Urus Rumah Tangga Nampak Remeh Tapi Paling Penat Bila Isteri Jawab Acuh Tak Acuh Suami Kena Tahu Apa Tak Kena


Jadi isteri dan ibu ni bukan tugas mudah, baik surirumah dan juga yang bekerja. Dari awal pagi sampai ke waktu malam nak tidur, kerja kat rumah tak pernah habis. Paling happy bila suami bantu tanpa disuruh.
Tak payah bagi kemewahan itupun dah cukup buat isteri happy. Tapi kalau ada rezeki lebih nak kongsi pun tak salah, untuk yang tersayang kan. Kadang isteri bila penat, dia taknak mengadu, buat sahaja apa yang perlu. Tapi ada ketikanya bila ada yang menegur tak kena ‘timing’ rasa macam tak dihargai.
Suami kena cakna, kena tahu bila isteri perlukan pertolongan, tak perlu disuruh, tak perlu diberi salinan panjang apa yang perlu dibuat, itu sudah cukup buat isteri gembira, bangun tidur pun senyum sahaja.

Urus Rumah Tangga, Nampak Remeh Tapi Penat
Nampak remeh tapi percayalah kerja urus rumah tangga ni SANGAT MEMENATKAN. Tak kena gaya, boleh jadi stress. Ini yang saya alami hingga berlaku perang dingin dengan Surihati.
Satu hari tu, bila sampai rumah, saya tengok pinggan mangkuk bersusun dalam sinki.
“Kenapa tak basuh pinggan ni?”
Soal saya dengan nada tinggi dari biasa. Masa tu Surihati pun tak cakap banyak, dia jawab satu patah perkataan je, “Sorry.”
Sepanjang malam tu dia hanya diam saja. Muka tak ada perasaan. Selesai semua tugas, dia terus naik tidur.
Baru saya sedar. Rupanya saya dah buat kesilapan besar.
Dah banyak kali dah jadi. Surihati saya tak menang tangan uruskan rumah tangga. Sebagai isteri dan ibu yang bekerja, penat kerja tak habis lagi, sambung tugas surirumah pulak.

Kadang-kadang, tak sempat habis kerja rumah lagi, dia dah tertidur.
Lama-lama, saya nampak dia tak gembira.
Bila ingat balik perang dingin tu, saya terbayang, boleh jadi bila dia cakap ‘sorry’ tu, bermaksud,
“Tak tahu ke aku penat nak hadap kerja rumah ni seorang diri. Buat tu buat ni. Tak boleh ke sama-sama buat kerja rumah ni?”
Allahu. Sungguh saya terlepas pandang. Ya, basuh pinggan tu tak susah. Tapi urus rumah tangga tu bukan sekadar basuh pinggan.
Lepas kejadian tu, saya cuba bantu mana yang patut. Tak boleh buat semua, saya buat apa yang saya reti.
Selalu kalau pinggan mangkuk, saya ambil tanggungjawab untuk selesaikan. Saya cakap siap-siap,
“Pinggan semua tu tinggalkan. Nanti Papa settlekan.”
Sekali sekala saya akan masak. Saya minta dia rilek-rilek je bersama anak-anak.
Tak susah nak urus rumah tangga kalau masing-masing saling kerjasama.
Suami faham dan peka dengan keadaan isteri. Jangan tunggu isteri minta tolong baru nak tolong. Atau tunggu isteri merajuk dulu. Tolong peka pada keadaan. Mereka tak minta banyak pun. Jangan tahu nak marah, nak kondem saja.
Beri pertolongan tanpa di minta. Kalau nampak ada pinggan mangkuk dalam sinki, tolong basuhkan. Kalau nampak baju dalam mesin basuh belum jemur, tolong ambil penyangkut dan jemurkan.
Kalau nampak ruang tamu bersepah dengan mainan anak-anak, tolong kemaskan dan sapu. Tong sampah dah penuh, tolong buangkan.
Buang ego dan tak berkira. Tak jatuh pun maruah suami bila buat kerja rumah. Manusia paling mulia Nabi (baca selawat) pun sama-sama dalam bab rumah tangga, apa lagi kita. Jangan berkira.
Bahagikan tugas. Suami isteri yang bijak, mereka dah siap-siap bahagikan tugas masing-masing termasuk anak-anak. Jadi tiap kali masa bertugas, semua dah tahu apa yang perlu dibuat.
Kerjasama Ini paling penting. Sama-sama duduk, sama-sama jaga. Tak adil serah bulat-bulat kepada isteri sahaja. Isteri pun ada had limit juga. Suami la yang kena bantu.

Betul,
Suami pun penat dengan kerja di pejabat yang tak habis-habis. Tapi rumah kita tu, bukan tanggungjawab isteri seorang. Tanggungjawab bersama.
Bila sama-sama buat, kerja jadi ringan. Kerja jadi cepat. Hati pun senang. Isteri lebih ceria.
Kalau bukan suami gagah perkasa yang perlu bantu isteri, siapa lagi?
Superman?
Andalah Superman itu.
Silakan follow —> Azlan Noor untuk baca posting-posting terbaru setiap hari. TQ.
Sumber: Azlan Noor

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Urus Rumah Tangga Nampak Remeh Tapi Paling Penat! Bila Isteri Jawab Acuh Tak Acuh, Suami Kena Tahu Apa Tak Kena! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/urus-rumah-tangga-nampak-remeh-tapi-paling-penat-bila-isteri-jawab-acuh-tak-acuh-suami-kena-tahu-apa-tak-kena/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Pernah Digelar Perampas Tapi Saya Tak Pernah Hasut Suami Ceraikan Isteri Pertama

Saya Pernah Digelar Perampas Tapi Saya Tak Pernah Hasut Suami Ceraikan Isteri Pertama

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 187 hits
Saya pernah digelar perampas tapi saya tak pernah hasut suami ceraikan isteri pertama Lazimnya golongan wanita tidak menyukai poligami dan menganggap perkara itu adalah satu perkara yang harus dielakkan dalam hubungan rumah tangga Bagi lela...
Masuk Rumah Rasa Tenang Tak Serabut Suami Isteri Pastikan Buat Perkara Ini

Masuk Rumah Rasa Tenang Tak Serabut Suami Isteri Pastikan Buat Perkara Ini

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 239 hits
Berkahwin dan hidup bahagia selamanya menjadi harapan setiap pasangan suami isteri sewaktu lafaz akad nikah Namun sesekali pasti ada pasang surutnya Kadang kepenatan antara suami atau isteri boleh jadi punca perselisihan faham Tambah pula d...
Hiburan Isteri Kecewa Suami Sanggup Habis Beribu Demi Motor Duit Belanja Anak Hulur Rm150 Je

Hiburan Isteri Kecewa Suami Sanggup Habis Beribu Demi Motor Duit Belanja Anak Hulur Rm150 Je

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 187 hits
Sudah sedia maklum harga barang pada zaman ini sememangnya berbeza dengan zaman dahulu kerana sekarang ini harga jauh lebih tinggi Jika hendak dibezakan dahulu jumlah wang RM50 cukup untuk penuhi satu troli yang besar tetapi jika sekarang i...
Suami Isteri Maut Terkena Renjatan Elektrik Dari Pemanas Air Dalam Bilik Mandi

Suami Isteri Maut Terkena Renjatan Elektrik Dari Pemanas Air Dalam Bilik Mandi

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 228 hits
Suami isteri maut terkena renjatan elektrik dari pemanas air dalam bilik mandiSepasang suami isteri ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik di dalam bilik air di sebuah di Taman Puncak Tringkap Brinchang di sini pagi h...
Faizal Ismail Akui Pernah Alami G4ngguan Ketika Di Kemuncak Karier Rumah Ada 2 3 Biji Tapi

Faizal Ismail Akui Pernah Alami G4ngguan Ketika Di Kemuncak Karier Rumah Ada 2 3 Biji Tapi

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 218 hits
Sungguhpun tidak lagi bergelar penyampai radio dan memiliki gaji bulanan yang besar personaliti popular Faizal Ismail mengakui lebih tenang dalam menjalani kehidupan sehariannya kini Lebih mendekatkan diri dengan agama sejak beberapa tahun ...
Meninggal Lepas Lahirkan Anak Suami Tak Lepas Peluk Isteri Buat Kali Terakhir

Meninggal Lepas Lahirkan Anak Suami Tak Lepas Peluk Isteri Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 212 hits
Pemergian insan tersayang tanpa pesan amat perit lagi lagi pergi secara mengejut Namun siapa kita nak menidakkan takdir Allah Lagi bertambah sayu apabila isteri pergi ketika melahirkan anak Ujian kehilangan seperti ini memang sakit untuk di...
Hiburan Siap Bawak Anak Bini Beli Rumah Tapi Pekerja Asing Tinggal Dulu Owner Dakwa Sudah Lama Bayar Ansuran Bulanan

Hiburan Siap Bawak Anak Bini Beli Rumah Tapi Pekerja Asing Tinggal Dulu Owner Dakwa Sudah Lama Bayar Ansuran Bulanan

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 153 hits
Tular di media sosial apabila seorang pengguna mendedahkan sebuah tangkap layar memaparkan pemilik rumah PR1MA merungut kerana rumah yang dibelinya telah didiami oleh pekerja pembinaan terlebih dahulu Kata wanita itu dia telah membeli rumah...
Dah Boleh Teman Isteri Bersalin Kkm Keluarkan Garis Panduan Terbaharu Untuk Suami Atau Waris

Dah Boleh Teman Isteri Bersalin Kkm Keluarkan Garis Panduan Terbaharu Untuk Suami Atau Waris

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 190 hits
Bila nak bersalin pasti isteri mahukan suami berada di sisi tapi kerana situasi kes Covid 19 yang semakin tinggi ini dan mengambil kira ibu hamil yang merupakan golongan berisiko tinggi Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini telah membu...
Hiburan Cubaan Isteri Selamatkan Suami Gagal Dua Dua Maut Akibat Tragedi Renjatan Eletrik Dari Water Heater

Hiburan Cubaan Isteri Selamatkan Suami Gagal Dua Dua Maut Akibat Tragedi Renjatan Eletrik Dari Water Heater

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 175 hits
Pada pagi semalam sepasang suami isteri telah ditemui maut di kediaman sendiri di flat Taman Puncak Tringkap Brinchang akibat terkena renjatan arus eletrik dalam bilik air Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yusof pihak mereka me...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life