Upsr Dimansuhkan Sepenuhnya Pt3 2021 Dibatalkan Kata Menteri


Ahmad Mustakim Zulkifli Kemasukan murid ke sekolah khusus, asrama akan dibuat menerusi PKSK.
Pelajar Tahun Enam akan dinilai melalui dua kaedah pentaksiran PBS dan PKSK. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid darjah enam dimansuhkan sepenuhnya manakala Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun ini dibatalkan, kata Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia) Radzi Jidin.
Beliau berkata, keputusan itu dibentangkan kepada jemaah menteri dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi.
“Sejak pembatalan UPSR tahun lalu, KPM membuat penelitian tentang kaedah pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah rendah di negara lain, khususnya negara yang mempunyai amalan pendidikan terbaik.
“Kita akan perkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai 2021. Kemasukan murid-murid tahun enam ke asrama untuk tahun depan akan dilakukan berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK),” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Radzi juga memaklumkan, tiada peperiksaan ganti akan dibuat untuk murid tahun enam.
Selaras dengan pemansuhan UPSR, beliau berkata, Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) untuk murid-murid berkeperluan khas turut dimansuhkan sepenuhnya.
Katanya, keputusan pemansuhan UPSR diambil setelah mengambil pandangan pelbagai pihak dalam sesi libat urus, antaranya guru besar, guru, ibu bapa, kesatuan dan persatuan, serta murid-murid sendiri.
Menurut Radzi, antara pandangan yang diterima KPM ialah UPSR mengakibatkan para guru “mencuri” masa subjek-subjek yang tiada dalam UPSR untuk persiapan subjek-subjek UPSR.
“Banyak masa di sekolah ditumpu kepada mata pelajaran dalam peperiksaan. Apa yang berlaku di sekolah ialah guru kebiasaan akan cuba menghabiskan silibus secepat mungkin bagi melaksanakan latih tubi.
“Guru juga mahu ruang untuk menggunakan kreativiti untuk mengajar pelbagai mata pelajaran supaya murid dapat berada dalam suasana pendidikan yang menyeronokkan,” katanya.
Selain itu, katanya, murid juga melaporkan berada dalam keadaan tertekan untuk menghadapi UPSR, apabila sudah dihantar ke pusat-pusat tuisyen seawal darjah satu.
“Bila kita tanya kenapa hendak duduki UPSR, murid menjawab sebab nak asrama penuh. Namun begitu, apabila kita laksanakan PKSK untuk murid tahun enam ke sekolah khusus, kita lihat hanya satu per empat daripada keseluruhan murid tahun enam mengambil PKSK,” katanya.
Radzi berkata, bagi PT3, kementerian mengambil pertimbangan sama seperti tahun lalu, namun konsep pentaksiran kekal dan sistem pentaksiran kebangsaan.
“Antara asas utama yang kita pertimbangkan dalam membuat keputusan membatalkan PT3 adalah mengambil kira masa yang ada bagi murid-murid kita membuat persiapan khusus secara bersemuka bersama guru di sekolah.
“Jika kita lihat, keadaan penularan Covid-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya,” katanya.
Katanya, kaedah pentaksiran pelajar masih boleh dilaksanakan meskipun PT3 dibatalkan tahun ini iaitu menerusi PBD, Pentaksiran Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
Katanya, pelajar tingkatan tiga juga boleh menduduki PKSK bagi membolehkan mereka memasuki sekolah berasrama.
UPSR diperkenalkan pada 1988 untuk melihat penguasaan murid darjah enam dalam tiga komponen iaitu membaca, menulis dan mengira sebelum ditambah satu lagi komponen iaitu menaakul.
Pada 2016, UPSR ditambah baik dengan PBS.
PT3 diperkenalkan pada 1993 sebagai menggantikan Penilaian Menengah Rendah untuk pelajar tingkatan tiga, yang menumpukan aspek kognitif dan akademik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/upsr-dimansuhkan-sepenuhnya-pt3-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Upsr Dimansuhkan Mulai Tahun Ini Pt3 Dibatalkan Tahun Ini

Upsr Dimansuhkan Mulai Tahun Ini Pt3 Dibatalkan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 338 hits
UPSR Dimansuhkan Mulai Tahun Ini PT3 Dibatalkan Tahun Ini Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini kata Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin Radzi turut memaklumkan bagi tahun ini dibatalkan Dia mengumumkan perkar...
Upsr Pt3 2020 Dibatalkan Spm Svm Ditunda Ke 2021 Sekolah Bermula 1 Mac 21

Upsr Pt3 2020 Dibatalkan Spm Svm Ditunda Ke 2021 Sekolah Bermula 1 Mac 21

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 499 hits
RASMI KPM Sidang Media YB Menteri Kanan Pendidikan Berhubung Pembukaan Sekolah Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Pembukaan Semula Sekolah Sekolah Rendah 2021 Prasekolah 1 Mac 2021Tahun 1 1 Mac 2021Tahun 2 1 Mac 2021Tahun 3 8 Mac 2021Tah...
Pt3 2021 Cancelled Upsr Abolished

Pt3 2021 Cancelled Upsr Abolished

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 232 hits
The Education Ministry today announced the cancellation of this year s Form Three Assessment and abolishment of Ujian Pencapaian Sekolah Rendah NSTP EIZAIRI SHAMSUDINKUALA LUMPUR The Education Ministry today announced the cancellation of th...
Pt3 Tahun 2021 Telah Dibatalkan

Pt3 Tahun 2021 Telah Dibatalkan

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 421 hits
Pentaksiran Tingkatan 3 tahun 2021 telah dibatalkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin telah mengumumkan bahawa PT3 telah dibatalkan pada satu sidang media khas sebentar tadi di Petaling Jaya Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia...
Menteri Kata Kerajaan Ada Cara Tangani Kluster Pendidikan

Menteri Kata Kerajaan Ada Cara Tangani Kluster Pendidikan

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 212 hits
KPM pastinya akan perketat SOP bendung penularan COVID 19 BATU GAJAH Kerajaan mempunyai cara tersendiri dalam menangani kluster pendidikan di beberapa negeri yang semakin membimbangkan ibu bapa ketika ini kata Menteri Pembangunan Wanita Kel...
Sesi Persekolahan Diteruskan Kata Menteri Kanan

Sesi Persekolahan Diteruskan Kata Menteri Kanan

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 304 hits
Jangkitan dalam kluster pendidikan membabitkan sekolah di bawah KPM jauh lebih rendah berbanding kluster kluster lain Kementerian pendidikan tidak akan menutup sesi persekolahan seperti yang didesak beberapa pihak berikutan dakwaan penulara...
Menteri Kata Kenaikan Harga Makanan Ternakan Luar Kawalan Kerajaan

Menteri Kata Kenaikan Harga Makanan Ternakan Luar Kawalan Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 253 hits
PUTRAJAYA 8 Ramadan 1442H Selasa Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata kenaikan harga komponen makanan ternakan disebabkan pasaran antarabangsa yang di luar kawalan kerajaan Katanya kenaikan harga makanan ...
Tiada Arahan Untuk Like Ikut Akaun Media Sosial Menteri Kata Kkmm

Tiada Arahan Untuk Like Ikut Akaun Media Sosial Menteri Kata Kkmm

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 249 hits
April 21 2021 Terdahulu satu tangkap layar dikatakan mengandungi permintaan kepada kakitangan KKMM supaya like dan mengikuti akaun media sosial Saifuddin Abdullah tular PETALING JAYA Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menafikan ...
Maklum Kepada Sekolah Jika Mahu Anak Duduk Di Rumah Kata Menteri

Maklum Kepada Sekolah Jika Mahu Anak Duduk Di Rumah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 284 hits
Ibu bapa perlu maklum kepada pihak sekolah bagi membolehkan catatan ketidakhadiran dilakukan dengan betul Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata situasi jangkitan Covid 19 ketika ini berubah ubah dari semasa ke semasa dan memerlukan pengawa...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi