Unleash The Superhero In You Buku Cerita Pertama Dilancarkan Oleh Mbo Cinemas Kerjasama Me Books Asia


MBO Cinemas dan Me Books Asia telah melancar buku cerita bertemakan Adiwira yang bertajuk “Unleash The Superhero In You”. Buku ini mengisarkan tentang watak Alison dan bagaimana sesuatu perkara itu tidak mencerminkan keadaan yang sebenar. Sepanjang kehidupannya, dia cuba melakukan perubahan besar dengan membantu orang di sekelilingnya.

Sebagaimana yang kadang-kadang terjadi dalam kalangan ahli keluarga dan teman-teman, ianya lebih mudah untuk melihat dan mengkritik sahaja, tidak membabitkan diri dan tidak peduli terhadap nasib orang lain. Tidak sekadar mengharapkan sesuatu keajaiban, kita perlu membenarkan orang seperti Alison untuk menjadi sumber inspirasi bagi menyerlahkan adiwira di dalam diri kita demi membina dunia yang lebih baik. Kisah ini ditulis dengan niat untuk memberi inspirasi dan memupuk nilai murni dalam kalangan kanak-kanak.
Kerjasama yang pertama seumpamanya ini membawakan penceritaan istimewa untuk kanak-kanak. Kolaborasi antara MBO Cinemas dan Me Books Asia untuk menerbitkan siri buku cerita tersebut turut berupaya mengeratkan lagi hubungan keluarga dan menggalakkan masa berkualiti antara ibu bapa dan anak-anak mereka.
MBO Cinemas dan Me Books Asia berganding tenaga bagi menyampaikan mesej bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan, kehandalannya yang tersendiri dan mereka juga memiliki sifat-sifat seorang adiwira.  Pada masa sama, ia turut memberi penekanan terhadap keajaiban sesuatu penceritaan yang tidak hanya terhad kepada lembaran buku melalui penyediaan kemudahan mesra kanak-kanak di Kecil Halls MBO Cinemas.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran MBO Cinemas, Jamie Tiong berkata, “Menjadi pawagam pertama di Malaysia yang mempunyai panggung khas mesra kanak-kanak yang dilengkapi dengan kawasan permainan dan tempat duduk berbaring untuk keluarga yang selesa, sememangnya amat bermakna bagi kami. Kami menyasarkan untuk terus menginovasikan perkhidmatan kami dan peluang kerjasama dengan Me Books Asia ini membolehkan kami melangkaui konsep pawagam konvensional. Kecil Halls telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan saya gembira untuk membawakan pengalaman unik ini kepada lebih ramai keluarga di seluruh negara.”
“Bersama-sama dengan MBO Cinemas, kami berusaha untuk menggalakkan keluarga di Malaysia agar memupuk nilai kekeluargaan yang murni. Buku cerita ini dikarang khusus untuk kanak-kanak dan dilengkapi dengan audio dalam aplikasi Me Books Plus. Ia disampaikan oleh artis suara latar profesional dengan memberi penekanan terhadap sebutan dan intonasi terbaik bagi merangsang daya imaginasi dan pertuturan kanak-kanak. Menerusi kerjasama ini, kami berharap untuk memberikan buku ini secara percuma kepada semua ahli MBO STARCLUB pada masa akan datang. Kami gembira kerana dapat berganding bahu dengan MBO Cinemas dalam usaha memupuk generasi pencerita akan datang.” – Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Me Books Asia, Hao Jin.
Buku cerita ini akan dijual dengan harga RM50 senaskah semasa Kempen Derma Darah tahunan MBO Cinemas pada 24 dan 25 Ogos di Starling Mall. Untuk menjadikan pengalaman penceritaan lebih menarik, buku audio interaktif juga boleh didapati dalam aplikasi Me Books Plus.
Hasil daripada jualan buku cerita pertama berjudul, “Unleash The Superhero In You” akan disumbangkan kepada Yayasan Pendidikan Little Yellow Flower yang akan memberikan manfaat kepada kanak-kanak kurang bernasib baik yang tidak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.
Kerjasama ini juga akan menyumbangkan lebih 1,000 naskah buku cerita berkenaan kepada perpustakaan di lima buah negeri sempena kempen #MalaysiaMembaca yang dilancarkan oleh kerajaan menerusi rancangan Dekad Membaca Kebangsaan. Perpustakaan yang terlibat ialah Perpustakaan Negara Malaysia serta empat lagi perpustakaan di Selangor, Perak, Johor dan Sarawak.
Buku cerita berkenaan boleh didapati di lokasi-lokasi seperti MBO Cinemas Starling Mall pada 24 dan 25 Ogos 2019 & Me Books Nooks berlokasi di Sunway Citrine Hub Johor, CzipLee Bangsar Kuala Lumpur, CzipLee Mid Valley SouthKey Johor. Bagi anda yang gemar membeli secara atas talian anda boleh layari Me Books Store: https://www.store.mebooks.asia/ dan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku cerita tersebut, sila kunjungi: https://www.mebooks.asia/ .
 
 
 
The post “Unleash The Superhero In You” Buku Cerita Pertama Dilancarkan Oleh MBO Cinemas Kerjasama Me Books Asia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/unleash-the-superhero-in-you-buku-cerita-pertama-dilancarkan-oleh-mbo-cinemas-kerjasama-me-books-asia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Halloween Party Decoration Ideas And Theme Photos That Will Get You In The Mood Of Halloween

Halloween Party Decoration Ideas And Theme Photos That Will Get You In The Mood Of Halloween

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 392 hits
The Halloween party aims to celebrate Halloween every year on October 31st Despite its frightening proposal the macabre climate is able to attract a lot of fun with games and a unique decoration For the celebration to become The post appear...
Donnie Yen Scott Adkins Berentap Dalam Trailer Pertama Ip Man 4 The Finale

Donnie Yen Scott Adkins Berentap Dalam Trailer Pertama Ip Man 4 The Finale

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 441 hits
Lotus Five Star dengan kerjasama RAM Entertainment bakal membawakan kepada anda sebuah filem aksi seni mempertahankan diri yang paling dinantikan nantikan Ip Man 4 The Finale lakonan Donnie Yen dan Scott Adkins Filem terakhir ini akan berki...
Don T Have A Real Id You Re Not The Only One

Don T Have A Real Id You Re Not The Only One

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 336 hits
By BY TARIRO MZEZEWA from NYT Travel https ift tt 2nWsWz0
Peminat Marvel Boleh Kumpul Duit Sekarang The Infinity Saga Akan Dilancarkan 15 November Ini

Peminat Marvel Boleh Kumpul Duit Sekarang The Infinity Saga Akan Dilancarkan 15 November Ini

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 407 hits
Bagi kipas susah mati filem filem Marvel anda kini boleh mulakan simpanan anda Berdasarkan iklan terbaru Marvel Studios templet infinity Saga box set telah didedahkan kepada umum dan tertulis tarikh jualan pada 15 November ini berserta harg...
Pandang Pertama Iphone 11 Selepas Dilancarkan

Pandang Pertama Iphone 11 Selepas Dilancarkan

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 315 hits
Ok gais kali ini encikjambuofficial crew Ohmedia berkesempatan untuk membuat sebuah video pandang pertama tentang peranti mercu dari Apple iaitu iPhone 11 yang baru sahaja di umumkan di Apple Event beberapa hari lepas Nampaknya apa khabar a...
Oneplus 7t Adalah Peranti Pertama Dilancarkan Dengan Android 10

Oneplus 7t Adalah Peranti Pertama Dilancarkan Dengan Android 10

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 299 hits
Biasanya sistem operasi terkini Android akan dilancarkan pada peranti Nexus dan Pixel keluaran Google Tetapi tahun lalu sedikit mengejutkan 3 ialah yang pertama menggunakan Android Pie Tahun ini perkara yang sama berlaku dengan menjadi pera...
You Siapa Ask My Id Pemandu Honda City Dipercayai Mabuk Terbabas Enggan Beri Kerjasama Kepada Polis

You Siapa Ask My Id Pemandu Honda City Dipercayai Mabuk Terbabas Enggan Beri Kerjasama Kepada Polis

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 627 hits
Viral di media sosial semalam klip video pemandu kereta Honda City yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan memandu secara berbahaya sebelum terbabas sendiri You siapa ask my ID Pemandu Honda City dipercayai mabuk terbabas engga...
Malaysia Antara Yang Pertama Di Asia Lancar Projek Demonstrasi 5g

Malaysia Antara Yang Pertama Di Asia Lancar Projek Demonstrasi 5g

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 473 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Iftar Satu Ramadhan

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi