Usaha Turkiye Realisasi Perjanjian Eksport Bijirin Ukraine Satu Kejayaan Diplomatik Besar






Usaha Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang berjaya menjadi orang tengah dalam perjanjian mengeksport bijirin Ukraine dari pelabuhan Laut Hitam yang dikepung Rusia merupakan kejayaan diplomatik luar biasa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia menganggap perjanjian yang ditandatangani oleh Türkiye, Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB), Rusia dan Ukraine Jumaat lalu sebagai 'kisah luar biasa pada ketika dunia hampa, putus asa dan negatif'.

"Perjanjian ini kisah yang luar biasa pada ketika suasana dunia muram, hampa dan putus asa

"Presiden Erdogan telah berjaya membawa bersama Ukraine dan Rusia untuk menyelesaikan masalah keselamatan makanan antarabangsa

"Ini kejayaan diplomatik yang besar. Walaupun masih berlaku peperangan, ini sekurang-kurangnya suatu peluang untuk bertemu dan (proses) libaturus," katanya dipetik Anadolu Agency.

Perjanjian itu, yang disaksikan Erdogan dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, dimeterai selepas persetujuan umum dicapai antara pihak-pihak terlibat mengenai rancangan yang diketuai PBB semasa rundingan di Istanbul pada 13 Julai untuk membentuk pusat penyelarasan bagi menjalankan pemeriksaan bersama di pintu keluar masuk dari pelabuhan, dan untuk memastikan keselamatan laluan.

Presiden Turkiye dipuji kerana peranan pengantaranya berkoordinasi dengan Moscow dan Kyiv bagi membuka koridor dari bandar pelabuhan Ukraine, Odesa untuk menyambung semula penghantaran bijirin global yang tersekat akibat perang yang kini memasuki bulan kelima.

Bagi Anwar perjanjian berkenaan memberi kesan penting kepada pasaran biji bijian dunia, terutama ketika negara negara Afrika sedang diancam kebuluran akibat melambungnya harga gandum dan jagung yang sebelum ini banyak dibekalkan oleh Ukraine.

"Perjanjian "memberi kesan kepada keselamatan makanan... membawa kebaikan bagi kebajikan rakyat jelata di Türkiye dan negara-negara lain."

"Ini juga langkah penting dalam usaha menyelesaikan sebahagian masalah makanan yang menjejaskan kehidupan rakyat biasa di dunia.

"Ia juga kejayaan dari segi ke arah menyelesaikan masalah kenaikan harga makanan mendadak dan lebih-lebih lagi keselamatan makanan," katanya.

Tambah Anwar, penglibatan Turkiye memperlihatkan negara itu mempunyai pengaruh besar di antara dua tetangga yang sedang berkonflik, Rusia dan Ukraine, juga sebagai penjaga laluan perdagang utama di Laut Hitam.

"Türkiye mungkin satu-satunya negara yang mampu menyatukan kedua-dua negara ini sekurang-kurangnya dalam beberapa perihal tertentu dan dalam kes ini import serta eksport bijirin,

"Kita berbangga bahawa sekurang-kurangnya kita mempunyai sebuah negara Islam yang membangun, (mampu) tampil menjalankan peranan itu," kata Anwar lagi.

Anwar kini berada di Turkiye dalam rangka lawatan atas jemputan Presiden Erdogan. Kelmarin beliau ditemubual oleh media utama Turkiye, Anadolu Agency di Istanbul.

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/usaha-turkiye-realisasi-perjanjian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khemah Besar Memang Sukar Dibentuk Saling Curiga Satu Sama Lain

Khemah Besar Memang Sukar Dibentuk Saling Curiga Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 221 hits
Oleh Sirajuddin AhmadBeberapa kenyataan telah pun dibuat oleh Tun Mahathir dia terima apa sahaja gabungan asalkan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri Walaupun parti Anwar lebih banyak kerusi tapi Tun Mahathir ada lah Tun Mahathir tidak seda...
Hadi Tak Dimaklum Perjanjian Tpm Bukan Isu Besar Tidaklah Sampai Pas Berpecah Kata Pemimpin Veteran

Hadi Tak Dimaklum Perjanjian Tpm Bukan Isu Besar Tidaklah Sampai Pas Berpecah Kata Pemimpin Veteran

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 171 hits
PAS sejak dulu tidak pernah meminta minta jawatan dalam kerajaan sebaliknya membantu mencalonkan pihak di parti lain untuk memimpin negara kata Ketua Sidang Assabiqun PAS Pusat Mahfodz Mohamed PETALING JAYA Akar umbi PAS tidak menganggap is...
Anwar Puji Erdogan Berjaya Benarkan Ukraine Eksport Gandum

Anwar Puji Erdogan Berjaya Benarkan Ukraine Eksport Gandum

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 204 hits
Anwar puji Erdogan berjaya benarkan Ukraine eksport gandumPosted By on July 27 2022Usaha Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang berjaya menjadi orang tengah dalam perjanjian mengeksport bijirin Ukraine dari pelabuhan Laut Hitam yang dik...
Umno Tolak Tiga Parti Besar Melayu Bergabung

Umno Tolak Tiga Parti Besar Melayu Bergabung

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 156 hits
agendaily com31 07 2022 Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin bermesra dengan kumpulan nelayan pada satu majlis di di Pelabuhan LKIM Chendering Terengganu Gabungan tiga parti Melayu terbesar Bersatu PAS dan UMNO mampu m...
Belanja Pemerintah Dan Bumn Masih Besar Capai Rp 1 400 Triliun

Belanja Pemerintah Dan Bumn Masih Besar Capai Rp 1 400 Triliun

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 182 hits
Kementerian Koordinasi Bidang Kemaritiman dan Investasi mengungkapkan total belanja pemerintah dan BUMN masih tinggi angkanya mencapai Rp 1 400 triliun Dari jumlah tersebut pemerintah bisa melakukan penghematan dengan melakukan belanja seca...
Khalid Ibrahim Banyak Berjasa Kehilangan Besar Buat Negara Idris Ahmad

Khalid Ibrahim Banyak Berjasa Kehilangan Besar Buat Negara Idris Ahmad

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 151 hits
KUALA LUMPUR Pemergian bekas Menteri Besar Selangor ke 14 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi satu kehilangan besar buat negara ARTIKEL BERKAITAN 8211 KHALID IBRAHIM MENINGGAL DUNIA Menteri di Jabatan Perdana Menteri D
Kejayaan Boleh Dicipta Tanpa Korup

Kejayaan Boleh Dicipta Tanpa Korup

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 172 hits
Kaki fitnah ayuh BUKTIKAN Mahathir billionaire kamu dicabar sekarang Kaki fitnah ayuh heret Mahathir ke mahkamah sekarang kerajaan umno kamu Jangan jadi keparat tanpa mampu BUKTIKAN
Kafe Kopi Satu Satu Sembilan Taman Tupai Mas Taiping Perak

Kafe Kopi Satu Satu Sembilan Taman Tupai Mas Taiping Perak

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 400 hits
Kafe Kopi Satu Satu SembilanKafe Kopi Satu Satu SembilanPeminat kopi boleh cari kafe Kopi Satu Satu Sembilan ni yang terletak di no 119 Jalan Sultan Idris Taman Tupai Mas 34000 Taiping Perak Aku rasa Satu Satu Sembilan tu alamat kafe ni kot...
Banjir Besar Landa Kentucky As Tewaskan Tiga Orang

Banjir Besar Landa Kentucky As Tewaskan Tiga Orang

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 194 hits
Banjir Besar Landa Kentucky AS Tewaskan Tiga Orang Sedikitnya tiga orang tewas setelah hujan lebat yang menyebabkan banjir besar melanda Kentucky timur di AS Banjir besar yang merendam wilayah tersebut berasal dari luapan air Sungai North F...
Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Rezeki Pagi Jumaat Yang Indah

Jovita Pearl Duri Di Hati Chord

Dilaa Asri Sia Sia Chord

Sibuk Kerja Tetap Tak Cukup

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

H Rsk Ldpaddan Och Den F Rlorade Skatten En Mystisk Saga Om Gl Dje Beg R Och Det