Usia 2 6 Tahun Anak Tanya Banyak Soalan Menyepah Rumah Aktif Tandanya Bijak


Pernah tak anda memerhatikan kelakuan anak yang berusia dua hingga enam tahun? Walaupun anda sibuk dengan bermacam urusan, cuba ambil masa untuk memerhati dan mengenali kelakuan anak anda. Ia penting untuk anda membantu mereka supaya membesar sebagai anak yang lebih cemerlang di masa depan.
Berikut adalah beberapa tingkah laku biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak lingkungan usia tersebut. Cuba perhatikan, adakah sama dengan anak anda?
1. Suka tanya banyak soalan
Jangan cepat marah, itu tandanya otak anak anda sedang ligat berfikir. Banyak bertanya soalan bermaksud mereka sedang belajar banyak perkara.
2. Suka berlari dan melompat
Itu maksudnya anak anda seorang yang aktif dan ceria. Ada banyak perkara di sekelilingnya yang hendak diterokai. Bawalah anak buat aktiviti di padang yang luas supaya dia bebas meneroka dengan berlari dan melompat dalam persekitaran yang selamat.
3. Suka menyepahkan rumah
Tingkah laku menyepah bukan terhad kepada permainannya sendiri tetapi juga barang-barang rumah seperti mangkuk, sudu, cawan plastik di dapur, tudung ibu, sapu tangan atau pakaiannya sendiri dan bermacam lagi. Itu sebenarnya petunjuk yang anak anda seorang yang kreatif ketika bermain. Otaknya kreatif berfikir di luar kotak. Mungkin dia bosan dengan mainan yang sama, jadi dia membuat mainan sendiri menggunakan barangan di persekitarannya/

4. Suka bercakap sendiri
Jangan cepat panik dan anggap anak anda bercakap dengan makhluk halus. Sebenarnya itu adalah tingkah laku kanak-kanak normal. Mereka sedang berimaginasi dalam dunia sendiri. Imaginasi membantu kanak-kanak menjadi seorang yang kreatif dan inovatif.
5. Tak boleh duduk diam
Mungkin anda boleh bagi dia buat aktiviti seperti melukis, mewarna, bermain lego untuk membolehkan dia duduk diam seketika.
6. Kuat menangis
Adakah anak anda jenis macam itu? Mungkin dia jenis anak yang suka diberikan perhatian. Cuba luangkan lebih masa dengan anak dan layan segala kemahuannya bermain bersama. Dalam masa yang sama pujuk dan beritahu anak supaya jangan suka menangis kerana ibu/ayah sentiasa ada bersamanya.
7. Bercakap pelat
Jangan ketawakan anak yang bercakap pelat nanti dia ingatkan itu perkara yang lucu. Layan percakapannya tetapi dalam masa yang sama betulkan kesilapan perkataan pelat yang diucapkan.
8. Tak boleh berenggang
Mungkin dia pernah melalui pengalaman ditinggalkan oleh anda (pergi kerja) tanpa memberitahunya. Jadi, anak takut akan ditinggalkan lagi membuatkan dia tak mahu berenggang dengan anda. Cuba tenangkan anak dan selalu beritahunya ke mana anda pergi. Lama-kelamaan dia akan faham dan tidaklah asyik hendak ‘melekat’ sahaja.
9. Suka main lawan-lawan
Biasanya ini berlaku di kalangan anak lelaki. Tingkah laku ini dipengaruhi oleh hasil kekerapan mereka menonton rancangan kartun yang banyak aksi berlawan dan bergaduh. Cuba pantau apa yang mereka tonton dan mungkin perlu kurangkan kekerapannya. Sebaliknya salurkan keaktifan dan minat mereka berlawan dengan menyertai aktiviti taekwando dan sebagainya.
10. Menconteng dinding rumah
Puas membebel dan melarang tetapi anak tetap suka membuat hasil karyanya di dinding rumah. Siapa tak angin tapi jangan larang minat dan kreativitinya. Sebaliknya korbankan sedikit ruang dinding rumah anda sebagai tempat khas untuk anak menconteng apa sahaja. Anda boleh menjadi kreatif dalam soal mengubahsuai dekorasi kediaman.
Sebenarnya terpulang kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak masing-masing. Walaupun mereka nampak ‘nakal’ dan sukar dikawal tetapi kadangkala kreativiti anda dalam mendidik boleh menjadikan mereka anak yang bijak dan pintar di masa hadapan. Yang penting salurkan tingkah laku yang ‘annoying’ tersebut ke arah yang betul.
The post Usia 2-6 Tahun Anak Tanya Banyak Soalan, Menyepah Rumah & Aktif Tandanya Bijak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/usia-2-6-tahun-anak-tanya-banyak-soalan-menyepah-rumah-aktif-tandanya-bijak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Normallah Anak 0 3 Tahun Aktif Terapis Jelaskan Anak Aktif Lebih Bagus Dari Duduk Diam

Normallah Anak 0 3 Tahun Aktif Terapis Jelaskan Anak Aktif Lebih Bagus Dari Duduk Diam

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 257 hits
Anak yang suka bergerak dan bermain melompat ke sana ke mari adalah anak yang sihat dan aktif Keaktifannya menunjukkan dia bijak dan otaknya berfungsi dengan baik serta koordinasi badannya bagus Lagipun kita mesti ingat badannya kecil jadi ...
Di Usia 44 Tahun Selepas 10 Tahun Kahwin Baru Dapat Peluk Anak Sendiri Eryna Hadiah Paling Bermakna

Di Usia 44 Tahun Selepas 10 Tahun Kahwin Baru Dapat Peluk Anak Sendiri Eryna Hadiah Paling Bermakna

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 458 hits
Siapa sangka jika Allah nak bagi rezeki anak rezeki itu akan dapat juga Sama ada cepat atau lambat sahaja Cuma jangan pernah berputus harap dan berusahalah selagi mampu Bagi seorang ibu ini yang mahu dikenali sebagai Ummi Aina dianugerahkan...
Baru Usia 6 Tahun Tapi Dah Sangat Biadap Tak Pernah Ditegur Dari Kecil Anak Boleh Rosak Masa Depan

Baru Usia 6 Tahun Tapi Dah Sangat Biadap Tak Pernah Ditegur Dari Kecil Anak Boleh Rosak Masa Depan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 596 hits
Pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya sesuai untuk menggambarkan bahawa didikan setiap orang harus bermula sejak dari kecil Jika sudah terbiasa ditegur untuk melakukan perkara yang betul di usia kanak kanak kebiasaannya apabila dewa...
Ini 10 Matlamat Kewangan Anak Muda Patut Capai Sebelum Usia 30 Tahun Rileks Media

Ini 10 Matlamat Kewangan Anak Muda Patut Capai Sebelum Usia 30 Tahun Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 538 hits
Kalau betul nak berjaya dalam hidup sebagai anak muda ada baiknya fokus beberapa target kewangan ini terlebih dulu Jadi sebagai panduan stabilkan ekonomi anda boleh rujuk tip Amir Syahir yang mana sangat berguna untuk anak muda yang niat ad...
Usia 1 2 Tahun Anak Faham Arahan Nak Makan Sendiri Boleh Sebut Perkataan Mudah Sangat Bagus

Usia 1 2 Tahun Anak Faham Arahan Nak Makan Sendiri Boleh Sebut Perkataan Mudah Sangat Bagus

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 529 hits
Bila ada anak anda perlu tahu setiap perkembangan normal yang mesti dicapainya Ilmu keibubapaan turut merangkumi keupayaan memantau pencapaian perkembangan anak supaya jika dia tidak mencapai perkembangan sepatutnya maka tindakan awal bagi ...
Sarimah Ibrahim Tak Menyangka Bakal Dapat Anak Pada Usia 41 Tahun

Sarimah Ibrahim Tak Menyangka Bakal Dapat Anak Pada Usia 41 Tahun

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 621 hits
Che Puan Sarimah Ibrahim dan suami Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar bakal menimang cahaya mata pertama SELEPAS empat tahun mendirikan rumah tangga dengan kerabat Negeri Sembilan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pelakon dan pengacara Che P...
5 Tips Ini Jadikan Anak Pandai Membaca Walaupun Baru Usia 3 Tahun

5 Tips Ini Jadikan Anak Pandai Membaca Walaupun Baru Usia 3 Tahun

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 515 hits
Ya siapa yang tak suka kalau anak pandai kan Pandai main Pandai makan Pandai menangis Dan pandai membaca bijak 5 Tips Mengajar Anak Di Rumah Pandai Membaca Dalam entri kali ini Anim nak share tips macam mana kita parent boleh ajar dan didik...
Jangan Paksa Anak Duduk Diam Itu Tandanya Anak Bijak Tujuh Deria Ini Perlu Dirangsang Supaya Anak Bijak

Jangan Paksa Anak Duduk Diam Itu Tandanya Anak Bijak Tujuh Deria Ini Perlu Dirangsang Supaya Anak Bijak

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 437 hits
Anak anak memang tak tahu penat sebab mereka dalam proses untuk membesar Tapi kadang kadang kita sebagai ibu bapa penat melayan perangai anak anak Dalam tak sedar kita sebagai ibu bapa terkasar dengan anak anak semata mata nak minta anak an...
Rindunya Dia Masa Kecil Tahun Depan Bertambah Lagi Usia Anaqi Netizen Minta Shera Aiyob Tambah Anak

Rindunya Dia Masa Kecil Tahun Depan Bertambah Lagi Usia Anaqi Netizen Minta Shera Aiyob Tambah Anak

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 643 hits
pengacara Pa Ma Tv musim ketiga telah memuatnaik gambar Nadi Anaqi anaknya ketika bayi Beliau mengimbas kembali detik detik manis Anaqi ketika kecil Melalui posting tersebut Shera kelihatan sedikit emosi apabila mengenangkan anaknya semakin...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya