Umur Bukan Penghalang Ustaz Tahfiz Peroleh Ijazah Pada Umur 47 Tahun
Saya Subor bin Yusoff 47 adalah salah sorang tenaga pengajar di SABK MAAHAD AL KHAIR LIL BANAT semenjak tahun 2000 sehinggalah hari ini. Telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Walaupun telah bergelar guru, saya sentiasa berusaha mencari ilmu dan pengiktirafan yang boleh membawa saya lebih jauh untuk mencipta kejayaan dalam kehidupan bersama keluarga dan pihak pengurusan sekolah. Kini saya boleh mencapai hajat saya setelah saya di terima untuk menyambung Pengajian Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam (Pengurusan Islam) di OUM Taiping.
Saya juga berhasrat untuk terus meningkatkan lagi pengiktirafan saya dalam bidang pendidikan ini ke tahap yang lebih tinggi meskipun telah bekerjaya. Oleh itu, saya mengambil peluang yang disediakan di OUM untuk menyambung pengajian kerana kaedah pembelajarannya yang fleksibel dan mudah untuk diikuti oleh pelajar yang bekerja saperti saya kerana OUM adalah yang terbaik ketika ini dari segi pengurusan dan sistem pembelajarannya.
Kemasukan saya ke OUM adalah melalui kemasukan APEL iaitu kemasukan atau pendaftaran melalui pengalaman bekerja selama 20 tahun sebagai pendidik dan pembelajaran terdahulu kerana saya adalah bekas pelajar institusi pondok. Saya menghabiskan masa untuk menuntut ilmu di pondok hampir 15 tahun. Setelah tamat, saya telah diterima untuk menjadi pendidik di SABK Maahad Al Khair Lil Banat. Untuk mendapat pengiktirafan, pada tahun 2005 saya telah mengambil peperiksaan SPM bagi melayakkan saya untuk terus maju kehadapan dalam profesion perguruan.
Ketika melangkah ke dewan peperiksaan SPM itu saya telah pun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Dengan iringan doa dan semangat anak-anak, saya telah berjaya dalam peperiksaan tersebut. Syukur, dengan kejayaan SPM itu saya mula menggorak langkah untuk terus cuba meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pendidikan. Namun usaha saya tidak setakat itu sahaja. Saya terus mencari peluang dan ruang untuk saya terus menimba ilmu pengetahuan. Alhamdulillah, bagai orang mengantuk, disorong bantal, OUM telah membuka cawangannya di Taiping. Ini membuatkan saya teruja bagi mencapai cita-cita dan niat untuk menuntut ilmu dan meneruskan pengiktirafan diri dalam bidang perguruan ini.
Saya telah menghubungi pihak OUM Taiping dan mereka menyarankan agar saya mengambil peluang yang disediakan iaitu melalui kemasukan APEL berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan. APEL adalah cara kemasukan dan pendaftaran bagi melayakkan terus belajar bagi mereka yang tiada pengiktirafan pembelajaran dan keciciran persekolahan masa lalu. Hari ini saya bersyukur dan lebih bersedia serta mampu untuk berdiri bersama nereka yang telah melalui pembelajaran secara formal dengan mengikuti pembelajaran di OUM khususnya di OUM Taiping. Saya kini boleh berbangga dan berharap agar menjadi contoh kepada pelajar lepasan pondok supaya menjadikan OUM sebagai platform terbaik untuk berada dalam masyarakat bagi menyampaikan ilmu dunia dan akhirat.
The post Umur Bukan Penghalang, Ustaz Tahfiz Peroleh Ijazah Pada Umur 47 Tahun appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.islamituindah.my/ustaz-tahfiz-peroleh-ijazah-pada-umur-47-tahun/