Usah Lantik Wakil Badan Peguam Dalam Jawatankuasa Berkait Undang Undang Syariah Kata Pemimpin Umno


 
Puad Zarkashi berkata kerajaan tidak perlu melayan saranan Ngeh Koo Ham untuk membabitkan Badan Peguam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.PETALING JAYA: Pemimpin Umno Puad Zarkashi menolak cadangan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham daripada DAP supaya Badan Peguam dilibatkan dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu mendakwa Badan Peguam sering berat sebelah dan cenderung berpendirian “seolah-olah asalkan bukan Umno”.
Puad merujuk tindakannya mencabar keputusan membebaskan tanpa melepaskan Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, namun tidak mengambil sama dalam kes lain.
Adun Rengit itu bagaimanapun berpendapat kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan melantik pakar perundangan bukan Islam yang tidak berat sebelah untuk menganggotai jawatankuasa khas yang ditubuhkan awal bulan ini.
“Asalkan bukan Badan Peguam,” katanya di Facebook mengulas saranan Ngeh yang juga penasihat DAP Perak semalam supaya kerajaan melibatkan Badan Peguam dalam jawatankuasa terbabit.
Menurutnya, cadangan itu memandangkan badan berkanun berkenaan dibentuk untuk memastikan undang-undang yang diluluskan adil dan saksama.
Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam bertanggungjawab mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan kompetensi DUN mengenai penggubalan undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah, sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan.
Ia juga akan perhalusi semua perkara melibatkan pertindihan antara mahkamah syariah dan sivil termasuk isu melibatkan pertukaran agama, harta, tuntutan hadhanah, dan wasiat, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.
Penubuhannya menjunjung titah Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi mengkaji secara mendalam dan kritikal persoalan undang-undang yang berbangkit, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan kompetensi DUN dalam kerangka yang ditetapkan Perlembagaan.
Bekas ketua hakim negara Zaki Azmi dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa 10 anggota itu, yang turut dianggotai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh; anggota Majlis Agama Islam Selangor Salehuddin Saidin; dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Melaka Nadzri Abdul Rahman.
Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata tiada keperluan melantik pakar bukan Islam dalam jawatankuasa itu dan menyifatkan cadangan Ngeh “tidak berpijak di bumi nyata”.
Ini kerana katanya, cadangan itu hanya akan mencetuskan polemik dalam suasana harmoni rakyat pelbagai agama dan kaum.
“Apa jua dapatan jawatankuasa ini kelak pastinya akan dibentangkan kepada Majlis Raja-raja Melayu, setelah diteliti segala aspek yang terkait dengan Perlembagaan.
“Malah, jika ada sebarang cadangan melibatkan pindaan undang-undang mahupun Perlembagaan sekalipun, tentu sekali prosesnya akan turut melibatkan Ahli Parlimen bukan Islam yang punya kuasa untuk membahas, menyokong, meminda mahupun menolak cadangan terkait dengan penggubalan undang-undang mahupun Perlembagaan.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/usah-lantik-wakil-badan-peguam-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Jadikan Islam Alas Kaki Kata Pemimpin Umno

Pas Jadikan Islam Alas Kaki Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 217 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 21 2023 1 48 PMAnggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi membidas PAS yang didakwanya cuba melemahkan kerajaan perpaduan dengan memecah belahkan parti parti yang menganggotainya Sebagai contoh katanya...
Syor Benarkan Melayu Saja Jadi Pm Adalah Rasis Kata Kumpulan Peguam

Syor Benarkan Melayu Saja Jadi Pm Adalah Rasis Kata Kumpulan Peguam

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 247 hits
Syor benarkan Melayu saja jadi PM adalah rasis kata kumpulan peguam Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Dec
Lelaki Islam Pikat Isteri Orang Untuk Seks Boleh Didakwa Kata Peguam

Lelaki Islam Pikat Isteri Orang Untuk Seks Boleh Didakwa Kata Peguam

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 285 hits
Peguam Fahri Azzat berkata setiap negeri mempunyai enakmen jenayah berhubung memikat wanita Islam berkahwin memandangkan Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri PETALING JAYA Enakmen jenayah syariah negeri boleh digunakan untuk mendakwa...
Sulaiman Peguam Pegang Prinsip Keadilan Kata Pm

Sulaiman Peguam Pegang Prinsip Keadilan Kata Pm

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 180 hits
Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Sulaiman Abdullah yang meninggal dunia semalam banyak terbabit kes profil tinggi KUALA LUMPUR Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Sulaiman Abdullah yang meninggal dunia semalam disifatkan seorang yang...
Portfolio Menteri Umno Banyak Berhubung Rapat Dengan Rakyat Kata Puad

Portfolio Menteri Umno Banyak Berhubung Rapat Dengan Rakyat Kata Puad

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 290 hits
Ahli MKT Puad Zarkashi berkata Umno masih berperanan dalam ekonomi kerana ia memegang portfolio yang berhubung rapat dengan rakyat PETALING JAYA Portfolio dipegang para menteri Umno berhubung rapat dengan rakyat dan berkaitan ekonomi kata p...
Tuduh Mahkamah Syariah Bakal Terkubur Ketua Hakim Negara Tegur Peguam Pas

Tuduh Mahkamah Syariah Bakal Terkubur Ketua Hakim Negara Tegur Peguam Pas

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 238 hits
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengingatkan semua pihak hari ini Agar menegakkan prinsip undang undang dan menghindari membuat kenyataan yang bersifat menghasut Ingatan ini diberikan oleh Tengku Maimun ketika mempengerusikan ...
Imej Makin Merudum Pemimpin Umno Gesa Rombak J Kom

Imej Makin Merudum Pemimpin Umno Gesa Rombak J Kom

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 167 hits
Puad Zarkashi berkata J Kom wajar dipimpin individu lebih kompeten selepas kontroversi membabitkan bekas ketua pengarah dan pembantunya PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno menggesa Jabatan Komunikasi Komuniti di bawah Kementerian Komunikasi...
Wakil Pn Sokong Pm Patut Diberi Jawatan Kata Pas

Wakil Pn Sokong Pm Patut Diberi Jawatan Kata Pas

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 154 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 15 2023 4 49 PMPAS berpendapat ahli parlimen PN yang sudah memberikan sokongan kepada kerajaan wajar diberikan tempat dalam kabinet Anwar Ibrahim Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata dia sendiri men...
Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Siri 1 2025

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles

Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Lomba Trading Pontianak 2025 Buktikan Skillmu Di Akun Demo Dan Live

Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

Sabah S Elephant Champion

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit

Biar Biduk Berlalu Asalkan Kiambang Bertaut

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu