Umw Toyota Motor Terajui Pendekatan Multipathway Ke Arah Mobiliti Sifar Bersih Di Clean Energy Transition Asia Summit
KUALA LUMPUR, 19 Disember 2025 – UMW Toyota Motor (UMWT) mengukuhkan komitmennya di Clean Energy Transition Asia Summit (CETA) yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 Disember 2025. Sebagai Rakan Asas CETA menerusi MobilityX, UMWT bersama pihak kerajaan, industri dan pemegang taruh serantau bekerjasama bagi memajukan mobiliti yang lebih bersih dan mudah diakses di Malaysia serta ASEAN.
Pada sidang kemuncak itu, UMWT menekankan bahawa peralihan mobiliti Malaysia memerlukan kemajuan bersepadu merangkumi dasar, infrastruktur, industri dan kesiapsiagaan komuniti. Pendekatan Multipathway Toyota melengkapi keutamaan nasional di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Mobiliti Rendah Karbon (LCMB). Pendekatan ini dipandu oleh Cabaran Alam Sekitar Global Toyota 2050, serta pemahaman bahawa tiada satu teknologi yang sesuai untuk semua, khususnya dalam pasaran pelbagai seperti Malaysia dan ASEAN.
“Sebagai rakan mobiliti yang telah lama bertapak di Malaysia, Toyota memikul tanggungjawab untuk menyokong matlamat negara dengan penyelesaian yang realistik, berskala dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia hari ini,” kata Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor. “Komitmen kami merangkumi pembangunan kemahiran, pengukuhan kesiapsiagaan infrastruktur dan pembinaan ekosistem yang membolehkan setiap pelanggan beralih ke arah mobiliti lebih bersih dengan yakin. Inilah intipati strategi Multipathway Toyota dan janji kami kepada Malaysia.”
UMWT menegaskan kepentingan dasar neutral teknologi yang mengiktiraf keperluan mobiliti Malaysia yang pelbagai, sejajar dengan falsafah Mobility for All Toyota. Setiap laluan teknologi — termasuk enjin pembakaran dalaman (ICE), kenderaan elektrik hibrid (HEV), kenderaan elektrik bateri (BEV) dan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) — memenuhi keperluan komuniti dan industri yang berbeza, memastikan tiada pihak tercicir, di samping menyokong agenda kelestarian Malaysia dan komitmen ke arah pelepasan sifar bersih. ICE dan HEV yang cekap tenaga menyumbang kepada pengurangan CO₂ serta-merta, manakala BEV disokong melalui pelaburan NETR dalam infrastruktur pengecasan, tenaga boleh baharu dan peningkatan grid. Pada tahun 2024, Toyota Beyond Zero Malaysia dilancarkan bagi memperkukuh aspirasi jangka panjang ini.
Hidrogen merupakan komponen utama strategi Multipathway. UMWT telah memulakan langkah awal menerusi projek perintis dengan membekalkan Toyota Mirai kepada armada Kerajaan Sarawak melalui SEDC, serta melaksanakan projek perintis Stesen Pengisian Hidrogen Mudah Alih (MHRS) pertama di Malaysia di Putrajaya di bawah Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR). Ketika ini, sembilan kenderaan sel bahan api hidrogen Toyota telah digunakan di seluruh negara.
Sidang kemuncak tersebut turut menyaksikan pelancaran rasmi R.A.C.E to ZERO 2026 oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Beliau mengetuai delegasi Malaysia pada acara tersebut, diiringi oleh Datuk Ravindran K. Inisiatif peringkat nasional ini bertujuan mempercepat peralihan Malaysia ke arah pelepasan sifar bersih, menyokong projek tenaga bersih serta membina keupayaan di seluruh negara. Penyertaan UMWT menampilkan inisiatif hidrogen dan Multipathway yang sejajar dengan matlamat mobiliti bersih Malaysia.
Usaha Multipathway UMWT yang lebih meluas termasuk menyediakan pendedahan awal kenderaan elektrifikasi kepada kementerian dan agensi terpilih bagi memahami keadaan pemanduan tempatan dengan lebih baik. Sebagai sebahagian daripada MobilityX, Pengarah Eksekutif UMWT, Mohd Shamsor Mohd Zain, menyampaikan ucaptama mengenai peralihan mobiliti ASEAN dan kemudiannya menyertai Pras Ganesh, Naib Presiden Eksekutif dan CISO Toyota Motor Asia, dalam sesi perbincangan santai mengenai laluan teknologi serantau serta peluang untuk Malaysia.
Kehadiran jangka panjang Toyota di Malaysia melangkaui penyertaan pasaran. Selama beberapa dekad, syarikat ini telah melabur dalam pembuatan tempatan dan pemindahan pengetahuan, membangunkan tenaga kerja mahir yang mampu menyokong teknologi mobiliti termaju. Kerjasama kekal menjadi teras pendekatan Multipathway, daripada demonstrasi Mirai di Sarawak hinggalah projek perintis pengisian hidrogen di Putrajaya.
Menerusi CETA 2025, UMWT memperkukuh kerjasama dengan pihak kerajaan, industri dan akademia, serta kekal komited terhadap penyelesaian, perkhidmatan dan pembangunan bakat yang menyokong aspirasi mobiliti bersih Malaysia dan daya saing jangka panjang negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai Clean Energy Transition Asia Summit (CETA), sila layari https://ceta.asia/.
Untuk kemas kini mengenai produk, perkhidmatan dan aktiviti Toyota, sila layari www.toyota.com.my atau kunjungi mana-mana pusat Toyota bertauliah di seluruh negara.
The post UMW Toyota Motor Terajui Pendekatan Multipathway ke Arah Mobiliti Sifar Bersih di Clean Energy Transition Asia Summit (CETA) appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/19/umw-toyota-motor-terajui-pendekatan-multipathway-ke-arah-mobiliti-sifar-bersih-di-clean-energy-transition-asia-summit-ceta/