Upload Video Tidak Pecah Di Facebook Dengan Cara Ubah Setting
Sebelum ni, saya ada masalah untuk upload video di Facebook kerana gambar video kelihatan pecah sebaik sahaja berjaya di upload. Jadi bila nak tengok balik rasa macam geram sangat sebab video asal elok kualitinya tapi jadi pecah pulak bila di upload ke Facebook. Kebetulan masalah ni jadi masa saya tengah buat review di restoran dan salah satu task adalah perlu segera upload ke Facebook, jadi terpaksa jugalah upload walaupun mata sakit menengokkan hasilnya
Bila saya dah balik ke hotel pada malamnya, saya terus godek phone dan tetiba terfikir dalam kepala otak saya yang tak berapa nak besar ni 'kenapa tak check setting kamera dan Facebook sebelum nak upload tadi, mesti ada cara kat situ'. Haiya..jadi malam tu memang saya berjaya hasilkan video baru yang nampak lebih berkualiti sikit untuk di upload ke Facebook.
Target saya nak setelkan masalah upload video di Facebook sebab kalau upload di Instagram rasanya tidak bermasalah sangat kerana saiz video di Instagram kecil, jadi tak nampak sangat video pecah. Lagi satu, saya dah godek setting Instagram tapi tak jumpa caranya. So, skip pasal Instagram. Ini adalah cara untuk ubah setting pada Facebook dan kamera phone
Cara Ubah Setting di Kamera Phone
1. Pergi ke kamera2. Klik Setting3. Pilih Video Size : HD 1280x7204. Lakukan pada kedua-dua bahagian rear and front camera
Kemudian ubah pula setting pada Facebook apps seperti di bawah :
Cara Ubah Setting di Facebook Apps
1. Pergi ke Facebook apps2. Klik Setting & Privacy3. Klik Setting4. Skrol ke bawah dan klik Media and Contacts5. Klik pada Upload Videos in HD
Sebenarnya, bila saya dah adjust setting pada kamera dan Facebook kemudian saya upload video ke Facebook personal, saya dapat lihat sedikit perubahan pada video yang mana nampak lebih baik daripada sebelumnya namun perbezaannya terlalu sedikit dan saya masih tidak berpuas hati sebab still nampak pecah jugak video yang saya upload.
Disebabkan nampak macam tak berapa menjadi cara di atas, jadi saya abaikan dan anggap yang perubahan lepas adjust setting pada kamera dan Facebook adalah sangat sedikit, lalu saya anggap cara ini tak berapa berkesan. Sehinggalah pada hari ini, blogger >> MekYunie tegur di Facebook minta tolong ajar cara nak buat video yang tak pecah. Ha..jadi di sinilah saya, menaip cara nak kasi video yang di upload di Facebook tak pecah hasil permintaan daripada MekYunie.
P/s buat MekYunie : Ni cara yang saya buat tapi tak tau lah membantu tak, cuba awak godek-godek jugak nanti. Dapat ilmu lebih, share2 okay..muah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2018/11/upload-video-tidak-pecah-di-facebook-dengan-cara-ubah-setting.html