Usah Biar Universiti Awam Diresapi Pengaruh Komunis


Pertahan Melayu dipaksa letak jawatan, tapi hak bangsa lain dikekalkan
PERTAHANKAN hak bangsa Melayu letak jawatan, pertahan hak bangsa lain kekal jawatan atau naik jawatan lagi…

Formula rimba apa yang dipakai? Sepatutnya pertahankan Melayu, mempertahankan hak kepada yang berhak, kekal jawatan atau dinaikkan pangkat kerana pertahankan kebenaran.

Sebaliknya, mempertahankan ultra kiasu yang tidak pernah menghormati agenda hidup bernegara atau Perlembagaan negara, bercanggah dengan fitrah hidup bernegara, mereka itu yang diturunkan pangkat atau diminta melepaskan jawatan.

Namun, biasalah lumrahnya mereka yang mempertahankan kebenaran selalu dimangsakan. Manakala, mereka hipokrit sentiasa mendapat tempat dan dinaikkan pangkat.

Ingatan saya kepada pentadbir universiti awam, jangan biarkan universiti awam diresapi pengaruh pemikiran komunis. Pemikiran komunis ultra kiasu sedang mempengaruhi pelajar.

Sepatutnya VC UM tidak perlu pun berjumpa pelajar ultra kiasu ini. Siapa pelajar tersebut? Adakah beliau bercakap atas kapasiti individu atau persatuan yang diwakili.

Jika beliau mewakili Persatuan Pelajar, sepatutnya yang menjadi jurucakap bukan beliau tetapi Yang Dipertua. Kenapa beliau berani mendahului ketuanya?

Jawapan mudah, kerana beliau teramat maklum, ultra kiasu di luar sana akan mempertahankan beliau, termasuk tidak mustahil menyingkiran VC tersebut. Saya faham sangat dengan perangai ultra kiasu.

Jika saya di tempat VC UM, saya tidak akan melayan atau bertemu beliau. Budak hingusan dipengaruhi oleh ultra kiasu. Adakah budak ini mewakili seluruh suara pelajar UM. Sudah tentu tidak?

Melayu berhak pertahankan hak mereka di bumi mereka sendiri. Melayu berhak pertahankan ketuanan Melayu sebab ini bumi Melayu.

Bumi bangsa lain ada di tempat asal usul mereka. Selagi hak mereka terjamin, pada saya, itu sudah cukup adil, sebab mereka berada dibumi orang. Dilayan pula dengan baik dan adil. Bandingkan dengan nasib umat Islam di negara China dan India.

Saya amat bersimpati dengan VC UM, mempertahankan Melayu disuruh letak jawatan. Siapa yang akan mempertahankan beliau apabila berada dalam keadaan kritikal sebegini? Semua akan menjauhkan diri kerana mahu menjaga perut.

Sepatutnya, semua staf dan pelajar UM akan mempertahankan beliau, kerana beliau melakukan perkara yang benar. Mempertahankan hak kepada yang berhak dan memberi hak kepada yang berhak. Apakah nasib beliau akan terkonteng-konteng? Masing-masing menunggu peluang untuk menggantikan beliau bila berlaku kekosongan dalam jawatan. Inilah dunia politik hari ini.

Masing-masing mahu berpaut di dahan yang kukuh. Ditakdirkan dahan tersebut patah, lihat gelagat mereka selepas ini. Berubah serta merta mencari dahan berteduh. Bolehkah dipercayai manusia seperti ini?

VC UM tidak perlu bimbang atau bimbang langsung kerana beliau boleh bila-bila masa sahaja kembali semua tempat asalnya, Petronas. Tidak perlu berserabut melayan orang politik. Persoalannya, siapa untung siapa rugi? Bila kena macam ini baru kenal siapa kawan siapa lawan.

Mereka yang mempertahankan Cina, bukan sahaja Cina, kadangkala menjadi lebih Cina daripada Cina di China tidak disuruh pula letak jawatan, malah dibiarkan.

Cuba buat kajian bagaimana kepimpinan UTAR, Kolej Universiti New Era, Kolej Han Chiang, begitu juga dengan kolej Cina yang lain. Tidak ada siapapun yang berkata tentang institusi perkauman ini.

Apa yang dikuliahkan setiap hari? Ada atau tidak hasutan yang dicurahkan saban hari kepada pelajar? Apakah universiti ini tidak mempertahankan ketuanan bangsa Cina?

Sudah sampai masa kajian dibuat secara menyeluruh semua institusi pendidikan Cina daripada peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Adakah kewujudan institusi pendidikan Cina benar-benar dapat membantu pembinaan negara bangsa atau menanamkan kebencian antara kaum

Jangan hanya tengok universiti awam sahaja. Tempat bersarang pemikiran komunis mesti juga dibuat kajian.

Jika dahulu, ada persepsi dalam kalangan umat Islam sendiri mengatakan dengan kewujudan sekolah agama akan menguatkan pengaruh PAS. Atas alasan, semakin faham Islam, semakin kuat sokongan pelajar kepada PAS. Sebab itu, UMNO suatu ketika dahulu, amat gusar dengan kemunculan sekolah agama dan maahad tahfiz.

Apakah kegusaran ini tidak mungkin berlaku, semakin banyak institusi pendidikan Cina ini, akan menjadi semakin kuat pemikiran komunis dan semakin kuat sokongan mereka terhadap ultra kiasu.

Saya berpandangan semua institusi pendidikan Cina akan melahirkan lebih ramai ultra kiasu. Justeru, sudah sampai masanya kajian dibuat secara menyeluruh.

Ingatan kepada kepada bangsa bukan Melayu terutama ultra kiasu tersebut, selagi kamu tidak menguasai agenda negara, terutama bahasa Melayu, gelaran orang asing layak untuk kamu.

Saya akan terus gunakan istilah orang asing dan pendatang selagi mereka tidak menguasai agenda negara.

Kepada VC UM, kuatkan semangat. Jangan pernah gentar dengan ancaman ultra kiasu. Kehidupan ini hanya sementara. Tinggalkan suatu kebaikan yang boleh dikenang sampai ke mati. Jangan tinggalkan sesuatu yang menjadi kutukan dan hinaan masyarakat.

Biar kita tinggal sesuatu tempat dalam keadaan bermaruah daripada menjadi pemimpin bacul dan hina. Biarkanlah mereka yang menjaga periuk nasi dan perut. Percayalah, ganjaran untuk mereka yang memperjuangkan kebenaran pasti ada. Begitu juga dengan mereka yang hipokrit. - www.ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/10/usah-biar-universiti-awam-diresapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Persoal Keperluan Universiti Awam Anjur Kongres Maruah Melayu

Dap Persoal Keperluan Universiti Awam Anjur Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 313 hits
MALAYSIAKINI Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan mengapa beberapa universiti awam di negara ini perlu menganjurkan Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan pada Ahad ini Dalam satu kenyataannya Lim menyoal sama ada empat univer...
Ada Arahan Dari Partai Komunis Cina Bungkam Pengaruh Islam

Ada Arahan Dari Partai Komunis Cina Bungkam Pengaruh Islam

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 257 hits
Di wilayah barat laut Cina pemerintah Cina dengan sistematis mulai mengekang Muslim untuk beribadah mulai dari pembongkaran kubah masjid sampai melarang praktik Islam Instruksi pembongkaran masjid oleh pemerintah Cina sampai juga ke desa ke...
Mb Kedah Umum Bantuan Khas Kewangan Rm750 Untuk Kakitangan Awam

Mb Kedah Umum Bantuan Khas Kewangan Rm750 Untuk Kakitangan Awam

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 355 hits
Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir PETALING JAYA Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM750 untuk semua pegawai kakitangan dan anggota pentadbiran negeri Bantuan khas ini akan dibayar pada Dis i...
Wanita Ditemui Terdampar Di Pantai Awam Teluk Likas

Wanita Ditemui Terdampar Di Pantai Awam Teluk Likas

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 765 hits
Wanita ditemui terdampar di tepi pantai awam Teluk Likas Kota Kinabalu KOTA KINABALU Suasana di Taman Awam Teluk Likas di sini gempar apabila seorang wanita dewasa ditemui terdampar di tepi pantai awam berkenaan kira kira jam 4 petang tadi ...
Lokman Noor Adam Didakwa Mengapi Apikan Orang Awam

Lokman Noor Adam Didakwa Mengapi Apikan Orang Awam

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 198 hits
MALAYSIAKINIAnggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Majistret di Shah Alam hari ini atas pertuduhan mengapi apikan orang awam untuk melakukan kesalahan terhadap orang awam lain Lokman Noor 46 mengaku tidak b...
Bantuan Khas Kewangan Rm500 Penjawat Awam Rm250 Pencen

Bantuan Khas Kewangan Rm500 Penjawat Awam Rm250 Pencen

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 487 hits
SOURCE appeared first on Bantuan Khas Kewangan RM500 Penjawat Awam RM250 pencen Dahulu tidak ada yang ambil pusing mengenai mengenai intipati Bajet 2020 Sekarang lain Satu demi satu diteliti dan disemak Mereka mahu cari apa bahagian untuk m...
Belanjawan 2020 Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dan Pesara

Belanjawan 2020 Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dan Pesara

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 770 hits
Belanjawan 2020 Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dan Pesara di bentangkan di dalam belanjawan 2020 di mana melibatkan hampir 1 6 juta penjawat awam serta pesara kerajaan KUALA LUMPUR Beberapa berita baik diumumkan dalam Belanjawan 2020 b...
Bajet 2020 Untuk Penjawat Awam

Bajet 2020 Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 2566 hits
Assslamualaikum Pembentangan Bajet 2020 semalam untuk penjawat awam adalah seperti berikut Intipati Bajet 20201 COLA naik rm502 Elaun Bomba rm2003 Bantuan khas kewangan rm5004 Pesara rm2505 Tentera pingat jasa one off rm5006 GCR boleh tebus...
Tiada Bonus Dan Pergerakan Gaji Penjawat Awam Hanya Dapat Bantuan Khas Kewangan

Tiada Bonus Dan Pergerakan Gaji Penjawat Awam Hanya Dapat Bantuan Khas Kewangan

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 3267 hits
Tiada Bonus dan Pergerakan Gaji Penjawat Awam Hanya Dapat Bantuan Khas Kewangan Saban tahun menanti khabar gembira daripada kerajaan namun ianya tak seperti yang diidamkan oleh semua penjawat awam Bukan sekali dua tapi berkali kali Jauh di ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik