Umur Pm 70 Tahun Ke Bawah Hadi Hantar Mesej Kepada Mahiaddin


ULASANTenungan dan fokus Mahiaddin dan Hadi
tidak sehaluan. Foto MK.
ABDUL HADI Awang memberi masej jelas kepada Mahiaddin Yassin yang beliau tidak menerima ahli Parliman Pagoh itu sebagai calon PM untuk Perikatan Nasional (PN). 
Ketika bercakap kepada media selepas merasmi muktamar agung Pas ke 71, di Kedah hari ini, Hadi memberi pandangan seorang PM mestilah berumur di bawah 70 tahun disamping sihat tubuh badan.

Presiden Pas itu mengakui yang dia sendiri tidak layak untuk dicalonkan sebagai PM kerana faktor usia, dan sedia menerima sebagai penasihat sahaja

"Saya pun tidak layak, tetapi boleh dijadi penasihat sahaja," katanya sambil tergelak kecil, kit kit kit

Walaupun presiden Pas itu tidak langsung menolak cadangan Bersatu yang mengusulkan Mahiaddin calon PM, dihujung mesyuarat agung parti itu dua minggu lalu, tetapi pandangannya itu jelas dan nyata beliau tundingkan kepada Mahiaddin yang sudah berusia 78 tahun. 
Dalam mesyuarat agung Bersatu minggu lepas parti itu membuat ketetapan dengan usul menamakan Mahiaddin sebagai calon PM serta kekal sebagai presiden Bersatu. Usul itu muncul ketika mesyuarat itu kecoh dengan spekulasi Mahiaddin hendak ditendang dari jawatan presiden dan menaikan timbalannya Hamzah@Mejah Zainuddin sebagai presiden

Usaha untuk jatuhkan Mahiaddin itu dilakukan di luar mesyuarat dengan mengutip tanda tangan (SD) di kalangan ketua bahagian Bersatu, dimana 120 ketua bahagian katanya telah menanda tangan SD untuk tolak Mahiaddin. Bagaimana pun usaha itu tidak sempat jadi kenyataan dan dinafikan sekeras-kerasnya. Bagaimana pun realitinya ia benar-benar mencabar wibawa Mahiaddin sebagai presiden. Gara-gara itu menyebabkan kini Bersatu seperti retak menunggu belah, bengkok menanti patah. 

Tindakan Bersatu menamakan Mahiaddin sebagai calon PM itu dipersoalkan oleh rakan PN, termasuk Pas yang menyifat cara Bersatu itu tidak betul kerana soal siapa PM mestikan dibuat secara konsensus. Penamaan Mahiaddin sebagai terlalu awal dan membelakangkan muafakat dengan Pas. Dewan Pemuda Pas agak lantang mempertikaikan cara Bersatu itu gelojoh. 
Mungkin lantaran tidak senang dengan sikap politik Bersatu itu menyebabkan Hadi memberi signal jelas hari ini yang parti itu tidak mahukan Mahiaddin sebagai perdana menteri. Dalam erti kata lain signal diberikan Hadi itu menyebabkan Mahiaddin secara automatik tertolak sebagai calon PM dari PN. Dan calon PM ini menjadi isu panas dalam PN waktu ini yang jika salah ditangan menyebabkan gabungan itu lebih cepat terburai. 
Bukan itu sahaja tindakan Hadi itu juga sebagai kata dua kepada Bersatu, sekiranya parti itu berkeras untuk menamakan Mahiaddin sebagai calon PM menyebabkan Pas akan mengambil jalan sendiri, bertanding secara solo dalam pilihan raya akan datang. Dalam ucapan dasar itu tadi Hadi menekan dan menyeru anggota parti disegenap sendi memperkuatkan usaha dan tingkat kerja untuk menghadapi pilihan raya. Beliau juga tanpa segan menyatakan Pas sedia untuk memimpin Malaysia. 

Kalau Abdul Hadi tidak merestu Mahiaddin bukan soal usia atau kesihatan, tetapi sebenarnya ada cerita lain yang tidak diketahui umum. Perkara ini bagaimana pun sudah tidak jadi rahsia lagi di kalangan pemimpin tertinggi. 
Seperti diketahui sebelum ini, hubungan peribadi Hadi dengan Mahiaddin tidak begitu "lendek" apabila berlaku sedikit perselehengan dalam pembentukan barisan kepimpinan dalam PN. Ekoran pelantikan Mejah sebagai timbalan presiden Bersatu meyebabkan berlaku kekosongan untuk jawatan Setiausaha Agung. Pas mengidam jawatan itu untuk diisi oleh orang mereka. 
Orang yang disebut akan dilantik menjadi SUA PN ialah Takiyuddin Hassan. Katanya diawal persetujuan telah dicapai. Dalam satu mesyuarat PN diadakan di rumah Mahiaddin, nama Takiyuddin sebagai SUA sebagai mengganti Hamzah telah diepersetuju. Bagaimana pun apabila mesyuarat, tiba-tiba Mahiaddin mengumumkan senarai barisan pempinan PN termasuk Setiusaha Agung yang sudah tersedia diatas meja dengan menyebut Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung

Kejadian itu katanya mengecewakan Hadi dan belliau benar-benar marah sehingga tidak mempercayai Mahiaddin lagi, Sebagai bantahan atas perubahan itu, Ahmad Samsuri Mokhtar yang memegang jawatan Bendahari PN melepas jawatan. Perlepasan jawatan itu khabarnya atas arahan presiden dan ia masih belum dipenuhi hingga sekarang? Sebenar Hadi kecewa dengan Mahiaddin dimalam kepeutusan pilihan raya umum ke-15 lagi apabila Mahiaddin memberi tahunya jumlah untuk tubuh kerajaan sudah cukup, sedangkan hakikatnya tidak

Bermula dari peristiwa itulah hubungan Hadi dengan Mahiaddin dilihat tidak lendik. Beberapa majlis bersama dan mesyuarat tertinggi PN, Hadir tidak hadir, mengelak atas alasan kurang sihat atau mewakilkan sahaja kepada pemimpin lain. Misalnya dalam mesyuarat untuk membentuk pakatan pembangkang longgar membabitkan beberapa parti nyamuk (mosquito party) yang diusahakan Mahiaddin, Hadi dan wakil Pas tidak menghadirinya. 
Selain itu ada satu lagi peristiwa boleh ditafsirkan Hadi tidak merestui Mahiaddin untuk jadi calon PM apabila parti Pas secara diam diam menyatakan sokongan kepada Hamzah Zainuddin sebagai presiden Bersatu. Khabarnya Pas lebih berminat dengan Hamzah ketimbang Mahiaddin. Kutipan tanda tangan untuk tolak Mahiaddin sebagai presiden yang dikecohkan itu juga ada kena mengena dengan campur tangan daripada Pas secara senyap. Pas katanya menyokong ketua pembangkang itu berbanding pengerusi PN. 

Suatu maklumat yang sampai kepada saya sebelum mesyuarat agung Bersatu, Hamzah dikatakan telah berjumpa dengan Hadi dalam satu majlis makan malam. Dalam pertemuan itu tanpa kehadiran sama Mahiaddin dan pemimpin lain. Ia eksklusif

Untuk apakah pertemuan seperti itu? Dan apabila Hamzah gagal untuk mengambil alih kepimpinan Bersatu dengan menumbangkan Mahiaddin menerusi SD ia mengecewakan Hadi dan juga Pas. Lantaran itu Pas menzahirkan ketidak setujuan kalau Mahiaddin diumumkan sebagai calon presiden

Kemuncak penolakan Pas itu adalah dengan kenyataan dikeluarkan Hadi hari ini secara berlapik mengatakan PM biarlah mereka berusia dibawah 70 tahun, berbadan sihat. Mahiaddin kini sudah berusia 78 tahun dan dikhabrnya menghadapi masalah kesihatan kerana kanser pankreas, walaupun didakwa sudah sembuh tetapi penyakit itulah yang dijadikan sandaran untuk tolak Mahiaddin

Sementara Hamzah berusia masih belum atas 70 tahun, usianya sekarang 68 tahun. [wm.kl. 9:08 pm 15/09/2025]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/09/umur-pm-70-tahun-ke-bawah-hadi-hantar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gadis Bawah Umur Terlibat Seks Suka Sama Suka Juga Patut Didakwa Polis Kelantan

Gadis Bawah Umur Terlibat Seks Suka Sama Suka Juga Patut Didakwa Polis Kelantan

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 693 hits
Statistik menunjukkan hampir 90 peratus kes rogol bawah umur di Kelantan berlaku atas dasar suka sama suka bukannya paksaan lapor Harian Metro Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata undang undang sedia ada perlu diperhalusi se...
Australia Larang Media Sosial Untuk Bawah 16 Tahun Mula Disember Ini

Australia Larang Media Sosial Untuk Bawah 16 Tahun Mula Disember Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1125 hits
Australia Larang Media Sosial Untuk Bawah 16 Tahun Mula Disember Ini Kerajaan Australia akan menguatkuasa perintah yang melarang kanak kanak di bawah usia 16 tahun daripada memiliki akaun media sosial bermula 10 Disember ini Menurut satu pa...
200 Sekolah Berasrama Di Bawah Kpm Akan Dilengkapi Cctv

200 Sekolah Berasrama Di Bawah Kpm Akan Dilengkapi Cctv

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 833 hits
200 Sekolah Berasrama Di Bawah KPM Akan Dilengkapi CCTV KOTA BHARU 4 Sept Sebanyak 200 sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan di seluruh negara akan dilengkapi kamera litar tertutup dalam masa terdekat dengan peruntukan RM3 juta ...
Nivea Lancar Deodoran Pertama Dengan Micro Hyaluron Penjagaan Kulit Kini Sampai Ke Bawah Lengan

Nivea Lancar Deodoran Pertama Dengan Micro Hyaluron Penjagaan Kulit Kini Sampai Ke Bawah Lengan

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 1590 hits
Kita selalu beri perhatian pada penjagaan wajah dan tubuh tapi bagaimana pula dengan bawah lengan Bahagian ini sering dicukur dicabut terdedah kepada geseran dan mudah mengalami masalah kulit seperti kering iritasi dan tona tak sekata Menye...
Aktiviti Silat Di Institusi Pendidikan Disatukan Di Bawah Inisiatif Pendekar Madani

Aktiviti Silat Di Institusi Pendidikan Disatukan Di Bawah Inisiatif Pendekar Madani

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1074 hits
Aktiviti Silat Di Institusi Pendidikan Disatukan Di Bawah Inisiatif Pendekar MADANI BUKIT MERTAJAM 16 Sept Kerajaan akan memperkasakan aktiviti silat di negara ini menerusi penyelarasan di peringkat sekolah politeknik Institut Pengajian Tin...
Hadi Reminds Non Muslims Why Kafir Badge Of Honour

Hadi Reminds Non Muslims Why Kafir Badge Of Honour

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 592 hits
When we see there is a halal certificate at the store it s quite rare for us to double check on website God willing we keep each other in check Investment Trade and Industry Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz I have no idea why PAS Non Musli...
Hadi Is Right Pm S Post Should Be Held By Someone Under 70 Years Old

Hadi Is Right Pm S Post Should Be Held By Someone Under 70 Years Old

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 147 hits
I DON T often say this but I heartily agree with PAS that the prime minister s post should be held by someone under 70 In fact I will go further Not only this but Parliament should also pass a law that says a person is automatically disqual...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Cara Lembutkan Ikan Beku Dengan Garam Dan Cuka Petua Cepat Berkesan

Ingat Sikit Dekat Batu Nisan

Pagi Yang Tak Disangka

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi

From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ngopi Kangar

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Turkiye Terus Bantu Malaysia Usaha Bebaskan Sembilan Aktivis Pm Anwar

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang