Unsur Sabotaj Cemar Sungai Selangor



Pencemaran sungai-sungai kecil di Selangor yang menjejaskan sungai utama seterusnya menyebabkan loji rawatan air terpaksa ditutup dikhuatiri terdapat unsur-unsur sabotaj.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendakwa, dalam beberapa hari kebelakangan ini terdapat pencemaran di beberapa batang sungai namun bahan cemar yang dikesan bukan datang dari mana-mana kilang di sekitarnya.
“Dalam tempoh 5 – 6 hari sahaja kita telah mengesan empat potensi pencemaran yang berjaya dihalang sebelum mengalir ke sungai utama.
“Semalam kita kenal pasti ada tumpahan minyak hitam. Pegawai SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara), Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar serta LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) telah meninjau keseluruhan sungai dan kita dapati tidak ada kesan (buangan) dari kilang atau bengkel-bengkel di persekitaran.
“Tiga hari lepas kita dapat kesan di Sungai Kundang, benda sama tumpahan pencemaran berwarna hitam yang kita percaya minyak.
“Saya bimbang ia adalah tindakan yang disengajakan. Namun saya tidak ada bukti mahu katakan begitu. Cuma dalam tempoh 3 – 4 hari ini kita berjaya menghalang potensi atau percubaan untuk mencemarkan sungai dengan menggunakan tenaga sumber manusia (penguatkuasa) yang sedia ada,” katanya kepada wartawan selepas majlis Sumbangan Kenderaan dan Kelengkapan kepada Pihak Berkuasa di Shah Alam, pagi tadi.
Dalam perkembagan lain, sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor diharap mampu meningkatkan lagi usaha pemantauan persisir pantai dalam mengenalpasti sebarang cubaan menceroboh sempadan oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Menurut Amirudin, sebanyak 18 basikal elektrik dan 8 jetski diberikan kepada pihak polis bagi meningkatkan keupayaan rondaan.
“Kenderaan ini akan bergerak dalam formasi buddy system dan mula digunakan pada 1 November 2020. Ia menelan belanja sebanyak RM1.15 juta,” katanya.
Selain itu, menurut Amirudin, Kerajaan Negeri juga membekalkan beberapa peralatan penjagaan kesihatan seperti 100 unit sut Peralatan Perlindungan Diri (PPE), 500 unit perisai muka, 300 unit sarung tangan, 200 unit gaun, 500 unit pelitup muka, 500 cecair nyahkuman dan 200 apron kepada Jabaran Penjara Malaysia Negeri Selangor sebagai sebahagian daripada usaha mengurus pandemik di penjara-penjara sedia ada.
“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu usaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terbela,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30343

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencemaran Sungai Di Selangor Ada Unsur Sabotaj

Pencemaran Sungai Di Selangor Ada Unsur Sabotaj

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 320 hits
Pencemaran sungai sungai kecil di Selangor yang menjejaskan sungai utama seterusnya menyebabkan loji rawatan air terpaksa ditutup dikhuatiri terdapat unsur unsur sabotaj Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mendakwa dalam bebera...
Lapan Suspek Cemar Sungai Selangor Direman Tujuh Hari

Lapan Suspek Cemar Sungai Selangor Direman Tujuh Hari

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 350 hits
SHAH ALAM 22 OKT Lapan suspek yang dipercayai terlibat dengan insiden pencemaran Sungai Selangor direman tujuh hari mulai hari ini hingga 28 Oktober Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor berkata suspek merupakan seorang pengarah syarikat ...
Pencemaran Sungai Mungkin Tindakan Sabotaj Mb Selangor

Pencemaran Sungai Mungkin Tindakan Sabotaj Mb Selangor

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 378 hits
Amirudin Shari CYBERJAYA Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan sekurang kurangnya empat kejadian yang hampir menyebabkan pencemaran dikesan dalam tempoh enam hari lalu Kejadian itu dibimbangi beliau sebagai tindakan s...
Kerajaan Selangor Akan Mula Menggunakan Dron Untuk Memantau Isu Pencemaran Sungai

Kerajaan Selangor Akan Mula Menggunakan Dron Untuk Memantau Isu Pencemaran Sungai

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 424 hits
Kebelakangan ini isu pencemaran sungai sering membelenggu penduduk negeri Selangor sehinggakan mereka terpaksa hidup tanpa bekalan air bersih untuk beberapa hari pada satu satu masa Terkini kerajaan tersebut dilihat akhirnya akan mengambil ...
Polis Buka Kertas Siasatan Kes Pencemaran Bau Sungai Selangor

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Pencemaran Bau Sungai Selangor

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR 20 Okt Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran bau di Sungai Selangor yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada 1 2 juta akaun atau hampir lima juta pengguna di Lembah Klang semalam Ketua Polis Selangor...
Air Selangor Polis Terima Laporan Pencemaran Di Sungai Kundang

Air Selangor Polis Terima Laporan Pencemaran Di Sungai Kundang

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 501 hits
LUAS mengesan pencemaran bau sehingga 10 ton di Sungai Kundang ketika pemantauan secara 24 jam dalam Ops Statik Sungai Gong Rawang pada jam 10 45 pagi FOTO ihsan LUAS Shah Alam Polis Selangor sudah menerima laporan daripada Lembaga Urus Air...
Restoran Mamak Hidayat Rhm Sungai Besar Selangor

Restoran Mamak Hidayat Rhm Sungai Besar Selangor

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 575 hits
Restoran Hidayat RHMRestoran Hidayat RHMPeminat peminat restoran mamak sila la try makan di restoran Hidayat RHM yang terletak di Sungai Besar Selangor Standard restoran mamak semua menu sama saja kalau korang pergi mana mana restoran mamak...
Sungai Selangor Pollution 8 Men Remanded For A Week

Sungai Selangor Pollution 8 Men Remanded For A Week

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 417 hits
Eight men including a director of a company repairing and selling construction machinery have been remanded for seven days from today in connection with the pollution of raw water source in Sungai Selangor Magistrate Nik Mohd Fadli Nik Azla...
4 Loji Air Sungai Selangor Ditutup 6 Kali Tahun Ini Akibat Pencemaran

4 Loji Air Sungai Selangor Ditutup 6 Kali Tahun Ini Akibat Pencemaran

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 501 hits
Terbaru 4 LRA Sungai Selangor dihenti tugas ekoran pencemaran bau Isnin lalu yang menyebabkan 1 196 457 pemegang akaun Air Selangor di 1 292 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan air SHAH ALAM Empat loji rawatan air dikendalikan Air Se...
The Prophet By Kahlil Gibran

Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

Mic Chief Accuses Zahid Of Lying Declares Loss Of Confidence

Commentary Freedom Of Choice Must Drive Malaysia S Multi Lane Free Flow Toll Era

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Bila Virus Influenza Mula Menular Di Sekolah Anak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dah Beli Cat Untuk Locker

Cara Ringkas Daftar Akaun Str Sumbangan Tunai Rahmah 2026

Aktiviti Taklimat Kesihatan Secara Alami Ppim 14 10 2025

Donat Gula Klasik Resipi Sedap Lembut Gebu Yang Wajib Cuba

Tentang Rambut Yang Gugur Dan Keyakinan Yang Tumbuh

Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data Analisis Risiko Setiap Kawasan