Unik Sedap 10 Resipi Bubur Lambuk Warisan Ni Memang Kena Cuba
Bila tibanya Ramadan, salah satu menu yang menjadi buruan ramai tentunya sajian Bubur Lambuk. Ia adalah salah satu juadah paling popular dan dinanti-nantikan oleh semua. Memang sedap!
Bubur Lambuk popular tentunya Bubur Lambuk Kg Baru. Tapi tahukah anda sebenarnya setiap negeri di Malaysia ni mempunyai resipi Bubur Lambuk warisan yang tersendiri? Setiap satunya punya keistimewaan masing-masing.
Sekali imbas, nampak sama, tetapi sebenarnya ia punya keunikan yang tersendiri adri segi penggunaan rempah dan juga rencah. Sekali sekala, cubalah rasa Bubur Lambuk dari negeri yang berlainan. Anda pasti teruja!
Jadi sempena bulan puasa ini, RASA kongsikan 10 resipi Bubur Lambuk Warisan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Dari Utara hinggalah ke Borneo, semua ada! Pastinya sangat enak. Resipi yang dikongsi ini juga untuk sukatan 2 periuk dimana boleh menghasilkan 600 pek Bubur Lambuk. Mudah bagi anda yang nak masak dalam jumlah yang banyak. Jom cuba!
1.BUBUR LAMBUK KUALA TERENGGANU
RESIPI UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK
BAHAN-BAHAN:
50kg beras16kg ikan selayang18kg santan 3kg halia3kg keledek3 sudu besar kerisik4 kiub ikan bilisGaramGula6 ketul gula MelakaPerasaBudu secukup rasaBABA’S Serbuk Lada Hitam
BAHAN KISAR HALUS:
4kg bawang besar 3kg bawang putih
BAHAN DAUN:
Pucuk midin (75% keseluruhan daun)Pucuk ubiPucuk kemanginDaun kaduk2 helai daun kunyitDaun kesumPucuk manisDaun kunyitCARA MEMASAK:
Mulakan dengan masak beras hingga menjadi bubur.Seterusnya masukkan bahan kisar halus dan halia ketuk. Kacau.Tambahkan pula ikan yang dikisar halus. Kacau.Kemudian masukkan keledek, diikuti santan dan kiub ikan bilis. Kacau.Campurkan pula kerisik. Masak sehingga mendidih.Lepas agak-agak keledek sudah masak, masukkan segala daun. Kacau rata.Tambah pula garam, gula dan BABA’S Serbuk Lada Hitam dan budu. Rasa, jika cukup rasa lemak dan masinnya, dah siap.Tutup api dan boleh dihidang panas-panas.
2. BUBUR LAMBUK SELANGOR
UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK
BAHAN-BAHAN:
50kg beras – basuh dan toskan18kg santan8kg minyak kelapa4 tin besar minyak sapi18kg daging cincang atau potong dadu(Udang besar jika suka)
3kg halia muda – dikisar3kg udang kering – kisar separuh hancur3kg bawang putih4kg bawang besar120 helai daun pandanPenumis:
Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, halba dan kulit kayu manis3kg BABA’S Rempah Sup 1kg BABA’S Briyani800gm BABA’S Serbuk Kurma200gm BABA’S Serbuk Lada HitamLobak merah – potong dadu kecilKacang tanah putih4kg daun sup & daun bawangGaramPenambah rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak kelapa dan minyak sapi. Masukan rempah 3 sekawan.Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih. Bila sudah kuning, masukkan daun pandan.Masukkan BABA’S Rempah Sup, BABA’S Serbuk Briyani dan BABA’S Serbuk Kurma. Masak hingga naik minyak dan garing.Masukkan daging dan kacau rata. Bila air daging kering sedikit, masukkan halia dan udang kering.Masukkan BABA’S Serbuk Lada Hitam. Masak hingga wangi dan garing.Masukkan air sehingga separuh periuk. Masak hingga air mendidih baru masukkan beras dan kacang putih.Bila beras sudah kembang dan hampir masak, masukan santan, lobak merah dadu dan letak perasa secukupnya.Bila siap, taburkan daun bawang dan daun sup.
3. BUBUR LAMBUK KUANTAN
RESIPI UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK
BAHAN-BAHAN:
50kg beras16kg ikan selayang panggang18kg santan6kg sotong6kg udang3kg halia3 sudu besar kerisik4 kiub ikan bilisGaramGula6 ketul gula MelakaPerasaBAHAN KISAR:
4kg bawang besar 3kg bawang putih200gm BABA’S Serbuk Lada Hitam BAHAN DAUN:
Pucuk midin (75% keseluruhan daun)Pucuk kemanginDaun kaduk2 helai daun kunyitDaun kesumPucuk manisDaun kunyitCARA MEMASAK:
Mulakan dengan masak beras hingga menjadi bubur.Seterusnya masukkan bahan kisar halus dan halia ketuk, kacau.Tambahkan pula ikan yang dikisar halus, kacau.Kemudian masukkan keledek diikuti santan dan kiub ikan bilis. Kacau.Campurkan kerisik. Masak sehingga mendidih.Tambah pula garam, gula dan BABA’S Serbuk Lada Hitam.Rasa, jika cukup rasa lemak dan masinnya, boleh tutup api dan dihidang panas-panas.
4. BUBUR LAMBUK PULAU PINANG
RESIPI UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK
BAHAN-BAHAN:
50kg beras18kg santan3kg halia3kg keledek3 sudu besar kerisik200gm BABA’S Serbuk Lada Hitam800gm BABA’S Serbuk Ketumbar800gm BABA’S Serbuk Jintan Manis950gm BABA’S Rempah SupGaramGulaPerasaBAHAN KISAR:
4kg bawang besar 3kg bawang putihSAYURAN:
Daun pudinaDaun pandanLobak merahKacang dhallKacang buncisCARA MEMASAK:
Mulakan dengan masak beras hingga menjadi bubur.Seterusnya masukkan bahan kisar halus, halia ketuk, BABA’S Serbuk Ketumbar, BABA’S Serbuk Jintan Manis dan BABA’S Rempah Sup. Kacau.Kemudian masukkan santan dan kacau.Campurkan pula kerisik. Masak sehingga mendidih.Lepas agak-agak sudah masak, masukkan segala daun. Kacau rata.Tambah pula garam, gula dan BABA’S Serbuk Lada Hitam.Jika cukup rasa lemak dan masinnya, tutup api dan boleh dihidang panas-panas.
5. BUBUR LAMBUK KOTA BHARU
RESIPI UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK
BAHAN-BAHAN:
50kg beras18kg santan10kg ikan Selayang3kg ikan masin bulu ayam3kg halia3 sudu besar kerisik4 kiub ikan bilis200gm BABA’S Serbuk Lada Hitam GaramGulaPerasaBudu secukup rasaBAHAN KISAR:
4kg bawang besar 3kg bawang putih BAHAN DAUN:
Pucuk midin (75% keseluruhan daun)Pucuk ubiPucuk kemanginDaun kaduk2 helai daun kunyitDaun kesumPucuk manisRebungCARA MEMASAK:
Mulakan dengan masak beras hingga menjadi bubur.Seterusnya masukkan bahan kisar halus dan halia ketuk. Kacau.Tambahkan pula ikan yang dikisar halus, kacau.Kemudian masukkan santan dan kiub ikan bilis. Kacau lagi.Campurkan pula kerisik. Masak sehingga mendidih.Lepas agak-agak sudah masak, masukkan segala daun. Kacau rata.Tambah pula garam, gula, BABA’S Serbuk Lada Hitam dan budu.Rasa untuk pastikan cukup lemak dan masinnya. Tutup api dan boleh dihidang panas-panas.
6. RESIPI BUBUR LAMBUK KUALA PERLIS
RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)
BAHAN-BAHAN:
60kg beras – direndam12kg santan8kg minyak masak20kg udang kertas @ udang rencah4 cawan santan pekat8 kiub ikan bilis400gm BABA’S Serbuk Lada Hitam400gm BABA’S Serbuk Lada Putih30 batang serai4kg bawang merah3kg bawang putih3kg haliaKulit kayu manisBunga cengkihDaun supCARA MEMASAK:
Rebus beras sampai kembang.Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, halia, bawang, kiub ikan bilis, BABA’S Serbuk Lada Hitam, BABA’S Serbuk Lada Putih dan serai.Masukkan udang dan barulah masuk pati santan.Letakkan garam secukup rasa diikuti daun sup dan bawang goreng.Sedia untuk dinikmati.
7. RESIPI BUBUR LAMBUK KULAI, JOHOR
RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)
BAHAN-BAHAN:
60kg beras beras – cuci dan toskanAir secukupnya12kg santan18kg isi ayamDaun pandan – simpul30 batang serai – diketuk1kg BABA’S Serbuk Briyani8 kiub ayamSup bunjutKacang kuda – rendam semalaman, toskanSayur campur (lobak merah. jagung, kacang pis)400gm BABA’S Serbuk Lada HitamKulit kayu manisBunga lawangBunga cengkihBuah pelagaPucuk paku merah yang siap disiangGaram secukup rasa8kg minyak masak4 tin besar minyak sapi
BAHAN KISAR HALUS:
4kg bawang besar3kg bawang putih3kg haliaBAHAN SAMPINGAN:
Hirisan daun supHirisan daun bawangBawang gorengSerunding secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan bahan kisar halus dengan BABA’S Serbuk Briyani, kacau rata hingga menjadi pes.Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan serai hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecah minyak.Masukkan beras. Gaul rata dan masak sekejap.Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, kacang kuda (toskan) dan isi ayam. Kacau rata dan masak hingga beras kembang menjadi bubur dan kacang kuda empuk.Tambah sayur campur, BABA’S Serbuk Lada Hitam dan garam secukup rasa. Masuk santan, kacau dan jika suka cair, boleh tambah sedikit air.Akhir sekali masukkan daun pucuk paku merah, kacau rata dan rasa, jika sempurna, boleh matikan api.Hidangkan bubur lambuk dengan bahan-bahan sampingan. Sedap dimakan panas.
8. RESIPI BUBUR LAMBUK KUCHING, SARAWAK
RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)
RESEPI BUBUR PEDAS SARAWAK
BAHAN-BAHAN BUMBU:
60kg beras 18kg bawang merah8kg bawang putih6kg cili kering – buang biji4kg kunyit4kg halia2kg lengkuas300 batang serai – hiris kecil2kg BABA’S Serbuk Lada Hitam3kg BABA’S Serbuk Lada Putih3kg BABA’S Serbuk Ketumbar16kg kelapa parut60 kuntum bunga lawang60 kuntum bunga cengkih60 batang Kulit kayu manis80 biji buah pelaga BAHAN-BAHAN BUBUR PEDAS:
Bumbu Bubur PedasUdangTendon daging lembu4kg bawang merah3kg bawang putih12kg santanUdang keringGaram dan gula secukup rasa8kg minyak
BAHAN SAYUR:
Kacang panjangLobak merahKentangKeledekRebung manisDaun kesumDaun kunyitKulat HitamCendawanKacang rebusJagung MudaSayur midin
CARA MEMASAK BUMBU:
Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan tumis dengan api sederhana hingga semuanya berubah menjadi warna keemasan.Setelah selesai, kisar campuran bahan hingga halus dan sebati. Ketepikan dalam satu bekas.
CARA MEMASAK BUBUR:
Tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga keemasan dan wangi di dalam periuk.Kemudian masukkan bumbu bubur pedas yang telah dikisar (campurkan dengan air), kemudian gaul sehingga pecah minyak.Masukkan udang dan tendon daging lembu. Secara berperingkat, masukkan air hingga semua bahan mendidih.Kemudian masukkan semua sayur yang dihiris. Gaul rata semua bahan hingga berbau wangi.Akhir sekali masukkan santan, sedikit garam dan gula.
NOTA: Jika tiada sayur midin, sebagai alternatif boleh digantikan dengan sayur lain seperti kubis.
9. RESIPI BUBUR LAMBUK BUKIT PIATU, MELAKA
RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)
BAHAN-BAHAN:
60kg beras – basuh dan toskan12kg santan besar20kg daging – potong kecil4kg udang kering – rendam air panas dikisar kasar4kg BABA’S Serbuk Sup3kg bawang putih – dikisar4kg bawang besar – dikisar4kg minyak sapi8kg minyak masakDaun pandan (basuh dan dicarit-carikkan)Garam/gula secukup rasaAir secukupnya1.2kg BABA’S Serbuk Ketumbar2kg BABA’S Serbuk Lada Hitam2kg BABA’S Serbuk Lada Putih
REMPAH TUMIS:
80 batang kulit kayu manis120 kuntum bunga cengkih120 kuntum bunga lawang120 biji buah pelaga1kg halba600gm BABA’S Serbuk Jintan Manis600gm BABA’S Serbuk Jintan Putih
BAHAN TABUR:
2kg daun sup (potong kecil).2kg daun bawangBawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk. Masukkan minyak masak dan minyak sapi. Apabila panas, masukkan bawang putih, bawang besar yang telah dikisar dan rempah sup. Kacau.Masukkan rempah 4 sekawan, BABA’S Serbuk Jintan Manis, BABA’S Serbuk Jintan Putih, BABA’S Serbuk Ketumbar dan daun pandan.Masukkan beras, daging, udang kering dan kacau sebentar. Masukkan air secukupnya. Biar sehingga nasi masak dan mula menjadi bubur.Masukkan santan, BABA’S Serbuk Lada Hitam, BABA’S Serbuk Lada Putih dan perasa lain.Biarkan bubur mereneh dan rasa secukupnya.Taburkan dengan bahan tabur. Siap.
10. RESIPI BUBUR LAMBUK KUBANG PASU, KEDAH
RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)
BAHAN-BAHAN
60kg beras – dicuci dan tapis20kg daging – hiris4kg halia, dihiris nipis2kg BABA’S Serbuk Lada Hitam2kg BABA’S Serbuk Lada PutihGaram secukup rasa12kg santanAir secukupnyaDaun sup dan daun bawangBawang gorengBAHAN TUMIS:
4kg BABA’S Serbuk Sup 4kg bawang merah – dihiris halus3kg ulas bawang putih – dihiris nipis8kg minyak masakCARA MEMASAK:
Rebus daging bersama halia sehingga daging empuk. Tambah sedikit garamApabila daging empuk, masukkan beras ke dalam periuk rebusan tadi dan terus rebus sehingga beras kembang. Tambah air jika perlu.Setelah beras kembang, masukkan BABA’S Serbuk Lada Hitam, BABA’S Serbuk Lada Putih dan garam secukup rasa.Masukkan juga santan dan kacau rata. Biar mendidih seketika dan boleh la tutup api.Dalam kuali kecil, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga agak garing.Kemudian masukkan BABA’S Serbuk Sup dan terus kacau.Masukkan sedikit saja air supaya rempah tak hangus. Kacau seketika dan terus tuang kedalam bubur mcm tumis darat. Kacau rata.Tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng, dan tutup periuk seketika sebelum dihidangkan.The post Unik & Sedap, 10 Resipi Bubur Lambuk Warisan Ni Memang Kena Cuba appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2023/03/unik-sedap-10-resipi-bubur-lambuk.html