Usd120 Juta Pinjaman Kwap Kepada Src Masuk Akaun Peribadi Najib Kata Saksi


 
Saksi berkata, Najib Razak menerima jumlah wang itu dari Blackstone Asia Real Estate Partners, syarikat ditubuhkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Najib Razak menerima USD120 juta daripada hasil pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC International Sdn Bhd antara Dis 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu.
Pengarah Urusan Quantuma International Angela Barkhouse yang juga pakar pemulihan aset luar pesisir memberi keterangan, bahawa wang itu masuk ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri di Ambank menerusi tiga transaksi dari sebuah syarikat dikenali sebagai Blackstone Asia Real Estate Partners, dengan jumlah pertama USD70 juta pada 29 Dis 2011.
Barkhouse yang memberi keterangan sebagai saksi kedua dalam perbicaraan saman sivil SRC International, berkata USD50 juta lagi diterima menerusi dua transaksi, masing-masing pada 12 Mac 2012 dan 22 Mei 2012.
“Transaksi ini ditanda dengan rujukan ‘AMPrivate Banking’ dalam penyata bank Blackstone dan saya dapat mengaitkan jumlah yang diterima dalam ringgit (RM) dengan transaksi dari akaun Blackstone dalam dolar AS (USD) dengan menggunakan pertukaran mata wang.
“Nik Faisal Ariff Kamil (bekas ketua pegawai eksekutif SRC International) juga menerima USD82,000 daripada Blackstone Asia antara 27 Jan 2012 dan 8 Feb 2012,” katanya semasa memberi keterangan secara dalam talian dari British Virgin Island dalam prosiding saman sivil USD1.18 bilion SRC International terhadap Najib di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin.
Dalam perbicaraan yang melibatkan Najib sebelum ini, telah dibuktikan di mahkamah bahawa Blackstone Asia Real Estate Partners adalah sebuah syarikat ditubuhkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang mempunyai nama serupa dengan firma ekuiti hartanah sebenar Blackstone Real Estate.
Barkhouse berkata, terdapat pergerakan keluar dana dari Blackstone ke pelbagai perantara termasuk syarikat produksi filem anak tiri Najib, Red Granite Capital Ltd (USD17.5 juta), USD24.8 juta kepada Brightstone Jewellery Limited serta Alsen Chance Holdings Limited (USD168.5 juta), kedua-duanya dilaporkan dimiliki rakan sekutu Jho Low, Tan Kim Loong.
“Saya percaya bahawa berdasarkan bukti yang tersedia kepada saya terutamanya pemeriksaan terhadap maklumat perbankan yang berkaitan dengan Alsen Chance dan Brightstone, mereka adalah shell companies yang tidak menjalankan perniagaan sah, selain dari mengaut dana yang disalah guna dari 1MDB dan SRC International,” katanya.
SRC di bawah pengurusan baharu telah memfailkan saman itu pada Mei 2021, atas dakwaan Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa, dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan terhadap dana berkenaan.
Syarikat itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos, dan relief lain yang difikirkan sesuai mahkamah.
SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta.
Najib, 70, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.
Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Perbicaraan bersambung esok. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/usd120-juta-pinjaman-kwap-kepada-src.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Src Menjadi Medium Yang Dimanipulasi Najib

Peguam Src Menjadi Medium Yang Dimanipulasi Najib

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 282 hits
Shahbudin HusinDi bawah pengawasan Najib Razak selaku menteri kewangan SRC International Sdn Bhd menjadi mangsa penipuan besar besaran oleh bekas perdana menteri itu kata peguam syarikat terbabit Membacakan kenyataan pembukaan dalam perbica...
Rumah Ahli Perniagaan Dipecah Masuk Jongkong Emas Wang Tunai Rm3 5 Juta Dilarikan

Rumah Ahli Perniagaan Dipecah Masuk Jongkong Emas Wang Tunai Rm3 5 Juta Dilarikan

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 308 hits
PETALING JAYA Sebuah peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai bernilai RM3 juta milik seorang ahli perniagaan wanita dilarikan penjenayah selepas kediamanya di Padang Balang Sentul dipecah masuk malam tadi Dalam kejadian kira kira...
Saksi Mengaku Tak Beritahu Sprm Pada 2018 Duit Rm2 Juta Untuk Guan Eng

Saksi Mengaku Tak Beritahu Sprm Pada 2018 Duit Rm2 Juta Untuk Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 243 hits
malaysiakini comSeorang saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulai Pinang mengaku tidak pernah memberitahu SPRM pada 2018 bahawa rasuah RM2 juta ditujukan untuk bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ...
Anak Bekas Pm Mongolia Terima Dana Src Saksi

Anak Bekas Pm Mongolia Terima Dana Src Saksi

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 218 hits
Anak lelaki bekas perdana menteri Mongolia S khbaataryn Batbold menerima AS 40 000 daripada AS 15 juta dana yang didakwa berasal daripada SRC International Sdn Bhd yang berdepan masalah kewangan menurut keterangan saksi di Mahkamah Tinggi K...
K Jaan Kata Basmi Miskin Tegar Tak Bermaksud Tiada Kemiskinan Rafizi

K Jaan Kata Basmi Miskin Tegar Tak Bermaksud Tiada Kemiskinan Rafizi

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 166 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pembasmian kemiskinan tegar bukanlah bermaksud kemiskinan dihapuskan sepenuhnya di negara ini Bagi kerajaan katanya penoktahan kemiskinan bermakna mengeluarkan sejumlah keluarga miskin tegar yang dilapor...
Reaksi Keras Hasbi Hasan Usai Dituntut 13 Tahun 8 Bulan Penjara Satu Kata Zalim

Reaksi Keras Hasbi Hasan Usai Dituntut 13 Tahun 8 Bulan Penjara Satu Kata Zalim

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 174 hits
Hasbi Hasan tak terima dituntut 13 tahun dan 8 bulan pidana penjara serta denda sebesar Rp1 miliar subsider pidana kurungan pengganti selama 6 bulan
Muda Silap Tolak Jelajah Rakyat Bersama Pn Kata Penganalisis

Muda Silap Tolak Jelajah Rakyat Bersama Pn Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 219 hits
Muda mengumumkan menjadi blok ketiga dalam dan luar Parlimen beberapa hari selepas Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengumumkan rancangan komponen itu mengadakan jelajah ke seluruh negara bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman PETALING JAYA Mud...
Istiqamah Itu Berat Tetapi Paksalah Diri Peminat Terpegun Dengan Tutur Kata Neelofa Sekarang

Istiqamah Itu Berat Tetapi Paksalah Diri Peminat Terpegun Dengan Tutur Kata Neelofa Sekarang

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 302 hits
Pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa telah mengundang keterujaan netizen dengan perkongsian beliau mengenai proses transformasi ke arah yang lebih baik dalam hidup
Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Rules And Strategies Of Different Casino Online


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sebab Utama Amerika Syarikat Kenakan Tarif Tinggi Ke Atas China

Stacy Kisah Dongeng Chord

Sumber Pendapatan Pelbagai Bersara Muda Dan Selesa

Maximising Visual Impact How Large Format Porcelain Enhances Spatial Perception

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area

More Bullying Complaints At Mrsms Coming In Says Asyraf