Bahagian dalam spa tu.Ni ruang menunggu.
Ni kalau nak ambil ambil gambar,siap ada background Dewani ni haa..
Ni kalau ambil pakej relaxing,nak rendam rendam kaki
Tu ha,ada kerusi..Nak rendam rendam kaki...sambil relax relax tenangkan fikiran
Ni hiasan atas meja ruang menunggu tadi tu..Bekas abu rokok rupanya...
Ada juga orang letak letak kosmetik tumpang jual.Tapi tak beli la...
Ye, Mama Yan memang tak mekap kalau keluar ambil anak sekolah.Setakat pakai pelembab je.Sun block pun kadang pakai kadang tak,Tudung?Wajib lah tudung sarung kain lycra yang kalis kedut...hahaha...Memang tidaklah nak berlilit, berpusing bagai.Sehari berapa kali MY keluar..Ambil Mijan,ambil aril, Ucid, Sarah,hantar sekolah agama,hantar Moq ngaji,Jemput sekolaha agama, jemput ngaji lagi..Kalau nak lilit lilit,Mau MY yang tercekik dalam lilitan tudung tu nanti.
Ni bahagian dalam tu lah...Tempat urutnya.Semalam MY buat urut tradisional siap sengkak.Harga RM75 je.Murah gila wei..Tempoh mengurut lebih kurang sejam la.Tak la set masa tepat tepat..Tapi MY datang lepas hantar Aril ke sekolah agama pukul 2,Keluar spa tepat tepat jam 3.30 petang.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |