Undilah Ph Demi Kestabilan







Ulasan yang ana petik dari pengguna FB M Hafizul Hilmi :

Untuk yang terfikir nak mengundi PN

Dua gambar di bawah ini saya buat masa politik negara menghadapi dead-lock, Muhyiddin.pdf dijatuhkan oleh Umno dan tiada siapa yang dapat majoriti untuk jadi PM. Tujuannya adalah untuk menggambarkan senario kemungkinan yang ada untuk negara keluar dari kemelut politik.







Senario 1 masa tu secara teknikalnya sudah berlaku tapi kemudiannya Zahid dan Najib buat u-turn dalam masa tambahan, difahamkan kerana 'tuntutan politik' tidak dipenuhi.

Senario 2 pula jangkaan yang betul-betul terjadi bila Bersatu sanggup jilat balik ludahnya dan sokong Umno jadi PM.






Sejarah telah membuktikan jika berlaku dead-lock politik dan kerajaan pusat tak dapat dibentuk:

1. Pas akan cari semula Umno dan sanggup duduk dengan perasuah dan penyakau. Macam-macam dalil akan keluar.

2. PN - Muhyiddin, geng Azmin, Bersatu, dan Pas sanggup kembali berdakap dengan Umno demi mendapat kuasa dan laba politik.

Jika kita ambil senario PRU-14, bolehlah dikatakan bahawa parti-parti utama di Malaysia ini sudah ada fixed deposit kawasan Parlimen yang tersendiri. Katakan PH boleh push sampai 90 kerusi (data terkini Invoke 100 kerusi), PN kalau ambil tapak pengundi Pas katakan dapat 30 kerusi, BN dapat 50 kerusi, dan selebihnya lain-lain termasuk parti Sabah dan Sarawak.







Maksudnya, trend 3 penjuru tak akan lari jauh dan tidak ada satu parti yang boleh dapat majoriti mudah (kecuali ada 'tipping point' pada saat akhir).

Kenapa mustahil untuk BN dan PN bergabung dengan PH?

1. Umno tengah bergelumang dengan kes-kes rasuah dan jenayah. Dulu 15 MP Umno tarik sokongan kepada Muhyiddin sebab kes Najib, kali ini Umno desak bubar Parlimen sebab kes Zahid. Buktinya sudah terzahir bila Zahid cantas semua orang kuat Ismail Sabri dalam senarai calon dan akujanji calon Umno tersebar (dinafikan oleh Umno): Kena beri mandat kepada Zahid untuk jadi PM. PH tak mungkin pukul biawak hidup.

2. Pergolakan dua kem dalam Umno antara Presiden Zahid dan PM Ismail Sabri. Yang paling parah nanti ialah semasa pemilihan Umno lepas PRU sebab semua orang Umno tengah panas dengan Zahid. Parti tak stabil akan beri kesan kepada kestabilan kerajaan. PH tak mungkin pikul biawak hidup.









3. PN pula adalah tong separuh masak tempat pengkhianat PH mencari pelampung. Muhyiddin kemungkinan besar akan kalah di kerusi Pagoh (dan akan bersara lepas PRU), Peja pun tenggelam di Tambun, Azmin dan pengkhianat PKR/PH cuma mengharapkan ihsan penyokong Pas. Mati hidup balik PH tak akan bagi muka kepada PN.

4. Pas sudah bakar jambatan dengan PH.




Selain itu, pindaan Perlembagaan (Perkara 49A) iaitu undang-undang larangan MP lompat parti sudah digazet. Status MP akan gugur kalau keluar parti dan jadi bebas, atau MP Bebas join mana-mana parti. Kerajaan hanya boleh dibentuk secara gabungan blok. Walaupun ada kebarangkalian untuk blok-blok parti re-shuffle (macam Bersatu keluar PH), tapi sekurang-kurangnya katak-katak politik ini tak boleh dibeli sekor-sekor, kena beli satu reban terus. Undang-undang baru ini menguatkan lagi hujah yang PH tidak mungkin bergabung dengan BN/Umno atau PN/Pas.

Kemungkinan paling besar untuk terjadi jika merujuk kepada pasca Langkah Sheraton, adalah Bersatu, Pas, dan Umno terpaksa telan balik ludah masing-masing dan bergabung untuk bentuk kerajaan. Kita akan kembali kepada status quo Langkah Sheraton dan BN-PN akan berpegang kepada core interest yang sama iaitu takut PH berkuasa, Anwar jadi PM, dan kes sumbang, rasuah, dan jenayah dalam poket masing-masing terburai.








Belum sempat PRU lagi semua ini telah terbukti. Sehari sebelum penamaan calon, BN PN dan Pas saling kutip-mengutip calon-calon yang dibuang parti sendiri. Ini adalah hakikat bahawa BN PN Umno Bersatu dan Pas ini semuanya duduk dalam tong yang sama.

Jika ini berlaku, negara sekali lagi akan buang masa selama 5 tahun untuk melayan karenah BN PN ini, seperti yang terjadi lepas Langkah Sheraton sampai tukar 2 orang PM dalam masa 30 bulan.

Rakyat Malaysia wajib ambil pengajaran:
1. Sampai mampos kerajaan tak akan stabil sebab masing-masing ada tuntutan politik. Nak buang kes, nak jawatan menteri, nak sakau projek, nak berebut jawatan PM. Akan ada ugutan nak tarik sokongan PM kalau tak penuhi tuntutan masing-masing.

2. Semasa nak membentuk kerajaan, semua parti akan jadi pak sanggup asalkan dapat kuasa dahulu, kemudian tuntutan parti masing-masing akan menjahanamkan negara untuk jangka masa panjang.

3. PM dan menteri-menteri akan buat kepala sendiri, duduk dalam satu kabinet tapi hala tuju nak bangunkan negara tak sama sebab takut parti lain dapat markah lebih. Tak akan ada tanggungjawab bersama (collective responsibility) untuk bawa dasar yang terbaik kepada rakyat.

4. Masing-masing akan cover kes jenayah sebab kalau 2-3 MP dihukum bersalah dan masuk penjara, runtuh lah kerajaan sendiri.

5. Kabinet akan jadi terlalu besar, timbalan menteri sampai 2-3 jawatan, duta itu duta ini yang takde guna seduit. 70 orang menteri akan makan gaji buta semata-mata untuk kekalkan sokongan kepada PM, sebijik macam kabinet Muhyiddin dan Ismail Sabri. Ini kita panggil kabinet kembung perut.

6. Kalau kerajaan tak stabil dan tak kuat, masalah rakyat tak akan selesai. Nak ubah sistem pendidikan tak lepas, nak imbangi kuasa kapitalis yang manipulasi pasaran tak mampu, nak lawan rasuah jauh sekali.

7. Pas masuk kaki dalam kerajaan pun RUU355 entah ke mana. Cabutan judi makin banyak, kilang arak tak tutup, ajaran sesat menjadi-jadi, konsert liar tumbuh macam cendawan, LGBT makin subur. Takde beza pun. Umno masuk kaki dalam kerajaan pun terkial-kial nak buang kes Najib dan Zahid. Bersatu pulak cuma fikir survival parti sahaja. Semuanya buang masa kita semua.

8. Dapat menteri tak guna, takde rasa tanggungjawab nak urus masalah stok makanan, ayam, daging, telur, apatah lagi semua negara luar dunia sibuk dengan isu food security. Sebab buat kerja letih-letih pun akhirnya parti PM yang dapat nama. Baik buat kerja ala kadar, datang meeting, potong reben, rasmi majlis, baca skrip dalam Parlimen, ambik elaun, cukup bulan dapat gaji.

Sebab itulah jangan bazirkan undi awak semua kepada PN. Saya sendiri dah tak sanggup nak bazirkan lagi 5 tahun dan mengharapkan masa depan generasi anak-anak jadi lebih baik.

Tulisan panjang-panjang ni memang tak sesuai jadi propaganda PRU. Semua orang nak suruh lukis (dah lukis kat bawah, siap ada gambar bukti).

Saya cuma nak mengajak kawan-kawan berfikir, 5 tahun adalah satu tempoh yang panjang untuk kita sekali lagi buang masa dengan politik kucar-kacir macam Langkah Sheraton. Kalau tak nak kesian kepada diri sendiri, kasihanilah generasi anak cucu yang baru nak mula bina kehidupan dalam negara Malaysia ini.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/undilah-ph-demi-kestabilan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Simpan Misai Kerja Di Kantin Pemuda Usia 20 Tahun Sabar Je Dipanggil Pakcik Demi Kumpul Duit Sambung Degree

Video Simpan Misai Kerja Di Kantin Pemuda Usia 20 Tahun Sabar Je Dipanggil Pakcik Demi Kumpul Duit Sambung Degree

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 287 hits
HANYA kerana memakai apron dan memiliki wajah bermisai pemuda yang bekerja di sebuah kantin sekolah ini mendapat gelaran pakcik kantin Begitulah yang terjadi kepada Ahmad Aniq Yahaya 20 yang menceritakan pengalamannya ketika membantu keluar...
Mic Sedia Tukar Kerusi Demi Kemenangan Bn Kata Saravanan

Mic Sedia Tukar Kerusi Demi Kemenangan Bn Kata Saravanan

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 119 hits
Timbalan Presiden MIC M Saravanan menyambut Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di rumah terbuka Deepavali di Bukit Damansara Kuala Lumpur KUALA LUMPUR MIC sedia bertukar kerusi yang akan ditandingi dalam pilihan raya umum ke 15 jika parti ...
Sedar Diri Tak Femes Pelakon Lan Siro Kini Menoreh Getah Kerja Kampung Demi Kelangsungan Hidup

Sedar Diri Tak Femes Pelakon Lan Siro Kini Menoreh Getah Kerja Kampung Demi Kelangsungan Hidup

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 211 hits
Itulah yang dilalui buat pelakon Lan Siro ketika ini Meny dari pasang surut dunia seni dan demi kelangsungan hidup Lan Siro bertukar angin mencuba bidang baharu bagi menamp ng perbel njaan har an
Tema Kestabilan Dan Kemakmuran Hanyalah Tipu Daya

Tema Kestabilan Dan Kemakmuran Hanyalah Tipu Daya

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 127 hits
Selari dengan keadaan politik negara yang tidak stabil sejak berlakunya Langkah Sheraton BN dalam PRU15 kali ini menawarkan tema Kestabilan dan Kemakmuran untuk memikat hati pengundi Digembar gembarkan kononnya hanya BN yang mampu memberi k...
Aspirasi Belia Pentingkan Kestabilan Politik Ekonomi Dan Kos Sara Hidup

Aspirasi Belia Pentingkan Kestabilan Politik Ekonomi Dan Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 174 hits
Kestabilan politik pembangunan ekonomi positif dan pengurusan kos sara hidup yang lebih berkesan Itu antara aspirasi dan faktor penentu golongan pengundi muda yang bakal melaksanakan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Umum ke 15 kali ini kata...
China Sedia Kerjasama Dengan As Untuk Kestabilan Keamanan Global

China Sedia Kerjasama Dengan As Untuk Kestabilan Keamanan Global

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 124 hits
China sedia kerjasama dengan AS untuk kestabilan keamanan global Dikemas kini 29 saat yang lalu Diterbitkan pada 27 Oct 202
Umno Bn Pn Bukan Pilihan Untuk Kestabilan

Umno Bn Pn Bukan Pilihan Untuk Kestabilan

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 94 hits
Umno BN bukan pilihan untuk kestabilanPosted By on November 07 2022Pengundi yang akan memilih kerajaan pada 19 November ini diperingatkan sekiranya mahu Malaysia pulih maka Umno BN bukanlah pilihan wajar kerana parti itu tidak akan mendapat...
Pria Spanyol Hilang Di Iran Saat Jalan Kaki Ke Qatar Demi Piala Dunia 2022

Pria Spanyol Hilang Di Iran Saat Jalan Kaki Ke Qatar Demi Piala Dunia 2022

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 192 hits
Pria Spanyol Hilang di Iran saat Jalan Kaki ke Qatar Demi Piala Dunia 2022 Penggemar sepak bola asal Spanyol Santiago Sanchez hilang ketika berjalan kaki menuju Qatar untuk menyaksikan Piala Dunia 2022 Dia dikabarkan hilang setelah memasuki...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator