Usaha Pastikan Seluruh Rakyat Pahang Miliki Rumah Sendiri Kerajaan Negeri Bina 28 771 Unit Rumah Bernilai Rm2 1 Bilion




TEMERLOH: Dalam usaha memastikan seluruh rakyat negeri ini memiliki rumah sendiri kerajaan negeri Pahang bergerak proaktif apabila berjaya membina 28,771 unit rumah bernilai RM2.1 bilion.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) sentiasa memastikan rakyat daripada bandar hingga ke luar bandar memiliki peluang yang adil dan mampu untuk memiliki kediaman sendiri.
“Hingga kini kerajaan negeri telah menyiapkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) sebanyak 13,873 unit, PR1MA Pahang (9,057 unit), Rumah Program Residensi Rakyat (PRR) (4,168 unit), Rumah Rakyat Pahang (RRP) (1,110 unit), Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) (351 unit) dan Rumah Makmur Pahang (212 unit).
“Ia merupakan sebuah pencapaian yang tidak mampu dinafikan oleh mana-mana pihak,”katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Sanggang dan Majlis Pelancaran PR1MA Pahang Pamah Kaseh serta PR1MA Pahang Kampung Sempadan di Tapak Perumahan PR1MA Pahang Sanggang di sini hari ini.
Menurut Wan Rosdy, skim perumahan seperti Rumah PR1MA Pahang, Rumah Makmur Pahang, Rumah Mesra Pahang, Ru’RASA, RRP serta Pangsapuri Pahangku, semuanya dengan matlamat yang sama, iaitu menyediakan rumah yang selesa, berkualiti dan mampu milik bagi setiap lapisan rakyat.
Jelasnya, hasil pelaksanaan berterusan ini telah memberi manfaat besar kepada puluhan ribu keluarga di seluruh Pahang yang mana setiap rumah bukan sekadar struktur fizikal, tetapi asas kehidupan dan masa depan rakyat.
Dalam pada itu katanya, antara perkara yang tidak disedarisemua ialah betapa besarnya nilai subsidi yang disalurkan Kerajaan Negeri bagi setiap unit Rumah Mampu Milik yang dibangunkan oleh Kerajaan Pahang.
Selain itu katanya, dalam keadaan kos bahan binaan yang terus meningkat dan margin keuntungan yang semakin kecil, para pemaju tetap gigih meneruskan projek di bawah skim mampu milik, semata-mata kerana tanggungjawab sosial mereka kepada rakyat dan kesetiaan terhadap dasar Kerajaan Negeri.
Tambahnya kerajaan negeri pula tidak pernah membiarkan pemaju berjalan sendirian demi memastikan setiap projek mampu dilaksanakan dengan lancar tanpa menjejaskan matlamat untuk menyediakan rumah pada harga di bawah pasaran.
“Bagi PR1MA Pahang, rumah dijual pada harga RM150,000, sedangkan harga pasaran mencecah RM300,000, Rumah Makmur Pahang pula, harga jualan RM80,000, harga pasaran sekitar RM220,000, bagi Rumah Pahangku, contohnya perumahan La Indera di Kuantan, harga hanya RM188,000, sedangkan pasaran mencecah RM300,000 hingga RM350,000.
“Pangsapuri Pahangku pula dijual sekitar RM200,000, masih jauh lebih rendah daripada nilai pasaran lebih RM300,000 dan Rumah Mesra Pahang, harganya ialah RM75,000, tetapi rakyat hanya bayar RM60,000 selepas subsidi kerajaan RM15,000 manakala Ru’RASA dan RRP pula memberi manfaat 100 peratus subsidi yang mana rumah yang bernilai RM80,000 diberikan secara percuma kepada golongan layak,”ujarnya. #KOSMO!
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/11/usaha-pastikan-seluruh-rakyat-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Pahang Diseru Nilai Prestasi Kerajaan Negeri Berdasarkan Usaha Dan Tindakan Untuk Kesinambungan Pemerintahan

Rakyat Pahang Diseru Nilai Prestasi Kerajaan Negeri Berdasarkan Usaha Dan Tindakan Untuk Kesinambungan Pemerintahan

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 197 hits
KUANTAN Rakyat Pahang diseru menilai sendiri prestasi kerajaan negeri berdasarkan usaha dan tindakan yang telah dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan pemerintahan dapat diteruskan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata p...
Kerajaan Negeri Benarkan Rakyat Kelantan Mendulang Emas

Kerajaan Negeri Benarkan Rakyat Kelantan Mendulang Emas

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 213 hits
Kerajaan Negeri Benarkan Rakyat Kelantan Mendulang Emas Kerajaan Kelantan bakal membenarkan rakyat negeri itu melombong emas menggunakan kaedah mendulang Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata lesen juga akan diberika...
Kerajaan Pahang Akan Bentang Belanjawan 2026 Bersifat Dinamik Realistik Dan Untuk Rakyat Ikut Kedudukan Kewangan Semasa

Kerajaan Pahang Akan Bentang Belanjawan 2026 Bersifat Dinamik Realistik Dan Untuk Rakyat Ikut Kedudukan Kewangan Semasa

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 200 hits
KUANTAN nbsp Kerajaan Pahang akan membentangkan Belanjawan 2026 yang bersifat dinamik berpaksikan rakyat dan dirangka secara realistik mengikut kedudukan kewangan semasa negeri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pe...
Program Townhall Bersama Menteri Besar Pahang Berjaya Mendapat Sambutan Menggalakkan Daripada Rakyat Negeri Ini

Program Townhall Bersama Menteri Besar Pahang Berjaya Mendapat Sambutan Menggalakkan Daripada Rakyat Negeri Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 178 hits
KUANTAN Program Townhall Rakyat Bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang diadakan di sini menerima sambutan amat menggalakkan daripada rakyat negeri itu Datuk Seri Wan Rosdy berkata program berkenaan menjadi platfor...
Kerajaan Pahang Ambil Pendekatan Lebih Proaktif Dalam Memastikan Urusan Rakyat Lebih Mudah Selesa Dan Kurang Birokrasi

Kerajaan Pahang Ambil Pendekatan Lebih Proaktif Dalam Memastikan Urusan Rakyat Lebih Mudah Selesa Dan Kurang Birokrasi

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 255 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang mengambil pendekatan proaktif dalam memastikan urusan rakyat lebih mudah dan selesa Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri berperanan sebagai pemudah cara dengan mengurangkan birokrasi ...
Pas Pahang Tuntut Penjelasan Rasmi Kerajaan Negeri Berhubung Kegusaran Caj Jalan Persendirian Genting Yang Dilaksanakan

Pas Pahang Tuntut Penjelasan Rasmi Kerajaan Negeri Berhubung Kegusaran Caj Jalan Persendirian Genting Yang Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 141 hits
KUANTAN PAS Pahang tuntut penjelasan rasmi daripada kerajaan negeri berhubung beberapa kegusaran berkaitan Caj Jalan Persendirian yang akan dilaksanakan di Genting Highlands Bentong Ketua Penerangan PAS Pahang Aireroshairi Roslan berkata pe...
Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun Kalau Dah Terlibat Dengan Riba Rugi Dekat Akhirat Nanti

Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun Kalau Dah Terlibat Dengan Riba Rugi Dekat Akhirat Nanti

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 220 hits
Aktivis kemanusiaan Farah Lee mendedahkan bahawa pada usia 36 tahun dia masih belum memiliki kediaman sendiri Perkara itu dikongsikan selepas menerima pertanyaan daripada rakan aktivis Haroq yang meminta pandangan sama ada wajar atau tidak ...
Hutang Kerajaan Tambah Rm5 Bilion

Hutang Kerajaan Tambah Rm5 Bilion

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 170 hits
ShahirEsok Kerajaan akan menerbitkan hutang baru bernilai RM5 bilion dalam bentuk Terbitan Pelaburan Kerajaan patuh shariah Ini akan menjadikan jumlah hutang Kerajaan yang diterbitkan tahun ini mencecah RM158 5 bilion dengan mengambil kira ...
Pemerhati Rasuah Malaysia Adakah Kerajaan Negeri Pusat Luluskan Kutipan Tol Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta

Pemerhati Rasuah Malaysia Adakah Kerajaan Negeri Pusat Luluskan Kutipan Tol Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta kata Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia Jais Abdul Karim Beliau berkata pihaknya memandang serius kewujudan plaza tol di jalan m...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Dior Goodjohn S Legs And Feet In Tights

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah

Sweet Home Menjadi Kenangan Menggamit Memori

Simple Beef Steak Recipe Jamie Oliver

Selasa Dak Jasmine