Lelaki Islam Pikat Isteri Orang Untuk Seks Boleh Didakwa Kata Peguam


 
Peguam Fahri Azzat berkata setiap negeri mempunyai enakmen jenayah berhubung memikat wanita Islam berkahwin, memandangkan Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri. (Gambar Pexels)PETALING JAYA: Enakmen jenayah syariah negeri boleh digunakan untuk mendakwa lelaki Islam kerana memikat wanita Islam berkahwin untuk melakukan hubungan seks, kata seorang peguam.
Bagaimanapun, ia hanya terhad kepada wanita Islam kerana mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam.
Fahri Azzat berkata kesalahan itu termasuk memikat wanita atau wanita yang sudah berkahwin, khalwat (lelaki dan wanita yang belum berkahwin bersama di tempat terpencil), zina (persetubuhan antara lelaki dan wanita di luar perkahwinan yang sah), cubaan zina, dan menghasut pasangan bercerai.


“Lelaki Islam tidak terkecuali daripada siasatan dan pendakwaan oleh pihak berkuasa agama Islam.
“Undang-undang peribadi ini tidak terjejas kerana Perkara 8(5) Perlembagaan Persekutuan mengecualikannya daripada peruntukan tanpa diskriminasi dalam Perkara 8(2),” katanya kepada FMT.
Beliau berkata setiap negeri dalam persekutuan mempunyai enakmen jenayah berhubung perkara ini, memandangkan Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri.
Fahri mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat yang memansuhkan peruntukan dalam Kanun Keseksaan yang menyalahi perlembagaan yang menjadikannya jenayah bagi seorang lelaki untuk memikat wanita sudah berkahwin.
Dengan pemansuhan Seksyen 498, ia bukan lagi satu jenayah jika seorang lelaki, Islam atau bukan Islam, memikat wanita bukan Islam yang sudah berkahwin.
Sebelum ini, di bawah Seksyen 498, lelaki yang melarikan atau memikat wanita yang sudah berkahwin untuk melakukan persetubuhan haram dengannya, melakukan kesalahan jenayah dan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetuai panel lima hakim, berkata Seksyen 498 yang merupakan undang-undang sebelum Merdeka berusia 152 tahun, hanya memberikan hak kepada suami dan mengecualikan isteri.
“Kami berpendapat bahawa Seksyen 498 adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia menyalahi undang-undang mendiskriminasi hanya atas alasan jantina, yang melanggar Perkara 8(2),” kata hakim tertinggi itu.
Perkara 8 memberi jaminan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata.
Tengku Maimun berkata peruntukan itu tidak terbuka kepada pindaan kehakiman di bawah Perkara 162(7) kerana berbuat demikian memerlukan pindaan yang meluas sehingga ke tahap mengubah sifat kesalahan itu.
“Oleh itu, kami berpuas hati bahawa satu-satunya cara yang mungkin untuk membawa Seksyen 498 selaras dengan perlembagaan adalah dengan memansuhkannya secara keseluruhannya,” katanya.
Sementara itu, peguam K Shanmuga berkata seorang wanita bukan Islam tidak boleh dipaksa untuk memberi keterangan jika dia ditangkap khalwat atau zina dengan lelaki Islam.
“Perlembagaan menyatakan bahawa mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam,” katanya.
Bagaimanapun, Fahri berkata seorang bukan Islam boleh memberi keterangan secara sukarela di mahkamah syariah dan menjadi saksi fakta. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/lelaki-islam-pikat-isteri-orang-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Depa Kata Dia Ni Bukan Islam Dia Kapiaq

Depa Kata Dia Ni Bukan Islam Dia Kapiaq

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 192 hits
Zainuddin OmarSemasa reman jangan bagi dia minum coke aje AhaksParpukari pujaan walaaun SEORANG pengguna media sosial Salim Iskandar ditahan polis semalam bagi siasatan berhubung siarannya di platform X yang didakwa berkait Perdana Menteri ...
Sulaiman Peguam Pegang Prinsip Keadilan Kata Pm

Sulaiman Peguam Pegang Prinsip Keadilan Kata Pm

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 189 hits
Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Sulaiman Abdullah yang meninggal dunia semalam banyak terbabit kes profil tinggi KUALA LUMPUR Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Sulaiman Abdullah yang meninggal dunia semalam disifatkan seorang yang...
Tiada Bukti Bekas Pakar Patologi Dalang Pembunuhan Kevin Morais Kata Peguam

Tiada Bukti Bekas Pakar Patologi Dalang Pembunuhan Kevin Morais Kata Peguam

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 288 hits
TIADA bukti menunjukkan bekas pakar patologi R Kunaseegaran adalah dalang pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais lapan tahun lepas Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini Peguam N Sivananthan mewakili Kunaseegaran memberitahu pa...
Isteri Pelaku Mohon Maaf Suami Memang Panas Baran Tak Boleh Dengar Orang Rem Motor

Isteri Pelaku Mohon Maaf Suami Memang Panas Baran Tak Boleh Dengar Orang Rem Motor

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 231 hits
Isteri kepada pegawai kanan polis yang dipercayai terbabit dalam kemalangan melanggar pelajar tingkatan lima Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie 17 di Jalan Taman Jati dekat Meru semalam sehingga meninggal dunia mohon maaf kepada keluarga ...
Tak Boleh Tebus Tunai Kredit Emadani Kata Mof

Tak Boleh Tebus Tunai Kredit Emadani Kata Mof

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 201 hits
KEMENTERIAN Kewangan menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai atau pemindahan peer to peer kredit eMadani oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial Ini bagi mengelakkan pe...
Content Budak Budak Rempit Isteri Sedut Air Dari Mulut Aiman Tino Netizen Kata Sweet Tak Bertempat

Content Budak Budak Rempit Isteri Sedut Air Dari Mulut Aiman Tino Netizen Kata Sweet Tak Bertempat

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 197 hits
Perkongsian penyanyi Aiman Tino bersama isteri Syarah Haifa baru baru ini di Instagram ternyata telah mencuri perhatian netizen di media sosial Dalam hantaran tersebut isteri Aiman dilihat menyedut air minuman daripada mulut Aiman Tino var ...
Pas Jadikan Islam Alas Kaki Kata Pemimpin Umno

Pas Jadikan Islam Alas Kaki Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 226 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 21 2023 1 48 PMAnggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi membidas PAS yang didakwanya cuba melemahkan kerajaan perpaduan dengan memecah belahkan parti parti yang menganggotainya Sebagai contoh katanya...
Sidang Kemuncak Asean Ke 46

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Most Popular Delicious Malaysian Cuisines Available Daily

Resipi Ikan Siakap Stim Sedap Macam Kedai Siam Langsung Tak Hanyir

Tahlil Misteri Di Surau Rnr

Impose Retirement Age On Politicians Too

Lirik Lagu Dalam Sujudku Amira Othman

Seriously Ds Azalina Please Let Them Rest


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Seni Berdamai Dengan Takdir Naim Daniel Ustaz Adnin Roslan

Tindakan Drastik Exco Terengganu Isu 72 Unit Mykiosk Masih Kosong

Hazama Aku Bukan Narsisis Chord

Juyaya Mati Lisin Maya Gawai Chord

Pm Pertahan Keputusan Sambung Kontrak Azam Baki

Nak Duit Je Diorang Ni Umum World Tour Peminat Kesal Lihat Layanan Acuh Tak Acuh Yg Pada Blackpink