Upsi Lokasi Pertama Latihan Plkn Peringkat Ipta


UPSI Lokasi Pertama Latihan PLKN Peringkat IPTA
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi universiti pertama melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bermula pertengahan tahun hadapan, menjadikannya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perintis bagi pelaksanaan latihan di kampus.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Mej Jen (B) Datuk Ya’cob Samiran berkata program itu akan diperluaskan ke masing-masing tiga politeknik dan Institut Pendidikan Guru seluruh negara pada tahun depan.
Beliau berkata pelaksanaan program itu susulan peruntukan RM250 juta melalui Belanjawan 2026 bagi program rintis pada peringkat pendidikan tinggi sebelum diperluaskan ke semua IPTA pada 2027.
“Kita akan mulakan di UPSI tahun depan mungkin pada Jun atau Julai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Latihan Menembak Pelatih Wanita PLKN 3.0 Siri 3/2025 di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.
Ya’cob berkata modul latihan PLKN juga akan dijadikan mata pelajaran wajib pelajar baharu di IPTA.
“Pelajar universiti dengan pengambilan bermula tahun hadapan atau lahir selepas 2008 wajib menjalani latihan ini sebagai sebahagian daripada mata pelajaran wajib, terutamanya subjek kenegaraan.
“Namun bagi pelajar yang sudah mengikuti program seperti Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau program berkaitan ketenteraan lain, mereka tidak perlu mengambil modul latihan asas ketenteraan,” katanya.
Ya’cob berkata, PLKN 3.0 memberi tumpuan kepada tiga modul melibatkan kenegaraan, kepimpinan dan asas ketenteraan bagi membentuk jati diri serta semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
“Modul kali ini menekankan semangat kenegaraan, kepimpinan dan asas ketenteraan supaya pelatih memahami peranan mereka sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
“Siri pertama PLKN 3.0 bagi 2026 bermula Januari hingga awal Mac melibatkan pelatih berumur antara 17 hingga 25 tahun dipilih melalui sistem komputer (balloting) atau secara sukarela,” katanya.
Selain itu, beliau berkata 11 kem PLKN akan beroperasi di seluruh negara tahun hadapan termasuk kem baharu di Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan manakala dua lagi pada 2027.
BACA: Hujan Lebat Diramal Badai Kebanyakan Negeri & 2 Wilayah Hingga Petang Ini BACA: 32 Tetamu Alami Loya, Muntah & Demam Selepas Makan Di Kenduri Kahwin BACA: Pasukan Indonesia Gagal Ke Piala Dunia 2026, Penyokong Lancarkan Tanda Pagar #KluivertOut BACA: Atuk Sanggup Tahan Sakit Kaki Bina Pondok Mainan Untuk Cucu, Hasilnya Memang Wow Sumber: Bernama
The post UPSI Lokasi Pertama Latihan PLKN Peringkat IPTA appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/12/upsi-lokasi-pertama-latihan-plkn-peringkat-ipta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manisan Rasa Malaysia Dengan Sentuhan Moden Cawangan Pertama Shantea Di Midvalley Megamall

Manisan Rasa Malaysia Dengan Sentuhan Moden Cawangan Pertama Shantea Di Midvalley Megamall

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 274 hits
Manisan Rasa Malaysia Dengan Sentuhan Moden Cawangan Pertama SHANTEA Di MidValley Megamall Penggemar manisan kini ada destinasi baharu di Mid Valley Megamall apabila SHANTEA Dessert membuka cawangan pertamanya di pusat beli belah terkenal i...
Hab Pengecasan Pantas Pertama Pro Net Rasmi Di Tanjung Malim Kadar Rm0 80 Kwh

Hab Pengecasan Pantas Pertama Pro Net Rasmi Di Tanjung Malim Kadar Rm0 80 Kwh

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 660 hits
Proton New Energy Technology Sdn Bhd anak syarikat PROTON hari ini melancarkan hab pengecasan pantas pertamanya di Tanjung Malim Terletak di bangunan pentadbiran PROTON kemudahan ini dilengkapi dua pengecas DC dan empat pet
Saya Cuba Sedaya Upaya Membahagiakan Awak Aslam Titip Penghargaan Buat Isteri Pertama Umisya Mazlan

Saya Cuba Sedaya Upaya Membahagiakan Awak Aslam Titip Penghargaan Buat Isteri Pertama Umisya Mazlan

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 489 hits
Pempengaruh media sosial Ahmad Aslam baru baru ini mencuri perhatian apabila menghadiahkan kejutan istimewa buat isteri pertamanya Umisya Mazlan yang banyak berkorban dalam menguruskan rumah tangga Menerusi perkongsian di TikTok Ahmad Aslam...
Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia

Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 647 hits
Maxis memperkenalkan penyelesaian Rangkaian Selamat Kuantum pertama di Malaysia yang menjadi langkah penting dalam memperkukuh keselamatan digital negara Teknologi ini direka untuk melindungi komunikasi daripada ancaman penggodaman kuantum ...
Power Bank Pertama Guna Teknologi Ev Tiba Di Malaysia

Power Bank Pertama Guna Teknologi Ev Tiba Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 251 hits
Energea telah memperkenalkan Koleksi Tangerine dan MagPac Pro 35s Hybrid Solid State Powerbank yang menggabungkan gaya dan fungsi untuk pengguna di Malaysia Koleksi Tangerine menampilkan aksesori berwarna terang seperti AluPac Mini 5K AluMa...
Pengalaman Yang Pertama Kali Ke Kl Tower Untuk Pelancaran Produk Luxone International

Pengalaman Yang Pertama Kali Ke Kl Tower Untuk Pelancaran Produk Luxone International

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 294 hits
Ado gapo dengan KL Tower dan Produk LUXONE Sepatutnya kebiasaan selepas event terus jer update post pada hari Isnin cuma ada tugasan perlu di selesaikan dahulu Ok lah Selama saya bekerja ini antara event lari bidang lah Sebelum ini kebiasaa...
Soalan Artikualsi Penulisan Pksk Hari Pertama 6 Oktober 2025

Soalan Artikualsi Penulisan Pksk Hari Pertama 6 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 307 hits
Lama betul rasanya mummy tak menulis parenting di sini Oleh kerana anak sulung mummy ambil PKSK tahun ini Ujian Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus atau pendek cerita ujian ke asrama penuh SBP MRSM SMKA Ulul Albab Teknik Vokasional Untuk kem...
Percubaan Pertama Menggunakan Aplikasi Adroid Untuk Blogger

Percubaan Pertama Menggunakan Aplikasi Adroid Untuk Blogger

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 243 hits
Assalammualaikum Lama tidak berblog kerana kesibukan kerja Sekarang ini saya saja mencuba aplikasi adroid untuk blogger khas untuk HandPhone Samsung Tak tahu lah mana yang best senang menggunakan aplikasi android So Minta pendapat anda apli...
Kenangan Pertama Kerja 3d Animator Dan Vfx Untuk Tv Amp Filem

Kenangan Pertama Kerja 3d Animator Dan Vfx Untuk Tv Amp Filem

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 286 hits
Cover hadapan Mega ni dihasilkan dari Nazri Ghazali Dulu dulu ruangan Mega di akhbar Utusan pada 12 September 2006 Dari syarikat ini lah saya bermula kerja sebagai 3D Animator dan VFX untuk animasi siri RTM dan juga Antarabangsa kapsul anim...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia