Umrah 2019 Ziarah Mekah Membeli Belah Dan Makan Makan



A  pakah yang dilakukan selama berada di Mekah? Selain melakukan solat, berzikir dan beriktikaf di masjidil Haram, kami  mengerjakan umrah lagi, menziarahi kota Mekah dan membeli-belah




Ziarah Mekah
Kami menziarahi Jabal Thur, Jabal Rahmah, Arafah dan Mina. Dalam perjalanan kami dapat melihat bangunan dan pemandangan kota Mekah. Kali ini, tanah di Mekah nampak hijau dan kurang gersang.


Kehijauan di sekitar MekahBangunan yang dibina sepanjang jalan di Mekah
Arafah dan Mina

Bas kami melalui Arafah yang padangnya terbentang luas. Kelihatan banyak khemah-khemah dibina di atas padang Arafah. Tetapi tiada sesiapapun di situ. Ia sunyi kerana khemah-khemah ini digunakan pada musim haji sahaja. 

Ketika ini saya teringatkan sembilan tahun lalu, saya pernah berada di sini ketika mengerjakan haji tahun 2010.  Pada 9 Zulhijjah tahun itu saya sudahpun berada di sini bersama jemaah-jemaah lain. Kami berkumpul di sini dan bermalam di dalam khemah. Aktiviti ini dipanggil berwukuf. Di sini kami melakukan ibadat seperti solat, berdoa dan berzikir. 


Khemah di Mina.  Kawasan khemah ini akan dibanjiri manusia pada Musim HajiMina adalah tempat jemaah haji melontar jamrah pada 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah.
"Pada musim haji, tempat ini penuh dengan manusia. Tempat ini hanya sesak 3 hari sahaja dalam setahun," cerita saya pada anak-anak saya.
Saya pernah berada di Mina pada tahun 2010 mengerjakan haji. Ketika itu terlalu ramai jemaah membanjiri Mina untuk melontar jamrah. Saya tidak lupa berjalan kaki melalui terowong-terowong di waktu malam menuju ke Jamrah yang berada kira-kira 3 km jauhnya. BACA kisah saya itu di entri yang lalu DI SINI.
Ketika kami melalui Mina pada musim sejuk 2019 ini, kami lihat khemah itu masih berdiri kukuh. Khemah-khemah itu kosong dan tiada sesiapa pun di situ kerana di luar musim haji.



Jabal Rahmah 
Sebuah lagi tempat yang kami pergi ialah Jabal Rahmah. Jabal Rahmah adalah sebahagian daripada tanah Arafah.

Jabal Rahmah adalah tempat pertemuan Nabi Adam A.S dan Siti Hawa. Ramai orang menaiki Jabal Rahmah melalui anak-anak tangga yang dibina ke puncak. Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk memohon kepada Allah mendapat jodoh yang baik di sini.
Jabal Rahmah 


Membeli-belah di kaki Jabal Rahmah
Di kaki bukit terdapat ramai peniaga berniaga pakaian, tudung, sejadah dan tasbih. Harganya amat murah berbanding dengan tempat lain. Suami saya membeli 40 helai sejadah di sini dengan harga 10SR. Sejadah itu kemudiannya dihadiahkan kepada semua jemaah yang ada di dalam bas rombongan kami. Semua jemaah sangat gembira mendapat hadiah yang tak diduga itu.

Pembeli mengerumuni penjual di kaki Jabal Rahmah untuk membeli tudung yang dilambakkanMiqat
Sebagai jemaah kami boleh melakukan umrah berulang kali. Untuk melakukannya, kami perlu keluar dari tanah haram (kota Mekah) dan pergi ke kawasan miqat yang terletak di tanah halal untuk berniat umrah. Kemudian masuk semula ke tanah haram (kota Mekah) dan mengerjakan tawaf, saie dan tahalul. Antara miqat itu ialah Bir Ali (Zul Hulaifah), Tanaim, Hudaibiyah, Jaaranah, Qanul Manazil, Yalamlam dan Al Juhfah.

Sebagaimana tahun lalu, pakej umrah TH Travel memberi dua tambahan umrah kepada jemaah. Untuk melakukan umrah tambahan ini TH Travel membawa kami ke dua miqat: Jaaranah dan Hudaibiyah untuk memasang niat umrah.


Miqat 1- Jaaranah
Jaaranah terletak kira-kira 26  km dari kota Mekah dan memakan masa 30-60 minit perjalanan bas.

Di Jaaranah terdapat sebuah masjid yang berwarna putih. Di situ jemaah mengambil wudhu, memakai ihram, solat sunat ihram dan berniat ihram. Ketika musim Haji, jemaah terlalu ramai, jadi perlu kesabaran untuk menunggu giliran menggunakan bilik air dan solat. Tetapi ketika musim umrah, jemaah tidaklah terlalu ramai.


Di luar Masjid Jaaranah
Membeli-belah di Jaaranah
Di luar kawasan masjid terdapat ramai peniaga yang berniaga pakaian, buah-buahan segar, buah-buahan kering, kekacang dan peralatan sembahyang. Harga di sini jauh lebih murah berbanding dengan harga di kota Mekah atau yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Jadi saya mengambil peluang ini untuk membeli buah kurma segar sebanyak satu karton besar dengan harga 25 SR. Kalau di Mekah, harganya dua kali ganda.


Kurma banyak dijual di luar Masjid Jaranaah. Di sinilah kami membeli kurma segar yang murah harganya
Kekacang, buah-buahan kering dan segar di perkarangan Masjid Jaaranah lebih murah harganya berbanding di Mekah

Miqat 2- Hudaibiyah
Untuk umrah tambahan kedua, TH Travel membawa kami ke Hudaibiyah. Di sini, jemaah boleh memakai ihram, solat sunat ihram dan berniat ihram untuk mengerjakan umrah. Ia terletak lebih jauh dari Jaaranah.  Lebih kurang 45 minit menaiki bas.

Hudaibiyah mempunyai sejarah yang mana Rasulullah S A W. Melakukan perjanjian Hudibiyah dengan kaum Quraish. Dalam perjanjian itu Rasulullah tidak dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun itu dan banyak syarat- syarat ke atas umat Islam dikenakan yang menunjukkan Rasulullah lebih banyak mengalah. Walaubagaimanapun perjanjian itu membawa kebaikan kepada umat Islam selepas itu kerana genjatan senjata yang dikenakan kepada kaum Muslimin menyebabkan ramai orang memeluk agama Islam.

Di Hudaibiyah kami dapat melihat bangunan lama yang didirikan semasa perjanjian Hudaibiyah.

Masjid di HudaibiyahMembeli-belah di Hudaibiyah
Terdapat sebuah masjid di situ dan peniaga berniaga di situ. Antara barangan yang dijual ialah hiasan dinding, sejadah, tasbih, key chain, fridge magnet dan lain-lain lagi. Saya sempat membeli 10 helai sejadah yang tebal dan berkualiti dengan harga 15 SR sehelai. Yang menggembirakan saya ialah saya dapat membeli sejadah kosong, yang tidak ada gambar atau corak. Sejadah kosong ini sudah lama saya cari. Baru kini saya menjumpainya.

Saya dapati banyak kawasan solat di Masjidil Haram yang tidak berkarpet, masih bersimen kerana masih direnovasi. Ramai juga jemaah yang solat atas simen. Memandangkan Islam menggalakkan kebersihan ketika solat  sejadah-sejadah itu saya sedekahkan kepada jemaah yang solat di Masjidil Haram tanpa sejadah.

Suami saya pula sempat merembat 2 dozen key chain unta yang comel dan beg isi pensil bergambar bangunan di Mekah untuk diberikan hadiah kepada cucu-cucu saudara. Harganya jauh lebih murah berbanding dengan Mekah.

Peniaga di perkarangan Masjid Hudaibiyah tersenyum apabila saya membeli 10 helai sejadah daripadanya.

Makan-makan di Mekah
Kami sekeluarga memang suka makan. Ketika di Mekah kami gemar makan buah-buahan segar, jus manga, jus delima, laban, kerepek kentang, gula-gula, ais krim dan nasi Arab. Kami membelinya di kedai-kedai yang berdekatan dengan hotel atau di gedung beli-belah di hadapan Masjidil Haram.

Kami berhenti makan di sebuah medan selera yang terletak di sebuah Mall di hadapan Masjidil Haram. Kami makan nasi  berlaukkan daging kofta, ikan dan satu- sayuran. Sangat sedap rasanya, sehinggakan habis semuanya.

Kebab dimakan dengan nasi
...bersambung.
Baca sambungannya:  (akan disiarkan tak lama lagi)



Baca kisah sebelumnya di sini: Umrah 2019 (Bhg. 3) | Mekah Musim Sejuk, Hotel &  Masjidil HaramUmrah 2019 (Bhg. 2) | Ziarah Madinah Musim SejukUmrah 2019 (Bhg. 1) | Pengalaman Menaiki Kapalterbang Khas ke MadinahBaca juga: Naik Haji (1): Wukuf di Arafah dan Mabit di MuzdalifahNaik Haji (2): Dugaan di Mina, Berkorban dan MelontarNaik Haji (3): Umrah Ziarah dan Membeli-belah pada Musim Haji di Mekah
Umrah 2017 (Bhg. 6) | Beribadat dan Ziarah di Mekah 
Umrah 2017 (Bhg 7) | Makan-makan di Mekah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nota-kembara.blogspot.com/2019/10/umrah-2019-bhg-4-ziarah-mekah-membeli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piaggio Gita Robot Khadam Yang Mengangkat Barangan Ketika Membeli Belah

Piaggio Gita Robot Khadam Yang Mengangkat Barangan Ketika Membeli Belah

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 311 hits
Satu sebab mengapa kami kurang gemar membeli belah seorang diri adalah kerana malas untung mengangkat beg berisi barangan yang dibeli Jari boleh menjadi kebas kerana peredaran darah tersekat Oleh itu Piaggio Gita robot khadam membawa kargo ...
Instagram Memperkenalkan Fungsi Membeli Belah Secara Realiti Terimbuh

Instagram Memperkenalkan Fungsi Membeli Belah Secara Realiti Terimbuh

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 320 hits
Sebab utama mengapa masih terdapat kedai fizikal ialah kerana pengguna masih ingin mencuba sesuatu produk sebelum melakukan pembelian Produk seperti alat solek kaca mata dan baju misalnya perlu dipakai untuk melihat sama ada ia sesuai digun...
Di Jakarta Culinary Festival 2019 Pengunjung Harus Bawa Alat Makan Sendiri

Di Jakarta Culinary Festival 2019 Pengunjung Harus Bawa Alat Makan Sendiri

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 229 hits
VP Corporate Affairs for Food dan Merchant Gojek Rosel Lavina mengatakan ada yang menarik dalam pameran kuliner kali ini Di mana pengunjung juga diajak melestarikan lingkungan dengan membawa alat makan sendiri sehingga bisa meminimalisir sa...
5381 Mekanisme Semakan Dalam Talian Atasi Penipuan Umrah Ppim Alhijrah Online 10 10 2019

5381 Mekanisme Semakan Dalam Talian Atasi Penipuan Umrah Ppim Alhijrah Online 10 10 2019

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 578 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pihak kerajaan mewujudkan mekanisme khas yang membolehkan bakal jemaah menyemak status syarikat pengendali umrah dan status visa umrah dalam talian Cadangan itu disuarakan ketua aktivisnya...
Hanta Yuda Terima Penghargaan Indonesia Star Award 2019

Hanta Yuda Terima Penghargaan Indonesia Star Award 2019

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 200 hits
Ketua konsorsium Pusat Prestasi Indonesia Rajasa Saputro mengatakan penghargaan ini diberikan sebagai bukti kepercayaan publik terhadap para peraih award Penghargaan ini diharapkan bisa menjadi motivasi bagi para tokoh untuk terus memberi i...
Forestra 2019 Suguhkan Musik Orkestra Di Tengah Hutan

Forestra 2019 Suguhkan Musik Orkestra Di Tengah Hutan

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 202 hits
Menikmati musik orkestra di tengah hutan dibalut suasana teduh nan tenang pada area sekitar tentu menjadi sajian yang apik Suguhan musik orkestra itu hadir dalam hajatan Forestra 2019
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 30 September 2019

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 30 September 2019

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 342 hits
Gambaran Keseluruhan Pasangan mata wang GBP USD meneruskan dagangan menurun dari tahap 1 2329 Minggu lepas pasangan mata wang ini turun dari tahap 1 2329 menghampiri ke bahagian bawah 1 2270 Walau bagaimanapun pasangan mata wang ini telah p...
Majlis Graduasi Smk Pendeta Za Ba 2019

Majlis Graduasi Smk Pendeta Za Ba 2019

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 1157 hits
MAJLIS GRADUASI SMK PENDETA ZA BA 2019TEMPAT PALM HOTEL SEREMBANMASA 8 PAGITARIKH 28 SEPTEMBER 2019
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023