Update Temperature Blanket 2022
Salam
Hai kawan-kawan
Lama tak jumpa
Saya masih hidup lagi alhamdulillah
Dah lama menyepi sebab komitmen dengan baby dan usaha menjadi ibu yang hebat
Asma-Felt-Box ni memang saya dah letak tepi
Order pun tak banyak dah. Tapi saya tetap pos kalau ada orang order
Semua stok dah updated kat kedai shopee saya. Website tu tak update sebab tak sempat. Sorry tau
Sekarang dah bulan Disember
Tapi temperature blanket saya masih terbengkalai
Setakat ni saya cuma berjaya crochet sampai 4 Jun sahaja
Ada separuh lagi belom siap
Sebelom korang tuduh saya hangat-hangat tahi atau pemalas; sila baca dulu kenapa projek ni tergendala
Sebenarnya tangan kiri saya sakit
Sejak lahirkan anak kedua setahun empat bulan yang lepas, ibu jari tangan kiri saya sakit dan kene triggered thumb
Saya rehat lama sangat dari mengait, nak tunggu jari ni betul-betul sembuh
Tapi bila jari ni dah okay (berbulan juga la nak okay tu) saya pun start mengait semula, urat ibu jari ni sakit balik
Jadi tak mau paksa diri, saya mengait sikit-sikit sekejap-sekejap je
Lama kelamaan saya dapati bukan ibu jari je sakit, tapi keseluruhan urat tangan kiri saya ni sakit sampai ke bahu dan leher
Puncanya saya pun tak tahu
Mungkin sebab menyusukan anak sambil baring. Posture tu yang buat tangan sakit
Ataupun ada sebab lain yang tidak saya ketahui
Jadinya sampai sekarang la saya tak sambung mengait selimut ni, sebab nak tunggu tangan sembuh; tapi tak sembuh-sembuh pun. Makin sakit ada la
Sebenarnya saya sedih sebab selimut ni tidak berjaya disiapkan
Tapi kesihatan lebih utama
Badan nak pakai lama ni, anak baru setahun lebih umurnya
Anak tu pula tengah fasa separation anxiety; memang takde apa keje saya buat sekarang selain tengok muka dia je
Fasa ni amik masa 4-6 bulan juga la bergantumng pada baby
Harap-harap tak lama la
Saya pun ingat nak stop susu badan
Tapi sayang pula, susu masih banyak
Dah jumpa doktor minggu lepas
Doktor tu pula cakap perkara yang menggusarkan
Dia amik darah nak check, pastu dia cakap dia takot tulang belakang kat leher saya haus menyebabkan tulang tu kepit saraf. Kalau jadi gitu memang takde ubat. Saya nak menangis dengar
Harap-harap takde la macam tu
Saya pun muda lagi. Taknak la sakit-sakit
Apapun, saya ada tengok-tengok juga cara mengait guna sebelah tangan
Macma susah juga
Tapi kalau nak seribu daya kan
Okay, tu je la kot nak citer
Kait benda lain memang takde
Tapi gian betul nak mengait ni. Huuuu
Jumpa lagi
Wassalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://asma-felt-box.blogspot.com/2022/12/update-temperature-blanket-2022.html