Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar15 Mar 2025, 03:15 PM

Anwar Ibrahim beri amaran supaya pembangkang tidak terus ganggu usaha pentadbirannya untuk membangunkan masyarakat Melayu di bandar.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata kerajaan nak guna URA untuk pembangunan semula supaya orang Melayu di Kuala Lumpur umpamanya tidak hidup merempat. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menggerakkan himpunan lebih besar untuk mempertahankan cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA), jika pembangkang terus mengancam untuk turun ke jalanan.

Bercakap di majlis Sambutan Ulang Tahun ke-59 Majlis Amanah Rakyat, Anwar memberi amaran supaya pembangkang tidak terus mengganggu usaha pentadbirannya untuk membangunkan masyarakat Melayu di bandar.

“Kita nak gunakan undang-undang ini untuk bangunkan semula supaya orang Melayu di Kuala Lumpur umpamanya tidak hidup merempat, setelah 50 tahun, 60 tahun macam itu juga… satu kamar (tapi) ditentang, nak buat perhimpunan.

“Saya nak beritahu mereka, jangan cabar kita nak bela nasib orang miskin, majoriti Melayu, sebahagian kecilnya India dan ada juga Cina, tapi kamu nak ganggu.

“Kalau dia buat himpunan, kita boleh buat perhimpunan satu stadium untuk pertahankan dasar membela nasib orang Melayu,” kata Anwar di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Kelmarin, Anwar mendakwa pihak yang menentang Akta URA tidak mahu taraf kualiti hidup orang Melayu di bandar meningkat.

Beliau mendakwa ada pihak tertentu mahu ‘Melayu itu dilemahkan’ supaya kelompok terbabit dapat mengawal pemikiran mereka dengan terus menghasut melalui agama dan kaum.

Antara pihak yang keras menentang akta itu ialah Pemuda PAS yang menyuarakan hasrat untuk berhimpun di jalanan.

Timbalan Ketua Pemuda Hafez Sabri menyifatkan cadangan undang-undang itu sebagai ‘penjajahan moden’, selain mendakwa ia akan menyebabkan golongan miskin diusir dari tanah mereka seperti rakyat Palestin.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) akan menentang RUU yang akan dibentangkan Jun ini kerana boleh mengganggu keharmonian.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bagaimanapun menafikan RUU itu disasarkan kepada kaum tertentu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/03/ura-pas-ancam-turun-ke-jalanan-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Pkr Perlu Bantu Anwar Lawan Politik Jahat Pnpas Jangan Hebat Hanya Pemilihan Parti

Ahli Pkr Perlu Bantu Anwar Lawan Politik Jahat Pnpas Jangan Hebat Hanya Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 545 hits
Proses Pemilihan Kepimpinan Baharu KEADILAN Menuju PRU 16 Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail antara pemimpin senior parti KEADILAN yang mampu membawa parti memperkukuh Pakatan Harapan PENDAPAT 21 Mar Dalam data pilihan raya menunjukkan ma...
Lebih 400 Warga Jpm Hadiri Majlis Ihya Ramadan Bersama Pm Anwar

Lebih 400 Warga Jpm Hadiri Majlis Ihya Ramadan Bersama Pm Anwar

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 425 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kira kira 400 kakitangan JPM bersama sama menunaikan solat Zuhur sejurus tazkirah yang disampaikan Mufti Wilayah Persekutuan Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah pada Majlis Ihya Ramadan Perda...
Ada Yang Sokong Pas Pindah Pengundi Ke Selangor Baru Boleh Lawan Dap

Ada Yang Sokong Pas Pindah Pengundi Ke Selangor Baru Boleh Lawan Dap

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 431 hits
Adrian Lim Pindah Pengundi PAS Ke Selangor Saya SETUJU dengan cadangan PASAdrian LimOleh kerana DAP dikatakan musuh yg perlu ditumbangkan maka dicadangkan supaya PAS menghantar pengundi ke kawasan kawasan DAP Ini 10 kawasan DUN DAP yg harus...
Pm Anwar Optimis Lhdn Mampu Pungut Cukai Lebih Baik

Pm Anwar Optimis Lhdn Mampu Pungut Cukai Lebih Baik

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 490 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke 29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025 CYBERJAYA 10 Mar Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis inisiatif Lembaga Hasil Dalam Negeri mampu mempero...
Anwar Pas Mp Settle Defamation Suit

Anwar Pas Mp Settle Defamation Suit

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 349 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim and Kuala Terengganu MP Ahmad Amzad Hashim have reached a settlement in a defamation suit the Pakatan Harapan chairperson brought against the PAS lawmaker The Kuala Terengganu High Court today recorded the out o...
Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jogja Travel Diary Dari Pendopo Lawas Ke Jalan Jalan Di Malioboro

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma