Umrah 2019 Ziarah Madinah Musim Sejuk



Setelah check in hotel, kami tak sabar-sabar hendak ke Masjid Nabawi, kamipun bersiap-siap  lalu berjalan kaki ke Masjid. Yang lelaki ke bahagian lelaki. Saya bersama kakak saya solat di ruangan wanita. Pada masa itu sudah pukul 10 malam, kami solat di luar sahaja iaitu di bawah payung/khemah. Di situ terdapat karpet terbentang dengan banyak. Nampaknya pekerja-pekerja di situ sudah mula menggulung karpet, ini bermakna tempat itu akan ditutup. Tidak ramai jemaah wanita yang ada di situ  kerana hari sudah malam

Luar kawasan Masjid Nabawi pada waktu malam musim sejuk
Kami nampak banyak cengkerik hitam di situ.  Belalang juga banyak. Ada yang sudah penyek, mati terpijak. Ada yang merayap-rayap di lantai. Ada yang memanjat badan jemaah yang sedang solat di kawasan luar masjid. Tetapi tidaklah sampai menggigit mereka.



Belalang di Masjid Nabawi

Sebagaimana kebiasaannya kami menziarahi makam Rasulullah S.A.W. Memberi salam kepada baginda S.A.W. dan sahabat-sahabatnya menjadi kemestian. 


Makam Rasulullah S.A.W. dari luar

Jemaah berjalan menuju ke makam Rasulullah S.A.W

Pagar ke makam Rasulullah S.A.W


Jumaat di Madinah
Istimewanya kunjungan kami kali ini jatuh pada hari Jumaat dan dapatlah kami solat Jumaat di Masjid Nabawi. 


Jemaah wanita di dalam Masjid Nabawi
Jemaah menunggu solat Jumaat di dalam Masjid Nabawi
Pagi itu saya membawa anak-anak saya ke perkuburan Baqi iaitu tempat persemadian keluarga dan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. Letaknya bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Perkuburan itu dipagari dengan tembok tinggi dan hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan masuk. Oleh kerana anak-anak saya semuanya lelaki, mereka semua dapat masuk ke dalam kawasan perkuburan itu, saya dan kakak saya menunggu mereka di luar sahaja

Perkuburan Baqi' tempat persemadian keluarga dan sahabat Rasulullah S.A.W



Ke Raudah
Bezanya pada kali ini, orang terlalu ramai. Untuk ke Raudah memerlukan kesabaran kerana ruang untuk wanita adalah terhad. Menanti giliran untuk masuk ke Raudah juga lama, sekurang-kurangnya perlukan masa sejam-dua untuk menunggu. Saya masuk ke Raudah bersama dengan kumpulan jemaah wanita TH Travel yang dipimpin oleh seorang mutawiffah. Lama juga kami menunggu giliran untuk masuk ke Raudah

Apabila tiba masanya, kami pun dibenarkan masuk ke Raudah. Kami bergilir-gilir solat sunat dua rakaat di atas permaidani hijau yang menjadi tanda kawasan Raudah. Apabila semua jemaah kami selesai solat di situ kami pun disuruh keluar. Semasa itu saya dan kakak saya berdiri dan bersandar pada sebuah tiang di Raudah sambil berdoa. Kami tidak keluar bersama-sama mereka, kami terus berada di situ. Polis wanita yang berada di situ membiarkan sahaja saya dan kakak saya di situ, malahan dia menepuk-nepuk bahu saya supaya berada di situ selama mana yang saya suka. Setelah puas beribadat di situ, barulah saya dan kakak saya keluar


"Bak sini kamera tu," kata pegawai polis di Raudhah kepada anak saya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk ke Raudah sila baca entri berikut:
Umrah 2017 | Panduan ke RaudahMembeli-belah dan Ziarah di Madinah
Oleh kerana kami datang sekeluarga, ke mana-mana kami mesti bersama-sama. Apabila pulang dari masjid kami singgah di kedai-kedai membeli-belah. Barang yang dibeli ialah jubah, shawl, baju, kurta, seluar, tasbih, sejadah, buah kurma dan cokolat.  Barang-barang yang dibeli itu ada untuk diri sendiri, ada yang dihadiah kepada saudara-mara dan ada yang diberikan kepada jemaah umrah


Anak sulung saya memberi makan kurma di luar Masjid Nabawi kepada jemaah yang lalu lalang
Laluan ke hotel kami ada kedai ais krim, kami suka makan ais krim itu. Tak perlu tunggu makan di dalam bilik. Duduk di atas bangku yang ada di tepi jalan, kami makan ais krim itu sambil lihat jemaah lalu lalang


Kami sekeluarga makan ais krim di atas bangku di tepi jalan Madinah
Pada hari Sabtu, TH Travel membawa kami menaiki bas ke Masjid Quba untuk melakukan solat sunat sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Ganjarannya bagi sesiapa yang memelihara wudhu dari tempat kediamannya dan mengerjakan solat sunat dua rakaat di Masjid Quba, akan mendapat pahala satu umrah.

Tapi malang bagi saya kerana wudhu saya terbatal sebaik-baik sahaja sampai di perkarangan masjid itu. Saya lalu ke bilik air dan mengambil wudhu sekali lagi lalu solat. Oleh kerana itu saya telah terlambat sehingga jemaah lain terpaksa menunggu saya

Jemaah solat sunat di dalam Masjid Quba pada waktu pagi
Pada keesokan harinya, suami saya membawa saya ke Masjid Quba sekali lagi. Tapi kali ini kami menaiki teksi ke situ dan meminta pemandu teksi itu menunggu kami sehingga kami selesai solat. Syukur, kali ini wudhu saya tidak terbatal sehingga selesai solat

Selain daripada itu, kami dibawa TH Travel menziarahi Bukit Uhud, Masjid Qiblatain dan ke pasar kurma. 

Membeli-belah di pasar kurma
Keluarga saya menyaksikan kesan sejarah perang Uhud
Baca entri saya yang lepas tentang ziarah saya di Madinah:Backpack ke Madinah dan Mekah (Bhg 2): Apa Ada Di Madinah?Naik Haji (5): Ziarah Madinah Pada Musim SejukUmrah 2017| Ziarah di MadinahUmrah 2017| Apa Yang Patut Dibeli Di Madinah?

Hujan Lebat yang Lama 
Setelah tiga hari berada di Madinah kami pun ke Mekah mengerjakan umrah. Tetapi pagi itu sebelum kami berangkat, hujan turun dengan lebatnya. Hujan turun agak lama, lebih kurang 4 jam. Kota Madinah dibanjiri hujan. Inilah pertama kali saya mengalami hujan lebat yang lama di tanah suci. Menurut peniaga-peniaga di Madinah, hujan begini sudah  bertahun-tahun lamanya tidak berlaku

Hujan lebat di Madinah


Ku Lihat Hijau
Semua jemaah memakai pakaian ihram dan memasang niat apabila tiba di miqat Bir Ali. Bas tidak berhenti di Bir Ali, kami cuma melafaz niat ihram dan bertalbiah di atas bas sahaja.  13 pantang-larang ihram perlu dijaga ketika ini supaya tidak dikenakan dam

Perjalanan dari Madinah ke Mekah kali ini menarik kerana tidak pernah saya melihat pokok-pokok hijau dan sungai mengalir dengan banyak di sana. Kali ini tanah suci ini kelihatan hijau

Sungai mengalir dan tumbuhan hijau kelihatan dalam perjalanan di antara Madinah dan Mekah
Air bertakung dan tanah basah

Berhenti Rehat di Perjalanan

Perjalanan ke Mekah memakan masa lebih kurang 6 jam. Kami dijangka akan sampai pada pukul 8.30 malam.

Bas berhenti dua kali untuk jemaah membuang air, minum dan solat.  Kami duduk minum teh dan cucur bawang Arab di salah sebuah tempat rehat. Oleh kerana terdapat 13 buah bas yang dibawa oleh TH Travel, maka tempat rehat itu segera dipenuhi orang. Maka untuk ke tandas perlu beratur panjang.

Air bertakung di atas tanah di kawasan rehat 
Berhenti makan cucur.



Sebagaimana yang dijangkakan, kami sampai ke Mekah pada pukul 8.30 malam. Apakah yang berlaku di Mekah?  Nantikan sambungannya dalam entri akan datang.
...bersambung

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nota-kembara.blogspot.com/2019/06/umrah-2019-ziarah-madinah-musim-sejuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konsumsi Pertamax Cs Meroket Di Musim Mudik Lebaran 2019

Konsumsi Pertamax Cs Meroket Di Musim Mudik Lebaran 2019

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 201 hits
Konsumsi Bahan Bakar Minyak seri Pertamax melonjak tajam di musim mudik Lebaran 2019 Selama arus mudik dan arus balik konsumsi BBM seri Pertamax Pertamina meningkat seperti untuk tol Trans Jawa mencapai hampir 96 persen atau 179 000 liter p...
Jadual Perlawanan Real Madrid Musim 2019 2020

Jadual Perlawanan Real Madrid Musim 2019 2020

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 890 hits
Jadual Perlawanan Real Madrid Musim 2019 2020 NANTIKAN musim baru La Liga Sepanyol 2019 2020 yang bakal berlangsung mulai 16 Ogos 2019 hingga 25 Mei 2020 Panduan buat peminat bolasepak di Malaysia yang ingin ketahui jadual dan keputusan per...
Taman Tersembunyi Di Taman Botani Musim Sejuk Di Rumah 4 Musim

Taman Tersembunyi Di Taman Botani Musim Sejuk Di Rumah 4 Musim

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1053 hits
TAMAN CANTIK TERSEMBUNYI DI TAMAN BOTANI RUMAH 4 MUSIM Entri kali ini masih berkisahkan Taman Botani Shah Alam Jangan bosan baca entri UA ya Huhu Taman Botani kalau kita betul explore macam macam ada dan macam macam aktiviti boleh dilakukan...
Jadual Perlawanan Barcelona Musim 2019 2020

Jadual Perlawanan Barcelona Musim 2019 2020

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 736 hits
Jadual Perlawanan Barcelona Musim 2019 2020 NANTIKAN musim baru La Liga Sepanyol 2019 2020 yang bakal berlangsung mulai 16 Ogos 2019 hingga 25 Mei 2020 Panduan buat peminat bolasepak di Malaysia yang ingin ketahui jadual dan keputusan perla...
Jadual Perlawanan Bayern Munich Musim 2019 2020

Jadual Perlawanan Bayern Munich Musim 2019 2020

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 514 hits
Jadual Perlawanan Bayern Munich Musim 2019 2020 NANTIKAN musim baru Bundesliga Jerman 2019 2020 yang bakal berlangsung mulai 16 Ogos 2019 hingga 16 Mei 2020 Panduan buat peminat bolasepak di Malaysia yang ingin ketahui jadual dan keputusan ...
Hingga H 2 Lebaran 2019 Pemerintah Catat Tingkat Kecelakaan Turun 15 Persen

Hingga H 2 Lebaran 2019 Pemerintah Catat Tingkat Kecelakaan Turun 15 Persen

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 274 hits
Angka kecelakaan lalu lintas pada arus mudik Senin atau H 2 jelang Lebaran 2019 jumlahnya menurun dibandingkan tahun lalu Namun demikian Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi meminta semua pihak terkait untuk tetap waspada
Operasi Pasar Bulog Salurkan 225 000 Ton Beras Sepanjang Ramadan 2019

Operasi Pasar Bulog Salurkan 225 000 Ton Beras Sepanjang Ramadan 2019

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 233 hits
Direktur Utama Perum Badan Urusan Logistik Budi Waseso mengatakan pihaknya terus menjaga ketersediaan pasokan dan stabilisasi harga pangan di Ramadan dan menjelang hari raya Idulfitri 2019 dengan melakukan kegiatan Pasar Murah dan Operasi P...
Kemenhub Sebut Pemudik Sepeda Motor Di Mudik 2019 Meningkat Dua Kali Lipat

Kemenhub Sebut Pemudik Sepeda Motor Di Mudik 2019 Meningkat Dua Kali Lipat

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 234 hits
Direktur Jenderal Perhubungan Darat Budi Setiyadi melakukan kunjungan ke Terminal Harjamukti Cirebon Hal tersebut dia lakukan dalam rangka pantauan arus mudik 2019 Arus mudik ini diakuinya ada kenaikan penggunaan sepeda motor untuk mudik Pa...
Harga Daging Sapi Di Bekasi Naik Menjadi Rp 140 000 Per Kg Jelang Lebaran 2019

Harga Daging Sapi Di Bekasi Naik Menjadi Rp 140 000 Per Kg Jelang Lebaran 2019

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 282 hits
H 1 menjelang Lebaran harga daging sapi di Pasar Baru Bekasi mengalami peningkatan Pantauan merdeka com rata rata pedagang menjual daging sapi berada di atas harga eceran tertinggi yang ditetapkan oleh pemerintah yakni sebesar Rp 120 000 pe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba