Undang Undang Lompat Parti Dibentang Sebelum Jul 2022 Kata Wan Junaidi


 
Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga berkata Suruhanjaya Pilihan Raya sedang merangka prosedur operasi standard untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak kelak, dan menyifatkannya persediaannya lebih teratur berbanding Melaka.KUALA LUMPUR: Undang-undang lompat parti akan dibentangkan di Parlimen sebelum Julai 2022, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Mengulas perkara itu, proses berkenaan sedang berjalan dan beliau memberi komitmen ia akan dibentangkan sebelum tarikh itu kerana penelitian terperinci masih perlu dibuat terlebih dahulu.Wan Junaidi berkata proses berkenaan sedang berjalan dan beliau memberi komitmen ia akan dibentangkan sebelum tarikh itu kerana penelitian terperinci masih perlu dibuat terlebih dahulu.
“Saya setuju undang-undang ini digubal. Kalau saya masih duduk di sini lagi (sebagai Menteri Undang-undang) saya jamin akan dibentang sebelum Julai 2022 di dewan ini.
“Kita tak boleh gopoh untuk bentang, kita kena lihat pandangan semua pihak,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di Dewan Rakyat.
Sementara itu, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) untuk dilaksanakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kelak.
Katanya, pelaksanaan SOP pilihan raya untuk dilaksanakan di Sarawak berbeza dengan apa yang diguna pakai ketika PRN Melaka, baru-baru ini.
Bagaimanapun beliau berkata SOP yang telah diguna di PRN Melaka akan dijadikan panduan untuk ditambah baik sebelum dimuktamadkan untuk digunakan di Sarawak.
Beliau berkata, keadaan di dua negeri itu berbeza memandangkan Melaka yang kini dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selain akses ke situ mudah. Sarawak pula yang berada dalam Fasa 3 PPN “berdiri sendirian” dengan hanya berdekatan dengan Indonesia, Brunei serta Sabah.
Sehubungan itu, katanya, SPR sedang merangka SOP untuk PRN Sarawak. Selain itu, negeri itu juga akan membincangkan perkara sama dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara untuk disesuaikan berdasarkan undang-undangnya tersendiri berkaitan Covid-19.
Beliau berkata, pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan SPR di Sarawak bulan lalu dan agensi itu nyata bersedia melaksanakan PRN.
“Mereka menunjukkan sikap lebih jauh lebih bersedia. Saya faham ini kerana Pengerusi SPR Sarawak ada pengalaman luas kendali PRN.
“Lagipun ura-ura PRN Sarawak lama diperkatakan, (cuma) tak boleh dilaksanakan kerana darurat, maka sebab itu persediaan Sarawak jauh lebih teratur berbanding apa yang berlaku di Melaka,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/11/undang-undang-lompat-parti-dibentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cabinet Had Agreed In Principle To Najib S Housing Request Wan Junaidi

Cabinet Had Agreed In Principle To Najib S Housing Request Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 297 hits
De facto Law Minister Wan Junaidi Tuanku Jaafar has revealed that the government had agreed in principle to grant former prime minister Najib Abdul Razak his request for land and housing reportedly valued at RM100 millionHe said the decisio...
Antilompat Parti Had Tempoh Jawatan Pm Ke Parlimen Sebelum Julai

Antilompat Parti Had Tempoh Jawatan Pm Ke Parlimen Sebelum Julai

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar FOTO BERNAMA KUALA LUMPUR Perundangan berkaitan akta antilompat parti dan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan dibawa ke Parlimen sebe...
Jemaah Menteri Tentukan Bila Pru15 Bukan Parti Politik Kata Takiyuddin

Jemaah Menteri Tentukan Bila Pru15 Bukan Parti Politik Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 237 hits
freemalaysiatoday com November 23 2021 11 50 AMSetiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata kerajaan akan menentukan bila masa sesuai PRU15 diadakan KUALA LUMPUR Parti politik tidak boleh menentukan bila pilihan raya umum ke 15 perlu dila...
Tsunami Politik Lompat Parti Di Sabah

Tsunami Politik Lompat Parti Di Sabah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 219 hits
Mengikut blogger kembar seiras akan wujud lebih ramai lagi peserta lompat parti time olimpik di Sabah Ikutilah petikan dari kembar seiras di bawah PANAS DARI SABAH SENARAI MP DAN ADUN YANG BAKAL TINGGALKAN BN Selepas Ahli Parlimen Beaufort ...
Sprm Pdrm Digesa Siasat Ahli Politik Lompat Parti

Sprm Pdrm Digesa Siasat Ahli Politik Lompat Parti

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 191 hits
SPRM PDRM DIGESA SIASAT AHLI POLITIK LOMPAT PARTIOleh yieMEGASEJAK RUTUHNYA Kerajaan Barisan Nasional semakin menjadi jadi aktiviti melompat parti dikalangan Ahli Ahli Parlimen amnya dan Ahli Parlimen BN khasnya Budaya lompat parti ini sewa...
Mou Sudah Dimeterai Kenapa Lambat Sangat Nak Usahakan Enakmen Anti Lompat Parti

Mou Sudah Dimeterai Kenapa Lambat Sangat Nak Usahakan Enakmen Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 213 hits
Israr KhalidAzalina berkata jika Perlembagaan tidak dipinda dan undang undang anti lompat parti masih belum diluluskan dikhuatiri akan berlaku lagi kekacauan di negeri negeri lain KUALA LUMPUR Usaha mewujudkan undang undang anti lompat part...
Bn Janji Perkenal Enakmen Anti Lompat Parti

Bn Janji Perkenal Enakmen Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 225 hits
BN janji perkenal enakmen anti lompat parti MELAKA Barisan Nasional memberi komitmen untuk memperkenalkan enakmen anti lompat parti serta meminda peruntukan undang undang berkaitannya untuk menangani isu lompat parti dalam kalangan Ahli Dew...
Hanya Ahli Parlimen Pembangkang Sertai Mou Dapat Peruntukan Sama Rata Wan Junaidi

Hanya Ahli Parlimen Pembangkang Sertai Mou Dapat Peruntukan Sama Rata Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 254 hits
Hanya Ahli Parlimen pembangkang sertai MoU dapat peruntukan sama rata Wan Junaidi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata buat masa ini hanya Ahli Parlimen pembangkang yang menyertai memorandum persefahaman deng...
Ahli Pas Cenderung Mn Kata Mursyidul Am Parti

Ahli Pas Cenderung Mn Kata Mursyidul Am Parti

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 297 hits
freemalaysiatoday com November 22 2021 3 30 PMRundingan untuk menyatupadukan Umno PAS dan Bersatu akan terus dilakukan menurut Hashim Jasin PETALING JAYA Akar umbi PAS diakui lebih memilih untuk bersama Muafakat Nasional dan usaha kerjasama...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Budak Kilat

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Syarikat Design Printing Membantu Branding Produk Anda

User Generated Content For Marketing

Roti Pandan

From Research To Reality Encouraging Innovation For Sustainability At Qassim University

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Join The Movement Global Initiative Launches For World Brain Day 2025