Untuk Mengelak Kecacatan Otak Saraf Tunjang Bayi Buat Perkara Ini Seawal 3 Bulan Sebelum Hamil


Bakal bergelar ibu, tentunya teruja & gembira dengan kehadiran si kecil di dalam rahim. Tidak sabar rasanya ingin memeluk si kecil dalam dakapan!
Dalam kegembiraan ini, ibu pasti akan melakukan apa sahaja untuk si comel dalam kandungan. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup dan persekitaran yang positif akan membantu ibu meneruskan kehamilan dengan baik.
Tahukah anda pembentukan organ utama janin seperti otak dan saraf tunjang berlaku dengan pesat pada awal kehamilan dan ini adalah waktu kritikal yang bakal menentukan tahap kesihatan bayi selepas dilahirkan. Semasa pembentukan organ-organ tersebut, janin memerlukan nutrisi terpenting iaitu asid folik.
APA ITU ASID FOLIK?
Asid folik amat penting kepada wanita khususnya yang merancang untuk hamil dan sedang hamil. Ia adalah sejenis vitamin B yang diperlukan oleh setiap sel dalam tubuh ibu bagi menampung tumbesaran dan pembesaran janin yang normal. Tablet asid folik walaupun bersaiz kecil, namun memberikan impak yang besar kepada perkembangan janin.
Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Obstetrik & Ginekologi, KPJ Selangor Medical Centre, asid folik ialah vitamin B9 yang amat penting untuk badan terutamanya untuk ibu hamil kerana sel-sel memerlukan vitamin B9 pada ketika ini. Ia terdapat dalam 2 bentuk iaitu folate dalam bentuk makanan misalnya sayur-sayuran hijau, kekacang serta buah-buahan dan juga asid folik dalam bentuk suplemen.
“Semasa mengandung, akan terbentuk satu sel atau neural tube yang akan kemudiannya menjadi otak dan saraf tunjang. Yang inilah sebab mengapa wanita memerlukan asid folik. Tanpanya, bayi boleh mengalami kecacatan pada otak dan saraf tunjang.” kata Dr Siti.
JENIS-JENIS KECACATAN OTAK DAN SARAF TUNJANG BAYI
Kecacatan otak dan saraf tunjang yang biasa dijumpai  ialah;
SPINA BIFIDA – Penutupan saraf tunjang dan tulang belakang yang tidak sempurna.
ANENSEFALI – Keadaan yang berlaku di mana pembentukan otak yang tidak sempurna semasa peringkat fetal.
ENSEPHALOKEL – Kecacatan tabung saraf yang ditandai dengan adanya penonjolan selaput otak melalui satu lubang pada tulang tengkorak.

KEPENTINGAN PENGAMBILAN ASID FOLIK DALAM JUMLAH DAN MASA YANG SESUAI
Pengambilan kurang daripada saranan mungkin menyebabkan badan anda tidak memperolehi asid folik yang mencukupi manakala pengambilan yang melebihi saranan akan menyembunyi tanda-tanda kekurangan nutrisi yang lain.
Dos asid folik yang perlu diambil hanyalah 400mikrogram (mcg) sekali sehari dan pengambilan asid folik sebagaimana yang disyorkan boleh mengurangkan risiko kecacatan tiub neural sehingga 70%.
Oleh kerana anda tidak tahu bila persenyawaan akan berlaku, maka bersiap sedialah dari awal apabila anda merancang untuk hamil seawal 3 bulan sebelum hamil atau jika tidak menggunakan sebarang alat pencegah kehamilan. Apabila sudah hamil, teruskan pengambilan tablet ini untuk 12 minggu yang pertama kehamilan.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, preskripsi dos asid folik yang lebih tinggi diperlukan.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
SUSU & MINUMAN BERKAFEIN GANGGU PENYERAPAN
Cara pengambilan yang betul menggalakkan penyerapan asid folik yang berkesan.
Ibu-ibu disyorkan mengambil asid folik setiap hari selepas sarapan pagi untuk mengelakkan anda daripada terlupa mengambilnya.
Elakkan pengambilan tablet asid folik bersama dengan minuman berkafein atau susu kerana ia juga menimbulkan gangguan kepada proses penyerapan. Atau anda boleh menjarakkan 3 jam sebelum atau selepas mengambil susu & minuman berkafein.

PENTING UNTUK MEMILIH SUPLEMEN ASID FOLIK YANG SESUAI
Appeton Essentials Folic Acid adalah makanan tambahan diet bagi wanita yang sedang merancang kehamilan. Setiap tablet mengandungi 400mcg untuk diambil sekali sehari dan mudah ditelan.

The post Untuk Mengelak Kecacatan Otak & Saraf Tunjang Bayi, Buat Perkara Ini Seawal 3 Bulan Sebelum Hamil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/untuk-mengelak-kecacatan-otak-saraf-tunjang-bayi-buat-perkara-ini-seawal-3-bulan-sebelum-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seawal 0 3 Bulan Bayi Serap Semuanya Jika Tenung Muka Pun Anak Boleh Faham

Seawal 0 3 Bulan Bayi Serap Semuanya Jika Tenung Muka Pun Anak Boleh Faham

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 488 hits
Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BABY baring MELENTANG dan helpless tu Umur baby tentunya 0 3 bulan ke bawah Baby tak tahu buat apa apa mungkin mengagah sahaja Selalunya ibu bapa akan biarkan saja paling paling bagi susu sali...
Hamil 8 Bulan Setengah Air Ketuban Sedikit Kerana Gula Tinggi Raja Farah Risau Bayi Songsang

Hamil 8 Bulan Setengah Air Ketuban Sedikit Kerana Gula Tinggi Raja Farah Risau Bayi Songsang

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 509 hits
Setiap kehamilan mempunyai cabarannya Setiap anak berlainan Selebriti Raja Farah resah kandungan anak keduanya ini masih songsang pada usia kehamilan 8 bulan setengah serta air ketuban sedikit Ibu kepada Imran Iskandar ini juga mengalami di...
Bayi Baru Lahir Dapat Kolustrum Walau Abang Kakak Menyusu Masa Ibu Hamil Nak Putuskan Perlu Ikut Stepnya

Bayi Baru Lahir Dapat Kolustrum Walau Abang Kakak Menyusu Masa Ibu Hamil Nak Putuskan Perlu Ikut Stepnya

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 455 hits
Risaunya bila bayi baru lahir tidak mendapat kolustrum sebab abang kakak menyusu masa ibu hamil Jangan bimbang mama si kecil tetap ada bahagiannya Ada situasi ibu sedang hamil dan dalam proses nak hentikan penyusuan anak kedua Sudah bermaca...
Penting Ketahui Perkembangan Bayi 7 12 Bulan Barulah Tahu Anak Kita Cepat Atau Lambat

Penting Ketahui Perkembangan Bayi 7 12 Bulan Barulah Tahu Anak Kita Cepat Atau Lambat

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 272 hits
Anak dah berapa bulan Sudah pandai buat apa Mungkin itu antara soalan popular yang orang suka tanya kepada ibu yang ada bayi kecil Jom semak carta perkembangan anak anda Ketahui kemampuan anak melalui carta perkembangan anak daripada usia t...
Banjir Sentani Papua Korban Meninggal Setidaknya 73 Orang Bayi 5 Bulan Selamat

Banjir Sentani Papua Korban Meninggal Setidaknya 73 Orang Bayi 5 Bulan Selamat

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 306 hits
Setidaknya 73 orang meninggal dunia akibat banjir bandang dan tanah longsor yang menerjang kawasan Jayapura Papua hari Sabtu Korban meninggal 66 orang akibat banjir bandang di Kabupaten Jayapura dan tujuh orang di Kotamadya Jayapura akibat ...
6 Faktor Penyebab Bayi Lahir Sebelum Waktunya Asap Rokok Jadi Salah Satu Pemicu Bayi Prematur Lo

6 Faktor Penyebab Bayi Lahir Sebelum Waktunya Asap Rokok Jadi Salah Satu Pemicu Bayi Prematur Lo

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 238 hits
Coba dicek siapa tahu kamu punya salah satu alasannya Jangan sampai nggak ngeh sampai udah terlanjur deh
Ibu Hamil Tidur Terlentang Tingkatkan Risiko Bayi Mati Mengejut 3 Kali Ganda Mesti Sentiasa Berhati Hati

Ibu Hamil Tidur Terlentang Tingkatkan Risiko Bayi Mati Mengejut 3 Kali Ganda Mesti Sentiasa Berhati Hati

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 541 hits
Tidur dalam posisi terlentang memberikan kesan kepada kandungan Kalau tak berhati hati bayi boleh mati dalam kandungan Semakin meningkat usia kandungan ibu hamil lazimnya akan menghadapi masalah untuk tidur kerana saiz kandungan yang makin ...
Ibu Hamil Mudah Terkena Carpal Tunnel Syndrome Kebas Sakit Menyengat Jari Tangan Akibat Saraf Tertekan

Ibu Hamil Mudah Terkena Carpal Tunnel Syndrome Kebas Sakit Menyengat Jari Tangan Akibat Saraf Tertekan

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 379 hits
Carpal Tunnel Syndrome atau Sindrom Terowong Karpus memang menyakitkan Wanita hamil tidak terkecuali Perkongsian daripadamemberikan kesedaran kepada kesakitan yang mungkin dianggap biasa tetapi sebenarnya perlu diberikan perhatian Sehinggak...
Bayi 3 Bulan Maut Terjatuh Dari Eskalator Netizen Dakwa Si Ibu Sengaja Berbuat Demikian

Bayi 3 Bulan Maut Terjatuh Dari Eskalator Netizen Dakwa Si Ibu Sengaja Berbuat Demikian

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 371 hits
The ReporterKetika mengunjungi sebuah pusat beli belah di Dongguan China pada Sabtu 30 Mac seorang ibu mendukung bayi lelakinya berusia tiga bulan ketika menuruni eskalator Namun secara tiba tiba bayinya terlepas dari dukungannya dan terjat...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya