Undilah Kerajaan Perpaduan






 Saya terpanggil untuk mengulas isu yang sedang tular berhubung ucapan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, di Melalap baru-baru ini. Dalam ucapan tersebut beliau ada menyebut “Tidung Islam dan Murut Kafir”, namun segera diperbetulkan oleh Datuk Darell Leiking, dan sejurus selepas itu beliau serta-merta sedar kesilapan lalu terus memohon maaf secara terbuka.





Sebagai seorang yang lama terlibat dalam politik Sabah, saya memahami bahawa perkara seperti ini boleh berlaku secara spontan. Apatah lagi dalam konteks ucapan itu, beliau sedang menjelaskan asal-usul ibunya – kerana ada pihak yang sering melabel beliau sebagai “PTI.” Malangnya, ada yang cuba memutarbelitkan keadaan dan menuduh beliau rasis serta menghina kaum Murut.


Kita mesti jelas di sini perkataan “kafir” adalah istilah agama.


Dalam Islam, kafir bermaksud mereka yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.


Dalam Kristian, kafir atau unbeliever bermaksud mereka yang tidak menerima ajaran Kristus.


Istilah ini bersifat teologi, bukan penghinaan kepada mana-mana etnik. Tetapi apabila dipolitikkan, ia boleh menjadi bahan api yang merosakkan hubungan antara kita di Sabah.


Persoalannya sekarang adakah ini yang kita mahu wariskan kepada generasi Sabah? Adakah kita mahu terus memanaskan keadaan dengan isu agama dan bangsa, sedangkan cabaran sebenar rakyat ialah kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan, infrastruktur dan masa depan ekonomi negeri kita?


Saya khuatir apabila melihat ada cyber-trooper tertentu yang lebih ghairah memainkan isu sensitif ini semata-mata untuk keuntungan politik. Kalau inilah hala tuju politik Sabah, maka kita tidak akan maju, malah semakin mundur dan berpecah.


Sebagai mantan wakil rakyat, saya percaya Sabah hanya akan maju apabila kita berani keluar daripada kepompong politik sempit. Kita perlu berani berfokus kepada ekonomi, pendidikan dan pembangunan rakyat bukan menanam kebencian melalui isu agama dan kaum. No need to speak about race and religion, tidak jauh kita dapat maju kalau terkongkong dengan isu ini.


Saya menyeru kepada mereka yang menggelarkan diri sebagai cyber-trooper kerajaan: Jalankanlah peranan anda dengan bertanggungjawab. Tunjukkan kepada rakyat apakah pencapaian kerajaan selama lima tahun ini. Ceritakan apa masalah yang sudah diselesaikan, dan apa kelemahan yang sedang diperbaiki. Itu yang rakyat mahu tahu.


Pada masa yang sama, saya menyeru cyber-trooper Warisan supaya terus mengingatkan rakyat tentang pencapaian Warisan ketika diberi peluang memimpin dahulu – dan bagaimana kita sudah tidak sabar untuk meneruskan usaha membangunkan Sabah tercinta. Ingatlah, jangan sesekali ikut rentak kotor cybertrooper lawan yang hanya tahu memainkan isu bangsa dan agama. Kita mesti kekal berbeza – fokus kepada agenda membina Sabah, bukan memecahkannya.


Janganlah kita terus terperangkap dengan politik perpecahan. Sabah memerlukan pemimpin yang menyatukan rakyat dan membina negeri ini di atas landasan ekonomi, pendidikan dan kemakmuran bersama.


–––


Mantan YB Moyog,
Jenifer Lasimbang
Monday, 8 September 2025






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/undilah-kerajaan-perpaduan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pmr Saluran Terbaik Kukuhkan Hubungan Kerajaan Dan Rakyat Kata Anwar

Pmr Saluran Terbaik Kukuhkan Hubungan Kerajaan Dan Rakyat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1688 hits
KUALA LUMPUR 23 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Program MADANI Rakyat menjadi saluran komunikasi penting antara kerajaan dan rakyat untuk menyampaikan maklumat mengenai usaha meningkatkan kesejahteraan hidup mengu...
Kerajaan Bincang Cadangan Tubuh Tribunal Kes Buli Kata Perdana Menteri

Kerajaan Bincang Cadangan Tubuh Tribunal Kes Buli Kata Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2267 hits
PUTRAJAYA 20 Ogos Cadangan penubuhan tribunal bagi menangani kes buli melibatkan pelajar dan kanak kanak akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Da...
Kerajaan Jamin Ambil Kira Keperluan Negeri Dalam Persiapan Rmk13 Dan Belanjawan 2026

Kerajaan Jamin Ambil Kira Keperluan Negeri Dalam Persiapan Rmk13 Dan Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1218 hits
KUALA LUMPUR 28 Ogos Kerajaan MADANI mengambil kira cadangan pembangunan daripada kerajaan negeri dalam penyediaan Rancangan Malaysia Ke 13 dan Belanjawan 2026 nbsp Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata...
Anwar Positif Ruu Perolehan Kerajaan 2025 Permulaan Reformasi

Anwar Positif Ruu Perolehan Kerajaan 2025 Permulaan Reformasi

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 3729 hits
SHAH ALAM 29 Ogos Kelulusan Rang Undang Undang Perolehan Kerajaan 2025 di Dewan Rakyat bukan penamat perjuangan reformasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya mendedahkan ia sebagai mukadimah kepada agenda perubahan lebih bes...
Belum Jadi Kerajaan

Belum Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 646 hits
Mohd Asri BakarBelum jadi KERAjaan pun perangai ngalahkan YAHADI Jika PN yang berkuasa terlepas camtu jer la mamat nih
Kerajaan Pertimbang Bantuan Tambahan Rm100 Sekali Beri Untuk Mahasiswa Pm Anwar

Kerajaan Pertimbang Bantuan Tambahan Rm100 Sekali Beri Untuk Mahasiswa Pm Anwar

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2379 hits
KUALA LUMPUR 18 Ogos Kerajaan bersedia mempertimbangkan pemberian bantuan tambahan sebanyak RM100 secara sekali beri kepada mahasiswa nbsp Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu adalah bagi membantu mereka menghadapi t...
Anwar Dedah Kerajaan Madani Berjaya Pulih Rm5 Bilion Hasil Rasuah Dalam Tempoh Dua Tahun

Anwar Dedah Kerajaan Madani Berjaya Pulih Rm5 Bilion Hasil Rasuah Dalam Tempoh Dua Tahun

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 3642 hits
KUALA LUMPUR 16 Ogos Kejayaan memulihkan kira kira RM5 bilion hasil rasuah dalam tempoh satu hingga dua tahun lalu membuktikan kecekapan dan ketegasan Kerajaan Madani dalam membanteras gejala itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ber...
Ds Anwar Tempelak Politikus Guna Isu Kaum Bantah Langkah Kerajaan

Ds Anwar Tempelak Politikus Guna Isu Kaum Bantah Langkah Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3454 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa kesal apabila retorik perkauman menurutnya dijadikan senjata untuk mengekang usaha kerajaan dalam meningkatkan kebajikan rakyat Berucap di Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 di Taman Ek...
Elaun Ahli Parlimen Indonesia Dipotong Rusuhan Berdarah Cetus Ujian Terbesar Buat Kerajaan Prabowo

Elaun Ahli Parlimen Indonesia Dipotong Rusuhan Berdarah Cetus Ujian Terbesar Buat Kerajaan Prabowo

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3332 hits
JAKARTA Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Ahad mengumumkan bahawa parti parti politik di republik itu sepakat untuk memotong beberapa elaun dan keistimewaan ahli Dewan Perwakilan Rakyat sebagai respon segera terhadap tuntutan penunju...
Sugarbun Menandatangani Perkongsian Bersama Sedaplycious

Sugarbun Lebarkan Sayap Ke Semenanjung Malaysia Dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious

Asia S First Lego Ferrari Build Race Zooms Into Legoland Malaysia This November

Hari Kanak Kanak Tema Kerjaya Di Sekolah Adha

Kerabu Daun Selom Dan Tauge

Cara Bezakan Kasut Tomaz Original Vs Tiruan

Isu Dokumentasi Setiausaha Agung Fam Digantung Tugas Serta Merta

Salam Jumaat Penuh Barakah 17 Oktober 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beramallah Dengan Surah Al Insyirah

Karakter Muslim Selalu Menebar Manfaat Dan Memberi Dampak Positif

Ramai Salah Pilih Ini Cara Betul Pilih Tayar Motor Sesuai

Makluman Penetapan Tarikh Bagi Menjalankan Pru Dewan Undangan Sabah Ke 17

Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang Keluar 370 Notis Dalam Op Bersepadu Sjr Di Plaza Tol Bentong

Dihentak Pistol Bekas Naib Canselor Usm Terima 15 Jahitan Di Kepala