Anak Nak Masuk Darjah 1 Tahun Depan Persiapkan 3 Perkara Ni
Bukan hanya sekadar persiapan peralatan dan kelengkapan lain, perkara paling penting adalah mempersiapkan anak kita yang bakal bersekolah dengan pengurusan diri yang tepat.
Menurut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Noor Sadan, pentingnya untuk mendedahkan anak dengan pengurusan diri seawal yang mungkin. Paling penting persiapkan anak untuk berkomunikasi dengan cara yang betul sebagai persediaan anak untuk pandai membuat ayat ketika belajar nanti.
Tiga perkara ini mak ayah perlu pastikan anak bersedia.
Mohon baca ni kalau anda ada anak yang tahun depan masuk DARJAH 1.
Tahu tak ramai anak darjah 1, kemahiran urus diri mereka masih rendah? Tahu apa kesannya?
1. Anak kurang kosa kata bermakna. Sebab tu anak susah bina ayat di sekolah. Anak kurang pengalaman kosa kata harian.
2. Anak kurang keyakinan diri. Nak simpan kotak pensel pun tak tahu macam mana. Nak buka paip air pun tak tahu pusing ke arah mana. Memang hilang keyakinan diri anak tu.
3. Anak kurang peka. Makan bersuap sambil mata pandang gadget. Sebenarnya kita sedang latih anak kita untuk tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku disekelilingnya.
Sebab tu ramai anak-anak sekarang yang “emotional intelligence” mereka kurang. Senang mengamuk, kurang empati.
Itu saya baru senaraikan tiga. Banyak lagi sebenarnya.
Kemahiran pengurusan diri ini adalah kemahiran yang “menjadikan kita manusia.” Penting. Sangat penting.
Puan Siti ‘Aisyah Rozalli yang merupakan Occupational Therapist beritahu saya, biasanya perkara pertama yang mereka para terapis kanak-kanak akan minta ibu ayah buat kalau anak tu ada speech delay, kurang fokus, lambat belajar dan sebagainya adalah:
👉 SEMAK TAHAP BERDIKARI ANAK TERSEBUT LAKUKAN AKTIVITI PENGURUSAN DIRI.
Dan boleh kata 8 dari 10 pelajarnya, mesti kurang berdikari dalam aktiviti pengurusan diri. Kalau cepat sangat, takut anak terpaksa dan stress. Masalah lain pula nanti.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!
Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
The post Anak Nak Masuk Darjah 1 Tahun Depan, Persiapkan 3 Perkara Ni! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anak-nak-masuk-darjah-1-tahun-depan-persiapkan-3-perkara-ni/