Unit 8200 Blackrock Boikot
Nik Hasyudeen.
Unit 8200, Blackrock, Boikot
Saya amat kagum bagaimana Unit 8200 begitu berpengaruh di dalam dunia teknologi dan mempengaruhi penggunaan teknologi untuk mempengaruhi pelbagai perkara.
Unit 8200 adalah unit perisikan siber IDF. Ianya menggambil anak-anak muda bergeliga untuk diberikan asuhan agar mereka mampu mencipta pelbagai teknologi yang kemudiannya digunakan untuk tujuan perisikan.
Orang-orang yang bekerja dengan Unit 8200 ni kemudiannya akan menubuhkan pelbagai syarikat yang mencipta pelbagai solusi yang digunakan di seluruh dunia. Ramai di antara alumni ini juga bekerja dengan Tech Giants seperti Meta, Google, Microsoft dan sebagainya. Malah, ada yang memegang jawatan kritikal yang mempengaruhi strategi dan polisi syarikat-syarikat berkenaan.
Sekarang di dalam krisis di Timur Tengah, sistem yang dinamakan Lavender digunakan untuk mengenal pasti musuh dan menghapuskan mereka dan orang-orang yang berada bersama mereka. Lavender dikatakan bekerjasama dengan beberapa Tech Giant untuk membentuk model yang digunakan bagi tujuannya.
Anda boleh cari maklumat syarikat-syarikat mana yang terlibat. Mungkin lepas tu anda tak mahu guna Whatsapp atau mengGoogle lagi kerana keterlibatan pemilik-pemilik solusi-solusi ini.
Apa kena mengena Unit 8200 dengan Blackrock pula. Saya pun tak tahu. Cuma, Blackrock ialah sebuah syarikat pengurus aset. Dia menggumpulkan dan dari seluruh dunia yang kemudiannya digunakan untuk melabur di seluruh dunia juga.
Mereka juga tak ada isu dosa pahala kerana apa yang dipentingkan oleh pelabur ialah keuntungan. Jadi nak melabur dalam hospital ke, syarikat kapal terbang yang digunakan untuk naik haji ke atau perniagaan alatan perang ke, semuanya jalan.
Oleh kerana jumlah aset yang diuruskan oleh Blackrock berjumlah $ 10.5 trilion (ni dalam Dollar ya), tentulah Blackrock melabur di mana-mana. Kaedah pelaburan mereka pun pelbagai termasuk dana-dana yang masuk ke dalam industri yang khusus yang disasarkan oleh pelabur mereka.
Jadi, apa kaitan Unit 8200 dan Blackrock dengan boikot pula?
Saya tidak berhajat untuk membincangkan merit boikot kerana ianya tidak semudah yang disangka. Cuma, dalam pemerhatian saya, orang mudah boikot benda-benda yang dia tak guna atau tidak melibatkan dia. Jadi, kalau tak boikot pun mereka tak terlibat dengan perkara yang diboikot tu.
Jika tidak ada apa-apa tanggungjawab, kita juga lebih mudah memboikot kerana tak memberi kesan kepada diri kita. Walau bagaimana pun jika kita ada pelbagai tanggungjawab untuk membangunkan itu ini, kita kena menilai pelbagai perkara sebelum membuat satu-satu tindakan dan keputusan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Hanya apabila ada kesan positif secara keseluruhan (net benefit) barulah satu-satu tindakan dibuat.
Jadi, orang-orang yang mengulas dengan yakin berkenaan Blackrock di FB atau pun whatsapp berdasarkan carian melalui Google, anda kena kira jugalah “net benefit”nya. Jangan buat-buat tak tahu atau tak sedar pula. 🤗
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/06/unit-8200-blackrock-boikot.html