahakan pada hujung tahun 2017 diserang penyakit sehingga mengalami kerugian hampir RM40,000 menyebabkan beliau ‘terduduk’ kerana bimbang bagaimana hendak membayar gaji pekerja.
Enggan mengalah, Azmani mengumpul pekerjanya untuk menerangkan situasi sebenar dan atas semangat berpasukan, mereka bangkit semula dengan menanam tanaman baharu bagi mendapatkan semula modal pusingan.
Buat masa ini, kebun itu diusahakan dengan tanaman timun dan jangkaan tuaian sebanyak 20 tan yang akan dipasarkan ke Pasar Borong Selayang, Selangor dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kiraan pulangan sebanyak RM20,000.
“Saya bersyukur kerana hasil tanaman boleh memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada keluarga. Jika dahulu ada masanya kami terpaksa makan ubi kayu, namun kini setiap hari kami boleh menjamah nasi.
“Saya sering mengingatkan diri supaya tidak lupa dengan kesusahan dahulu. Ada masa kami menjamu keluarga pekerja dan rakan-rakan selain turut bersedekah hasil sayur kepada mereka yang memerlukan sebagai berkongsi rezeki,” katanya.
Azmani berkata bagi menambah ilmu dalam bidang pertanian, beliau mula menyambung pelajaran di Institut Pertanian Lipis, dekat sini pada awal tahun ini dan berulang-alik dengan menaiki bas pada setiap hujung minggu untuk ke kebun sebelum pengajian ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19.
Sepanjang ‘peninggalannya’, kebun itu diselia abangnya Shukran, 23, selain turut dibantu bapa mereka bagi memastikan kerja harian seperti menyiram, membaja dan menuai jika sudah tiba musimnya dilakukan mengikut jadual.
“Saya harap masyarakat Orang Asli dapat mengambil peluang yang disediakan kerajaan untuk berjaya sama seperti kaum lain. Kita seharusnya mengubah nasib sendiri. Jika diberikan seribu bantuan sekalipun, ia tidak akan ke mana jika bukan kita yang berusaha.
“Kita juga tidak boleh mempunyai sikap senang berpuas hati. Walaupun kebun boleh dikatakan dapat memberi gaji, saya sudah merancang mahu menyewa tanah pak cik yang bersebelahan untuk diusahakan pada bulan hadapan,” katanya.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/usia-22-tahun-sudah-miliki-kebun-sayur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Didenda Rm340000 Gaji 68 Pekerja Asing Tidak Miliki Pas Pekerjaan Sah

Datuk Didenda Rm340000 Gaji 68 Pekerja Asing Tidak Miliki Pas Pekerjaan Sah

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 317 hits
Seorang pengarah sebuah pasar raya didenda RM340 000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini hari ini kerana menggaji 68 pekerja asing yang tidak memiliki pas pekerjaan yang sah Datuk Chiew Lian Keng 56 mengaku salah terhadap pertuduhan men...
Saya Suka Wanita Cantik Ketika 20 An Hampiri Usia 50 Tahun Jung Woosung Dedah Mahu Kahwin

Saya Suka Wanita Cantik Ketika 20 An Hampiri Usia 50 Tahun Jung Woosung Dedah Mahu Kahwin

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 477 hits
Siapa sahaja tak kenal pelakon Jung Woo sung walaupun jarang muncul dalam produksi drama tetapi lelaki ini merupakan raja dalam dunia perfileman Korea Antara naskhah hebat yang diterajuinya ialah The King A Moment To Remember dan Innocent W...
Culik Kanak Kanak Tiga Individu Dipenjara Tiga Tahun Enam Bulan

Culik Kanak Kanak Tiga Individu Dipenjara Tiga Tahun Enam Bulan

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 270 hits
GEORGE TOWN 27 Julai Tiga individu termasuk seorang wanita masing masing dihukum penjara tiga tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah menculik seorang kanak kanak perempuan dua tahun lepas Pembantu kl...
Kini Kembali Enam Tahun Hamidah Wahab Hilang Dilupakan

Kini Kembali Enam Tahun Hamidah Wahab Hilang Dilupakan

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 425 hits
Kerjaya lakonan menjadi mata pencarian Hamidah Wahab sejak zaman muda masih aktif berlakon Selagi ada kudrat selagi itulah pelakon veteran Hamidah Wahab 63 mengabadikan dirinya dalam dunia persada seni Minatnya terhadap dunia lakonan tidak ...
11 Pekerja Kilang Ditahan Miliki Kad Pengenalan Palsu

11 Pekerja Kilang Ditahan Miliki Kad Pengenalan Palsu

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 337 hits
Putrajaya Seramai 11 pekerja kilang warga asing ditahan kerana memiliki kad pengenalan palsu dalam operasi Jabatan Pendaftaran Negara di sebuah kilang di Jalan Bukit Kemuning Batu 6 Shah Alam hari ini Operasi Bahagian Siasatan dan Penguatku...
Hiburan Majikan Kena Terus Terang Pasal Gaji Adibah Noor Tampil Beri Pandangan Tentang Cara Majikan Ambil Pekerja

Hiburan Majikan Kena Terus Terang Pasal Gaji Adibah Noor Tampil Beri Pandangan Tentang Cara Majikan Ambil Pekerja

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 417 hits
Memberi pandangan tentang cara majikan mengambil pekerja pada zaman kini nama pelakon dan penyanyi Adibah Noor mendapat perhatian warganet apabila dilihat berani bersuara berkenaan isu tersebut Menurutnya selain pihak majikan harus berterus...
Usia Baru 2 Tahun Gigi Dah Rosak Hitam Ini Tabiat Dan Punca Gigi Rosak Lebih Awal

Usia Baru 2 Tahun Gigi Dah Rosak Hitam Ini Tabiat Dan Punca Gigi Rosak Lebih Awal

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 537 hits
Bilakah penjagaan gigi atau mulut anak boleh bermula Sebenarnya sebaik sahaja anak mula tumbuh gigi ibu bapa penjagaan rapi perlu diberikan Ajar anak gosok gigi seawal mungkin bagi mengelakkan gigi anak rosak Malah jika belum tumbuh gigi ib...
Umpama Keluarga Sendiri Tan Sri Annuar Musa Rai 28 Tahun Khidmat Pekerja Setia

Umpama Keluarga Sendiri Tan Sri Annuar Musa Rai 28 Tahun Khidmat Pekerja Setia

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 244 hits
Bukan mudah untuk seseorang majikan itu memiliki pekerja yang begitu setia untuk berkhidmat dengannya Bukan sahaja setia malah dari segi aspek melaksanakan tugas dengan cekap dan bagus turut diambil kira Namun sampai masanya khidmat seseora...
Terekam Cctv Pns Tewas Dibacok Oleh Sopir Motif Sakit Hati Gaji 2 Tahun Tak Dibayar

Terekam Cctv Pns Tewas Dibacok Oleh Sopir Motif Sakit Hati Gaji 2 Tahun Tak Dibayar

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 233 hits
Seorang PNS atau ASN bernama H Ahmad Jayadi tewas dibacok oleh Syafruddin alias Randi Pelaku yang masih punya hubungan kekerabatan dengan korban kini sudah ditangkap polisi Kamis Pelaku mengaku membunuh korban karena sakit hati Hal ini diun...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi