Umno Yang Beri Tanggapan Bn Sertai Pn Mic Ikut Sahaja Vigneswaran


Timbul persoalan di benak mengapa MIC bertindak mendaftar dengan Perikatan Nasional (PN) walhal parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain tidak berbuat demikian.
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan MIC yang kini diterajui oleh Tan Sri SA Vigneswaran telah mendaftar dengan PN bersama-sama rakan dalam BN, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) kerana PN perlu didaftarkan secara rasmi.
Manakala pada masa sama UMNO pula menolak untuk mendaftar dengan PN sebaliknya lebih selesa dengan Muafakat Nasional (MN).
Bagaimanapun menurut Vigneswaran, beliau mengetahui UMNO tidak sertai PN pada 29 Julai lepas.
“Tetapi sebenarnya pada awalnya sebelum kami mendaftar, kami telah diberikan tanggapan bahawa UMNO dan BN akan menyertai PN selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Julai lepas.
“Apabila perbicangan tentang penyertaan BN dalam komponen PN diadakan secara persendirian, saya ingat lagi apakah jawapan Zahid Hamidi, kata beliau keputusan hanya boleh dilakukan selepas adanya mesyuarat AGM atau EGM terlebih dahulu. Begitu juga dengan MCA.
“Untuk MIC pula, saya putuskan biar dulu sebuah mesyuarat di adakan terlebih dahulu. Biar Majlis Tertinggi MIC Pusat (CWC) terdahulu malah ketika MIC mengadakan ‘retreat’ bersama-sama CWC pada 10 Julai, kita membuat dua ketetapan pada masa itu.
“Satu persetujuan menyertai MN, satu lagi persetujuan sertai PN. Seingat saya, Zahid sendiri sebelum ini sudah memberitahu kepada barisan komponen BN akan bertanding di bawah satu gabungan besar antaranya Bersatu, Pas dan BN di Semenanjung. Kemudian barulah akan menubuhkan PN sebagai kerajaan pusat.
“Apabila mendapat persetujuan daripada CWC, kami menyatakan persetujuan mendaftar dan menyerahkan surat persetujuan pada 15 Julai lepas, hanya selepas pada 29 Julai itu kami mendapat tahu UMNO tidak mendaftar.
“Saya memberitahu Zahid pada 29 Julai dan juga telah bercakap dengan Datuk Seri Najib tentang penyertaan dan kekeliruan mengenai UMNO mengeluarkan kenyataan tidak akan menyertai PN.
“Malah ketika mesyuarat BN pada 11 Ogos lepas, ketika disoal saya telah menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Menurut Vigneswaran, Ahmad Zahid sebenarnya telah memberi tanggapan bahawa akan adanya satu gabungan besar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak di bawah payung PN.
“Inilah kekeliruan yang kami sendiri lalui, kemudian hanya selepas pendaftaran MIC dengan PN tanpa UMNO barulah kamu beritahu bahawa UMNO tidak akan sertai PN. Mengapa begitu? Mengapa tidak cakap awal-awal lagi?
“Apabila Muhyiddin bertanya ketika mesyuarat, anda katakan perlunya AGM atau EGM barulah sebarang keputusan boleh dilakukan. Mengapa tidak cakap sahaja ketika itu lagi BN tidak berhasrat mahu sertai PN?
“Jika itulah senarionya dari awal-awal lagi, MIC tidak akan daftar dengan PN. Itu saya amat pasti sama sekali. Sebaliknya kamu berdolak dalih, ketika kami fikir semua akan sertai dan mendaftar dengan PN, kamu kata tidak pula.
“Inilah sebenarnya kekeliruan itu, bukan sahaja umum tertanya malah dalam kalangan parti sendiri kami semua keliru dengan tindakan Zahid.
“MIC menganggap dan yakin dengan segala tindak tanduk serta percakapan bahawa semua akan sertai kerajaan PN. Selepas sebulan, Zahid tampil kata tidak akan mendaftar atau sertai hanya menyokong sahaja.
“MIC bukanlah parti yang telah mendapat manfaat besar dengan menyertai PN seperti mana UMNO dan MCA.
“Malah perlu diingat kami juga bukanlah golongan khianat dengan komponen kami sendiri dengan membuat keputusan sesuka hati seperti keputusan UMNO dengan MN dan juga perbicangan UMNO dengan PN.
“Kesemua keputusan dibuat oleh UMNO dan kami, MIC hanya mengikut segala kata putus selama ini.
“Saya masih berpegang teguh malah semua dalam parti MIC, apa-apa kami masih dengan BN. BN dahulu, apa sahaja keputusan ianya dengan BN. Kami akan bertanding dengan logo BN seperti yang telah diputuskan mesyuarat BN pada 11 Ogos,” tegasnya.
Sementara itu, sumber MalaysiaGazette memberitahu, sejak dua bulan lepas terdapat beberapa perbicangan berhubung pendaftaran PN antara Muhyiddin, Ahmad Zahid dan Datuk Seri Hadi Awang, malah buku perlembagaan sudah diberikan kepada mereka.
Bagaimanapun hanya pada saat akhir minggu lepas isu pendaftaran PN timbul kembali apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan parti itu akan terlibat sama dalam jawatankuasa pendaftaran PN bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bagaimanapun, rakan sekutunya dalam MN iaitu UMNO kekal dengan pendirian untuk meneruskan MN dan tidak akan menyertai PN sebagai gabungan politik.
MN yang ditubuhkan secara rasmi pada 14 September 2019 merupakan sebuah gagasan kerjasama antara UMNO dan Pas. –MalaysiaGazette
The post UMNO yang beri tanggapan BN sertai PN, MIC ikut sahaja – Vigneswaran appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/24/umno-yang-beri-tanggapan-bn-sertai-pn-mic-ikut-sahaja-vigneswaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mic Kekal Dengan Pn Jika Bn Umno Juga Kekal Kata Vigneswaran

Mic Kekal Dengan Pn Jika Bn Umno Juga Kekal Kata Vigneswaran

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 326 hits
Presiden MIC S Vigneswaran berkata parti itu kekal komited sebagai sebahagian daripada Perikatan Nasional selagi Barisan Nasional dan Umno kekal dalam gabungan kerajaan itu Kita tahu di peringkat akar umbi ada yang mempersoalkan sama ada Um...
Genius Matematik Serah Borang Kepada Zahid Untuk Sertai Umno

Genius Matematik Serah Borang Kepada Zahid Untuk Sertai Umno

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 495 hits
SLIM Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi ketika berceramah di Slim dalam kempen pilihanraya kecil di kawasan itu turut menerima borang penyertaan UMNO dari genius matematik Adi Putra Abdul Ghani Adi Putra yang lahir 27 Ja...
Bersatu Sertai Mn Umno Dengar Pandangan Akar Umbi Netizen

Bersatu Sertai Mn Umno Dengar Pandangan Akar Umbi Netizen

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 349 hits
SHAH ALAM Pandangan akar umbi dan netizen akan diberikan keutamaan sebelum Muafakat Nasional membuat sebarang keputusan untuk menerima penyertaan daripada parti lain Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu juga akan ...
Penganalisis Ramal Tentangan Kuat Dalam Umno Jika Ppbm Sertai Mn

Penganalisis Ramal Tentangan Kuat Dalam Umno Jika Ppbm Sertai Mn

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 303 hits
Nicholas Chung PETALING JAYA Penganalisis memberi amaran kepada Umno bahawa akar umbinya akan menentang kuat penyertaan PPBM ke dalam Muafakat Nasional Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia dan James Chin dari Institut Asia di Univ...
Pertemuan Pas Umno Mca Dan Mic Kulai

Pertemuan Pas Umno Mca Dan Mic Kulai

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 305 hits
PAS Kawasan bersama parti parti komponen Barisan Nasional dari Umno MCA dan MIC Bahagian bagi Parlimen Kulai mencipta sejarah apabila pertama kali mengadakan pertemuan rasmi di Hotel Impiana Senai di sini semalam Pertemuan tersebut juga ada...
Akar Umbi Umno Kurang Senang Bersatu Sertai Muafakat Nasional Tok Mat

Akar Umbi Umno Kurang Senang Bersatu Sertai Muafakat Nasional Tok Mat

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 412 hits
Astro AwaniOgos 18 2020 Mohamad berkata pandangan semua pihak perlu diambil kira memandangkan isu berkenaan adalah satu keputusan besar buat parti itu Gambar failSEREMBAN Hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyertai Muafakat Nasional men...
Yoursay Bersatu Gets The Mic Mca Treatment From Umno

Yoursay Bersatu Gets The Mic Mca Treatment From Umno

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 237 hits
YOURSAY It s no surprise that Bersatu is being mistreated by the biggest party Honma It s no surprise that Bersatu is mistreated by the biggest party in the ruling government Who is Bersatu It s only a second term party that is still consid...
Mkt Umno Tentukan Keputusan Parti Sertai Mn Kerajaan Pn Mahdzir

Mkt Umno Tentukan Keputusan Parti Sertai Mn Kerajaan Pn Mahdzir

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 288 hits
9 Keputusan UMNO menyertai Muafakat Nasional dan Ahli Parlimennya menyokong kerajaan Perikatan Nasional ditentukan Majlis Kerja Tertinggi parti itu sendiri Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata apa juga pandangan yang dikelua...
Umno Pun Bersama Bukan Melayu Mca Mic Ismail Sabri Jawab Ku Li

Umno Pun Bersama Bukan Melayu Mca Mic Ismail Sabri Jawab Ku Li

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 259 hits
Umno mengamalkan sikap terbuka dengan membenarkan ahli dan pimpinannya memberi pandangan secara terbuka kata naib presiden parti itu Ismail Sabri Yaacob Beliau berkata walaupun pemimpin diberi kebebasan untuk menyuarakan pandangan namun kep...
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025