Untuk Kefahaman Mufti Perlis Ph Tak Sama Seperti Bn Tun M Tiada Kuasa Tukar Pengganti




Ramai orang, termasuk Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin barangkali masih keliru dan tidak dapat membezakan antara sistem yang diamalkan oleh BN dan PH.

Dalam BN, penentuan siapa menjadi Perdana adalah berdasarkan siapa yang menjadi Presiden UMNO.

Presiden UMNO yang dipilih oleh perwakilan parti itu secara automatik adalah merupakan Perdana Menteri kerana UMNO merupakan parti paling dominan dan memiliki kerusi Parlimen terbanyak dalam BN.

Presiden UMNO, selain menjadi Perdana Menteri, adalah juga Pengerusi BN.

Dengan yang demikian, Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri berhak menentukan pengganti Perdana Menteri seterusnya kerana semua prosesnya ditentukan melalui UMNO saja.

Dalam menentukan pengganti Perdana Menteri, BN tiada kuasa apa-apa dan ia hanya menurut saja apa yang berlaku dan siapa yang dipilih oleh UMNO.

Apa yang berlaku dalam UMNO pula selalunya hanyalah mengikut selera dan kehendak siapa yang menjadi Perdana Menteri kerana segala kuasa berpusat padanya.

Tetapi, ia berbeza dengan PH. Dalam PH, yang berkuasa bukan Pengerusi PH, tetapi Majlis Presidennya yang dianggotai pemimpin-pemimpin utama daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Tun Mahathir Mohamad daripada Bersatu dipersetujui sebagai Pengerusi Majlis Presiden PH kerana beliau disepakati sebagai calon Perdana Menteri sebelum PRU14 lalu, selain tentunya disebabkan pengalaman dan ketokohan sebagai seorang pemimpin.

Selepas PH menjadi kerajaan, atas keduudukannya sebagai Perdana Menteri, beliau terus dikekalkan sebagai Pengerusi Majlis Presiden PH, meskipun Bersatu bukan parti dominan dan hanya menang 13 kerusi Parlimen saja dalam PRU14 lalu.

Bagaimanapun, tidak ada ketetapan pemimpin daripada Bersatu akan selama-lamanya menjadi Pengerusi Majlis Presiden PH sebagaimana Presiden UMNO sentiasa merupakan Pengerusi BN.

Apabila Anwar Ibrahim daripada PKR menjadi Perdana Menteri selepas Tun Mahathir nanti, maka beliaulah pula yang akan menjadi Pengerusi Majlis Presiden PH.

Siapa juga yang menjadi Perdana Menteri mewakili PH mesti dipersetujui, disepakati dan dikonsensuskan oleh Majlis Presiden PH.

Sebelum PRU14 lalu, Majlis Presiden PH telah bersetuju, bersepakat dan berkonsensus menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Anwar sebagai pengganti kepada Tun Mahathir.

Tun Mahathir tiada kuasa untuk memlih pengganti pilihannya sendiri, sebagaimana amalan dalam BN, melainkan perlu mendapat persetujuan dan konsensus daripada Majlis Presiden PH.

Dalam hal ini, oleh kerana persetujuan dan konsensus menamakan Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir sudah pun ada dan setakat ini ia tidak diubah oleh Majlis Presiden, bermakna kedudukan Presiden PKR itu sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 adalah kekal dan tidak berubah.

Sebab itu, jika sistem PH ini difahami, sesiapa juga, termasuk Dr Asri tentunya tidak akan semberono bercakap, mengulas atau menulis surat terbuka meminta Tun Mahathir agar memilih pengganti yang lain selain daripada Anwar.

Tun Mahathir tiada kuasa apa-apa untuk mengubah keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden PH itu, kecuali mesti membawanya dalam mesyuarat dan meminta konsensus Majis Presiden PH mengenainya.

Kalau mahu permintaan seperti itu dilakukan juga, ja sepatutnya ditujukan kepada Majlis Presiden PH, bukannya kepada Pengerusi Majlis Presiden PH seorang diri.

Begitu juga dengan permintaan Dr Asri agar Tun Mahathir melakukan solat istikharah dengan tujuan meminta petunjuk daripada Tuhan berkenaan penggantinya turut tidak relevan sebenarnya.

Solat istikharah dilakukan sebelum sesuatu keputusan dibuat dan dipersetujui, bukan selepas adanya keputusan.

Kenapa baru sekarang Dr Asri terfikir meminta Tun Mahathir melakukan solat istikharah iaitu setelah PH ada ketetapan serta hanya selepas 16 bulan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri?

Kenapa gesaan yang sama tidak dibuat sebelum 6 Januari 2018 di mana pada tarikh tersebut Kongres PH telah bersepakat untuk menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Timbalan Perdana Menteri dan Anwar sebagai pengganti Perdana Menteri seterusnya? (Shahbudindotcom 27/09/2019)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/untuk-kefahaman-mufti-perlis-ph-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Kata Sukar Tentukan Tarikh Peralihan Kuasa Pulak

Tun Mahathir Kata Sukar Tentukan Tarikh Peralihan Kuasa Pulak

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 341 hits
Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa akan berundur selepas dua tahun memegang jawatan Perdana Menteri Kemudiannya Ketika sesi dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York minggu lalu Dr Mahathir menegaskan beliau ...
Siapa Gila Kuasa Anwar Atau Tun

Siapa Gila Kuasa Anwar Atau Tun

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 293 hits
Oleh Norman LiverpoolSelepas lebih setahun kerajaan bernama PH diberi amanah menguruskan negara ini rakyat ada yg bertanya apa yg Anwar Ibrahim telah lakukan dari janji2 ya dahulu PRU baru2 ini apa yg Anwar janjikan sedangkan beliau berada ...
Ini Soalan Kau Jangan Tanya Tun Jawapannya Sama Kita Jangan Jadi Pariahs

Ini Soalan Kau Jangan Tanya Tun Jawapannya Sama Kita Jangan Jadi Pariahs

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 463 hits
Undang bukan dibuat untuk individu Dan ikut telunjuk individu Jauhi jenayah bukan sahaja tidak lakukan jenayah tetapi mesti bebas dan dihat bukan penjenayah Apabila polis kejar PALING takut kalau polis menyamar adalah lari ke balai polis be...
Yab Tun Pandanglah Redha Allah Dalam Mencari Pengganti

Yab Tun Pandanglah Redha Allah Dalam Mencari Pengganti

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 278 hits
YAB Perdana Menteri saya menulis warkah terbuka ini dengan saya penuh sedar tentang semangat YAB Tun mempertahankan identiti tanahair ini Pengalaman saya mengenali Tun sejak dulu menerusi perbualan dan perbincangan sendirian menjadikan saya...
My Remarks Against Jakim S Zamihan Justified Says Perlis Mufti

My Remarks Against Jakim S Zamihan Justified Says Perlis Mufti

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 346 hits
Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin has been slapped with a RM2 million lawsuit by Jakim officer Zamihan Mat Zin PETALING JAYA Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin said his remarks in calling controversial government religious officer Zami...
Anak Tidak Mengaku Ibu Sama Seperti Kisah Si Tanggang

Anak Tidak Mengaku Ibu Sama Seperti Kisah Si Tanggang

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 669 hits
Neraka je lah kat tempat kau Ibu Travel Jauh Jauh Nak Jumpa Anak Tapi Kena Halau Tak Mengaku MakTernyata hikayat si tanggang ni memang benar benar wujud di dunia nyata video ibu diabaikan anak sejurus sahaja tiba ke satu tempat ni tengah vi...
Majlis Perlepasan Walk For World Peace 2019 Oleh Yab Dsu Hj Mukhriz Tun Mahathir Yb Senator Waytha Moorthy

Majlis Perlepasan Walk For World Peace 2019 Oleh Yab Dsu Hj Mukhriz Tun Mahathir Yb Senator Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 569 hits
Majlis Perlepasan Walk For World Peace 2019 oleh YAB DSU Hj Mukhriz Tun Mahathir YB Senator Waytha Moorthy Menteri Perpaduan di Taman Jubli Emas Turut serta YB Tan Kok Yew serta YB DR Summugam Rengasamy EXCO Kerajaan Negeri Kedah
Serah Jawatan Pm Tun M Tidak Perlu Fobia Dengan Kisah Lampau

Serah Jawatan Pm Tun M Tidak Perlu Fobia Dengan Kisah Lampau

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 236 hits
Tun M merasa agak gusar apabila menjawab persoalan tentang penyerahan jawatannya selaku PM kepada Anwar sebagaimana yang dijanjikan di dalam manifesto PH dan muafakat Majlis Presiden PH sebelum PRU14 yang lalu Tun M menyatakan tiada jaminan...
Bazar Melaka Kota Tun Fatimah

Bazar Melaka Kota Tun Fatimah

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 464 hits
Assalammualaikum Dunia Antara aksi bergambar kat entrance Selalu dengar bazar masa bulan puasa je kan Sekarang tak yah tunggu bulan Ramadhan Dah ade bazar untuk membeli belah dan shopping barang best kat bazar Kakak ngan ayinKakakHallooo Ba...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu