Untung Mak Mak Yang Selalu Baca Surah Al Waqiah Rezeki Melimpah Segala Urusan Pun Jadi Mudah
Menjadi doa dan harapan bagi
setiap orang agar dipermudahkan segala urusan serta diberi kesenangan
dengan rezeki yang melimpah ruah didalam kehidupan. Salah satu cara
untuk menjemput rezeki yang luas dan datang tanpa putus adalah dengan
mengamalkan Surah Al Waqiah yang juga dikenali sebagai Surah Kekayaan.
Al
Waqiah bermaksud kiamat. Surah ini merupakan surah yang ke 56 di dalam
Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan mempunyai 96 ayat.
Perlu tahu Surah Al-Waqi’ah ini
menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang
mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia,
tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari
berbangkit.
Selain kita
selalu mengamalkannya sendiri, pesan juga pada anak-anak agar turut
menjadikan surah Al Waqiah ini sebagai satu amalan harian. Ini kerana
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa kelebihannya tersendiri
dan hadis mengenainya adalah sahih.
Antaranya;1. Dengan
mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam,
maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan,
bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada. “Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa
kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah
kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Jadi selain mengamalkannya sendiri, ajarkan juga
anak anak kita dan keluarga agar turut menjadikan surah Al Waqiah ini
sebagai satu amalan. Semoga kita diluaskan rezeki dengan melimpah ruah,
dijauhi daripada kemiskinan dan kepapaan dalam kehidupan. Amin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://penulisanyus.blogspot.com/2024/12/untung-mak-mak-yang-selalu-baca-surah.html