Umno Tolak Tiga Parti Besar Melayu Bergabung


agendaily.com31/07/2022
 Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin bermesra dengan kumpulan nelayan pada satu majlis di di Pelabuhan LKIM Chendering, Terengganu (30 Julai 2022).

Gabungan tiga parti Melayu terbesar – Bersatu, PAS dan UMNO mampu menang pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dengan selesa jika penubuhan Muafakat Nasional (MN) menjadi realiti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden Bersatu berkata penubuhan MN pada masa ini seolah-olah kabur kerana penolakan UMNO meskipun jemputan menyertai gabungan berkenaan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Kata Muhyiddin, ketika beliau menjadi Perdana Menteri pada 2020 susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), ada pemimpin tertinggi PAS dan UMNO bertemu dengannya untuk mencadangkan penyertaan Bersatu ke dalam MN yang disusuli surat jemputan ditandatangani Zahid serta Hadi.

“Jawapan saya dihantar ke pejabat Barisan Nasional (BN) dan PAS yang menyatakan kita bersedia sertai MN. Tetapi malangnya, sampai hari ini kami tidak dijemput mana-mana. Baguslah PAS hendak bersama UMNO dan kami juga mahu bersama dengan semua parti.

“Saya pasti kalau kita berdepan pilihan raya, gabungan tiga parti ini mampu cemerlang dengan menang dua pertiga sekiranya kerjasama ini menjadi realiti. Tetapi malangnya sudah sampai setahun atau lebih, UMNO menolak kami. Perhimpunan Agung UMON buat keputusan tak terima kami, tak terima tak apalah,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Perikatan Nasional Terengganu, di Marang.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga pengerusi PN menegaskan, tanpa kerjasama dengan UMNO, Bersatu ketika ini sudah pun kuat dengan kehadiran PAS dalam gabungan itu.

“Kita ada PAS, abah PAS ada di sini (merujuk kehadiran Hadi pada majlis itu), kita dengan niat sama boleh perkukuhkan kerjasama,” katanya.

Pada 21 Jun, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mendakwa parti itu tidak pernah menolak agenda perpaduan ummah atau membatalkan surat untuk menerima masuk MN selepas keluar daripada Pakatan Harapan.

“Ini hakikatnya, tetapi mananya MN yang jemput kita masuk? Siapa sebenarnya yang tolak perpaduan?” soalnya dalam satu ceramah PN.

Pendedahan itu menyusul beberapa insiden yang menyaksikan pemimpin UMNO dan PAS bercanggah pendapat mengenai masa depan MN dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini menyifatkan kerjasama perpaduan ummah antara dua parti itu sudah “sampai ke surah terakhir”. – Artikel kredit WartaRakyat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/umno-tolak-tiga-parti-besar-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertembungan Tiga Penjuru Antara Parti Melayu Sukar Dielak

Pertembungan Tiga Penjuru Antara Parti Melayu Sukar Dielak

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 230 hits
ismaweb netBudaya politik matang sejahtera memang wajar diamal oleh semua partiBANGI 4 Muharram 1444H Selasa Pertandingan tiga penjuru antara parti Melayu Islam sukar dielak dan perlu diteruskan atas nama semangat persaudaraan Bekas Ahli Ja...
Pembangkang Kena Ada Persefahaman Khemah Besar Walaupun Bukan Penyatuan Parti

Pembangkang Kena Ada Persefahaman Khemah Besar Walaupun Bukan Penyatuan Parti

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 311 hits
Pemimpin pembangkang dari parti lain harus serang umno zahid najib bertubui tubi jangan biarkan Rafizi buat kerja sorang DAN yang lain nak tumpang tui dan cakap lawa Kita tak boleh biarkan Najib bermaharajelela Sebab itu bermula hari ini tu...
Umno Parti Penakut Nik Amar Kata

Umno Parti Penakut Nik Amar Kata

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 275 hits
KOTA BHARU UMNO sesuai dilabelkan sebagai parti penakut apabila tidak pernah berani untuk menggunakan logo sendiri setiap kali berlakunya Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Negeri Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata dala...
Tolak Khemah Besar Bukan Tolak Semua Mahu Berkerjasama Rafizi

Tolak Khemah Besar Bukan Tolak Semua Mahu Berkerjasama Rafizi

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 173 hits
Pertelingkahan sama ada perlukah khemah besar atau tidak telah mewarnai naratif berkempen antara dua kem sepanjang Pemilihan KEADILAN 2022 Bagaimanapun dengan pengakuan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli dalam sidang media tengah hari ...
Umno Hancur Jika Pemilihan Parti Diadakan Sebelum Pru 15 Ahmad

Umno Hancur Jika Pemilihan Parti Diadakan Sebelum Pru 15 Ahmad

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 194 hits
Hancur leburlah UMNO Kita tidak boleh tergesa gesa membuat pemilihan parti kerana akan berlaku pecah belah di dalam parti jika ia diadakan dalam masa terdekat ini Jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tidak meluluskan permohonan UMNO untuk me...
Politically Frank Umno Linked To Corrupted Leaders What About Mahathir Dap Ask Umno Man

Politically Frank Umno Linked To Corrupted Leaders What About Mahathir Dap Ask Umno Man

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 329 hits
It is a serious accusation to say Umno is led by corrupt leaders said Umno supreme council member Razlan Rafii Taking the former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad as an example he claimed during Mahathir s administration cases linked t...
Tiada Khemah Besar Tidak Semestinya Tolak Sekutu

Tiada Khemah Besar Tidak Semestinya Tolak Sekutu

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 243 hits
Tiada khemah besar tidak semestinya tolak sekutuPosted By on July 18 2022Pertelingkahan sama ada perlukah khemah besar atau tidak telah mewarnai naratif berkempen antara dua kem sepanjang Pemilihan KEADILAN 2022 Bagaimanapun dengan pengakua...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti