Umur 32 Tahun Dah Jadi Guru Besar Jom Tengok Camna Laluan Cikgu Firdauz Abdullah


Baru-baru saya melihat status perkongsian seorang Guru Besar muda yang juga rakan saya, iaitu Cikgu Firdauz Abdullah di Facebook. Perkongsian beliau sangat lah menarik perhatian saya. Bukan sebab beliau merupakan seorang Guru Besar, tapi sebab beliau diberi kepercayaan menjadi Guru Besar pada usia yang sangat muda, iaitu 32 tahun. Wow! Muda kan? Jom kita tengok apa rahsia beliau dalam mendaki perkhidmatan seawal usia berkenaan. Mana lah tahu, ada rakan guru yang berminat nak ikut beliau kan?


Umur 32 Tahun Dah Jadi Guru Besar, Jom Tengok Camna Laluan GB Muda Nih
Berikut adalah perkongsian Guru Besar Firdauz Abdullah di Facebook beliau. Post ini juga mendapat keizinan daripada beliau dengan harapan menjadi panduan dan inspirasi kepada guru-guru lain. Semoga bermanfaat ya!


" Esok, tahun 2020 bakal bermulanya episod baru dalam sejarah perkhidmatan aku yang kini masuk tahun ke-15.

Oleh yang demikian, aku saja nak kongsikanlah serba sedikit laluan kerjaya yang pada aku bolehlah dijadikan rujukan jika perlu. Mana tahu kot-kot boleh jadi inspirasi hehehe

Bermula pada tahun 2001, sebaik sahaja keputusan SPM keluar dan berbekalkan semangat untuk berdikari sendiri, maka buat pertama kalinya aku menebalkan muka ditemani kakak kedua aku untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan. Diiringi harapan adalah jawatan kosong sebagai Guru Ganti untuk diisi.

Pada masa tu, sekolah boleh mencari penganti guru yang cuti bersalin terlebih dahulu dan kemudian dimaklumkan kepada PPD untuk lantikan. Mudah kan?


Cikgu Firdauz Abdullah, Guru Besar SK Pekan Nenas Pontian Johor
Maka nak dijadikan cerita, adalah rezeki buat aku. Mengantikan seorang cikgu Bahasa Inggeris yang sedang cuti bersalin selama dua bulan, dan bermulalah perjalanan aku dalam dunia pendidikan.

Tamat sahaja kontrak selama dua bulan disana, aku sekali lagi diberi peluang untuk mengajar. Kali ini, sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bahasa Inggeris di SMK Seri Pekan. Waktu yang sama, diberi tanggungjawab sebagai guru kelas tingkatan satu.

Haaaaa dan disitulah aku kenal dengan antara pengetua yang paling 'cool' iaitu Cikgu Hamid, mantan Timbalan Pengarah JPN Pahang, yang mana pada masa itu Cikgu Dzulkifri (Mantan Timbalan Pengarah JPN Pahang kini) adalah GPK Pentadbiran beliau. Hehehe awal-awal lagi aku dah belajar dari orang-orang hebat kan?

Beradalah aku disana sehingga akhir tahun 2001.


Pertemuan Cikgu Hailmi dengan GB Firdauz Abdullah di Johor pada bulan Mei 2019
Seterusnya, pada tahun 2002, setelah berjaya menduduki peperiksaan UKELP di SMK Abdul Rahman Talib dan lulus temuduga di JPN Pahang, bermulalah pula episod aku sebagai pelatih pra perkhidmatan di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris yang mana ia adalah dibawah Kursus Diploma Perguruan Malaysia.

Sepanjang tiga tahun disana (2002-2004), pelbagai bidang dan cabang ilmu aku sempat belajar. Antaranya, teknik 'green screen', dari mantan Pegawai Perpustakaan. Ilmu penerbitan dari pensyarah-pensyarah Unit Teknologi Pendidikan, diperkenalkan dan dibekalkan dengan Apple iBook G4 oleh pensyarah-pensyarah Unit Teknologi Maklumat dan ilmu mengurus majlis dan menyediakan kertas kerja dari pensyarah-pensyarah Jabatan PJK.

Tahun 2003 pula, aku dan sidang redaksi berhempas pulas menyiapkan majalah maktab, SINARAMA yang buat pertama kalinya diterbitkan semula setelah 12 tahun terkubur, dan berkat doa dan sokongan dari banyak pihak, alhamdulillah kami berjaya!

Berkat kejayaan tersebut membawa aku kepada pelantikan sebagai Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pertama dimaktab itu yang datang dari opsyen Pengajian Bahasa Inggeris, dan ini bermakna sekali lagi sejarah tercipta! Hehehehe ramai juga yang tak puas hati


Kena selalu turun padang bersama-sama bekerja dengan guru dan staf
Tahun 2005 pula, setelah tamat pengajian, aku ditempatkan di SK Nong Chik, Johor Bahru. Dibawah pentadbiran tiga Guru Besar, pelbagai ilmu mengurus sumber manusia, pentadbiran dan kewangan yang telah aku tuntut dari mereka.

Dalam tahun 2009, keinginan nak sambung belajar ke peringkat ijazah meluap-luap! Walaupun pada masa tu saingan adalah tersangat sengit! Tapi, sekali lagi aku tebalkan muka dan merayu ke Unit Latihan, JPN dan juga kepada pengurus program latihan di IPGM. Rezeki Allah nak bagi, rayuan aku diluluskan! Alhamdulillah, pengajian ijazah dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris berjaya aku tamatkan pada pertengahan tahun 2013.

Sehinggalah pada suatu hari pada tahun 2013, tak lama setelah naik gred ke DG32. Aku diminta oleh Guru Besar untuk mengisi borang GPK. Mula-mula, berat juga nak isi. Tapi setelah diyakinkan bahawa inilah masanya untuk aku berhijrah, maka terhantarlah juga borang permohonan tu ke PPD.


Jadi Guru Besar pun kena rajin buat kerja-kerja rencam macam nih
16.11.2013 tak lama selepas melalui proses temuduga, aku pun menerima surat lantikan dan diminta melapor diri sebagai PK Kokurikulum di SK Taman Perling 3. Tapi jodoh kami tak lama, sebaik pulang dari Korea (Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea) aku sekali lagi diarah berpindah pada 16.12.2013 dan melapor diri ke SK Sungai Danga dengan memegang portfolio yang sama.

Tak sempat berkenalan dengan warga sekolah, aku sekali lagi mendapat surat arahan bagi menghadiri NPQEL Ambilan 1/2014 dan diarah melapor diri di IAB Genting pada 8.12.2013! Nak menolak, tapi tak boleh disebabkan ia adalah arahah pihak atasan.. Maka akurlah aku.

Di SK Sungai Danga juga jodoh aku tak panjang, sebaik terima surat lantikan ke DG42, aku dipanggil pula untuk temuduga sebagai PGB pada penghujung tahun 2015. Seperti yang dijangka, aku dilantik buat pertama kalinya sebagai Guru Besar di SK Jaya Mulia, Pontian pada tanggal 16.12.2015 pada usia 32 tahun :)

 Cikgu Firdauz Abdullah, Guru Besar SK Pekan Nenas Pontian Johor
 
Kira mudalah juga, tapi usia tidak menjadikan alasan untuk aku buat kerja sambil lewa. Amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Oleh kerana itu jugalah, aku dipindahkan sekali lagi. Cukup setahun di SK Jaya Mulia, aku mendapat arahan pertukaran untuk berkhidmat di SK Pekan Nenas, Pontian pada 16.12.2016, tiga tahun yang lalu.

Berbaki 23 tahun dalam perkhidmatan, kan aku cuba sehabis baik untuk memacu pendidikan negara kearah kecemerlangan dan kegemilangan. Demi anak-anak kau, demi anak-anak aku, dan demi tanah kita berpijak ini.

InsyAllah. Doakan yang terbaik buat kami warga pendidik."



OK.. Demikian lah perkongsian beliau di Facebook. Semoga kisah ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada guru-guru lain yang mahu mengikut laluan pentadbiran seperti Guru Besar Firdauz Abdullah. Saya ucapkan semoga beliau terus cemerlang dan berjaya.

Untuk yang tak berminat menjadi Guru Besar ke Pengetua ke, anda jangan risau. Kita ada lagi 20 laluan kerjaya dalam bidang perguruan. Kalau berminat nak follow laluan Guru Cemerlang macam saya, boleh pergi baca artikel Bagaimana Saya Dapat DG48 Dalam 11 Tahun dan baca Panduan Memohon Guru Cemerlang.

Apa pun pilihan laluan kita, semoga semuanya dapat sama-sama menaikkan sistem pendidikan negara kita. Yang terbaik!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikguhailmi.com/2019/12/umur-32-tahun-dah-jadi-guru-besar-jom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahun Baru Azam Baru Jom Mula Bersenam Bersama Huawei Dengan Harga Serendah Rm8 97 Sehari

Tahun Baru Azam Baru Jom Mula Bersenam Bersama Huawei Dengan Harga Serendah Rm8 97 Sehari

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 425 hits
Pejam celik pejam celik tahun 2020 bakal tiba tidak lama lagi Biasalah bila tahun baru azam pun mesti baru juga kan Untuk 2020 ini salah satu azam Abang Nara tak lain tak bukan ialah nak BERSENAM Iyerlah berat badan pun dah cecah lebih 80kg...
Video Auratku Maruahku Lisdawati Terharu Anak Umur 10 Tahun Minta Pakai Tudung

Video Auratku Maruahku Lisdawati Terharu Anak Umur 10 Tahun Minta Pakai Tudung

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 536 hits
Lisdawati antara pelakon yang masih kekal dalam industri sejak dahulu lagi Kemunculannya menerusi drama di kaca televisyen masih berjaya mencuit hati peminat peminat drama drama tanah air Pelakon yang masih segar diingati itu masih lagi akt...
Main Sampai Jadi Jutawan Youtube Walau Baru Umur 8 Tahun

Main Sampai Jadi Jutawan Youtube Walau Baru Umur 8 Tahun

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 387 hits
Ryan Toys Review sekarang dikenali sebagai Ryans World wujud sebagai saluran kanak kanak dengan 23 juta pelanggan Youtube Ryan s WorldANDA mungkin ada pengikut tegar di media sosial tetapi adakah perhatian yang diberi kepada anda mampu menj...
Tiada Istilah Melayu Malas Tok Wan Dah Umur 104 Tahun Masih Turun Laut Tangkap Udang

Tiada Istilah Melayu Malas Tok Wan Dah Umur 104 Tahun Masih Turun Laut Tangkap Udang

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 402 hits
Walaupun sudah berusia 104 tahun tidak menghalang seseorang itu untuk tidak membataskan pergerakan selagi kudratnya masih kuat Perkongsian amriothmann di laman Twitter miliknya telah mendapat banyak reaksi positif dari warganet Rata rata wa...
Tolak Manggung Di Kota Besar Saat Tahun Baruan Didi Kempot Pilih Menghibur Penduduk Desa

Tolak Manggung Di Kota Besar Saat Tahun Baruan Didi Kempot Pilih Menghibur Penduduk Desa

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 267 hits
Popularitasnya yang tengah melejit nggak menanggalkan sifat seorang Didi Kempot yang rendah hati dan sederhana Salut
Jakarta Banjir 4 Warga Meninggal Dunia 1 Guru Ngaji 82 Tahun

Jakarta Banjir 4 Warga Meninggal Dunia 1 Guru Ngaji 82 Tahun

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 308 hits
Jakarta banjir di hari pertama tahun 2020 Sebagian kawasan pun terendam air tak terkecuali sejumlah kawasan perumahan elite Banyak yang menyebut banjir kali ini lebih parah ketimbang 2017 lalu Banjir kali ini juga membawa sejumlah korban ji...
Pks Beri Pr Besar Untuk Jokowi Di Tahun 2020

Pks Beri Pr Besar Untuk Jokowi Di Tahun 2020

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 291 hits
Partai Keadilan Sejahtera ingin pemerintah dan penyelenggara pemilu mengevaluasi sistem pemilu Di akhir tahun ini Ketua DPP PKS Mardani Ali Sera berkaca dari pengalaman petugas KPPS sakit hingga meninggal pada Pemilu Serentak 2019
9 Gaya Hijabers Bertubuh Besar Terbaik Di Awal Tahun Inspiratif Cantik Dan Anggun

9 Gaya Hijabers Bertubuh Besar Terbaik Di Awal Tahun Inspiratif Cantik Dan Anggun

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 265 hits
Apalah arti kilogram asal kamu mampu percaya diri dan berusaha bangkit dari jutaan nyinyiran
Pengantin Terkedu Bekas Guru Dtg Majlis Perkahwinannya Cikgu Yg Ambil Jam Tangan Itu Dari Poket Saya

Pengantin Terkedu Bekas Guru Dtg Majlis Perkahwinannya Cikgu Yg Ambil Jam Tangan Itu Dari Poket Saya

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 811 hits
Kisah ini berlaku sekitar dua tahu lalu di sebuah majlis perkahwinan Waktu itu pasangan pengantin baru selesai bersanding di pelamin dan kemudian turun ke meja tetamu untuk bersalaman Dalam ramai ramai tetamu yang datang pengantin lelaki te...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding