Umno Tuntut Mkn Keluar Panduan Jelas Perbetul Keadaan



Dua pemimpin tertinggi Umno menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan panduan lebih jelas berikutan kekecohan yang berlaku sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan tengah malam tadi.

Walaupun perintah itu bertujuan menghalang orang ramai daripada berkumpul sehingga berpotensi menyebarkan wabak Covid-19, keadaan sebaliknya berlaku semalam.

Orang ramai berpusu-pusu menyerbu pasar raya untuk membeli barangan, selain kesesakan trafik keluar dari Lembah Klang dan pelajar universiti menyerbu terminal bas untuk pulang ke kampung selepas arahan mengosongkan asrama dikeluarkan.

Orang ramai juga dilihat menyerbu balai polis untuk mengisi dokumen merentas sempadan, walaupun arahan itu dibatalkan oleh polis beberapa jam selepas itu.

Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid berkata, banyak pihak tidak faham sepenuhnya arahan tersebut termasuklah agensi pelaksana yang "terkial-kial mencari penyelesaian".

"Keadaan ini menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dan resah," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pertama, katanya, pihak berkuasa perlu memperhalusi dan membuat perincian mengenai kaedah pelaksanaan pergerakan antara negeri dan keluar masuk ke negara jiran.

Kedua, pentadbir universiti sepatutnya lebih prihatin keadaan pelajar yang kampung halamannya jauh dan pekeliling baru perlu dikeluarkan supaya pelajar tidak perlu berpusu-pusu mengosongkan asrama.

Ketiga, kerajaan perlu memberi satu panduan yang jelas mengenai operasi kedai makan, restoran dan warung (F&B) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Sekiranya terdapat pembetulan terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan, MKN yang baru sahaja mengambil alih krisis menangani Covid-19 mesti pantas dan bertindak segera memperbetulkan keadaan.

"Pasukan media MKN perlu agresif dalam menyampaikan maklumat terkini kepada rakyat. Tidak perlu malu untuk melakukan pembetulan," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata rakyat tidak harus dipersalahkan apabila arahan mengelirukan dikeluarkan pihak berkuasa.

"Ramai pelajar universiti yang mengadu kafe di kampus ditutup. Tidak semuanya berkemampuan dan berkeupayaan untuk balik.

"Tidak wajar juga diarahkan kosongkan asrama. Mohon pihak universiti dapat segera bertindak. Fahami matlamat Perintah Kawalan Pergerakan!" katanya menerusi Twitter.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/umno-tuntut-mkn-keluar-panduan-jelas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Mkn Keluar Perintah Kawal Pergerakan

Covid 19 Mkn Keluar Perintah Kawal Pergerakan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 368 hits
Majlis Keselamatan Negara mengeluarkan perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac depan bagi menangani Covid 19 Perintah kawalan pergerakan ini adalah bertujuan untuk memastikan penularan Covid 19 dapat dibendu...
Pas Dan Umno Akan Tendang Bersatu Keluar Pada Pru15

Pas Dan Umno Akan Tendang Bersatu Keluar Pada Pru15

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 423 hits
UMNO LEBIH MUDAH MENANG JIKA PRU DIADAKAN SEKARANG BERBANDING 2023 Shahbudin Husin Bagi UMNO untuk menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati mereka terhadap Muhyiddin Yassin jawapannya hanyalah pembubaran Parlimen supaya pilihanraya baru dap...
Mkn Larang Orang Ramai Keluar Bersenam Di Taman Rekreasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Mkn Larang Orang Ramai Keluar Bersenam Di Taman Rekreasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 549 hits
MENTERI Belia Sukan Datuk Seri Reezal Merican berkongsi menerusi Twitternya tentang langkah keselamatan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac Melalui perintah ini rakyat diminta untuk tid...
Panduan Selamat Keluar Rumah Untuk Beli Barang

Panduan Selamat Keluar Rumah Untuk Beli Barang

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 531 hits
PANDUAN SELAMAT KELUAR RUMAH UNTUK BELI BARANG Ekoran di seluruh dunia dan tindakan kerajaan mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan semua rakyat Malaysia memerlukan panduan selamat untuk keluar rumah bagi membeli barang keperluan Berikut a...
Pelancong Tak Datang Rusa Kelaparan Keluar Berkeliaran Cari Makanan Di Jepun

Pelancong Tak Datang Rusa Kelaparan Keluar Berkeliaran Cari Makanan Di Jepun

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 351 hits
Kumpulan rusa di Pulau Nara di Jepun dilaporkan berkeliaran mencari makanan dipercayai kelaparan kerana jumlah kedatangan pelancong yang berkurang disebabkan COVID 19 yang melanda dunia ketika ini Pelancong pelancong sebelum ini sering mend...
Larangan Keluar Antara Negeri Berkuat Kuasa Malam Ini Ketua Polis Negara

Larangan Keluar Antara Negeri Berkuat Kuasa Malam Ini Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 378 hits
BERNAMA dalam kemas kininya melaporkan bahawa Ketua Polis Negara mengumumkan Larangan Keluar Antara Negeri berkuat kuasa mulai malam ini Bagaimanapun beliau meminta orang ramai agar memaklumkan kepada pihak polis tempatan jika ingin melakuk...
Klarifikasi Wali Kota Tidak Ada Penutupan Akses Keluar Masuk Kota Malang

Klarifikasi Wali Kota Tidak Ada Penutupan Akses Keluar Masuk Kota Malang

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 184 hits
Wali Kota Malang Sutiaji meluruskan pernyataannya sebelumnya Menurutnya tidak ada kebijakan penutupan akses keluar dan masuk Kota Malang
Perintah Kawalan Pergerakan 2020 Tak Boleh Keluar Negara

Perintah Kawalan Pergerakan 2020 Tak Boleh Keluar Negara

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 638 hits
Perdana Menteri Malaysia TanSri Muhyiddin Yassin baru sahaja muncul di kaca TV Perdana dengan membuat Perutusan Khas ekoran Wabak COVID 19 Kali ini Rakyat Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan 2020 Tak Boleh Keluar Negara dan juga ...
Indonesia Belum Cadang Perintah Sekatan Keluar Masuk

Indonesia Belum Cadang Perintah Sekatan Keluar Masuk

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 285 hits
PRESIDEN Joko Widodo menyatakan Indonesia belum bercadang melaksanakan perintah sekatan keluar masuk bagi membendung penularan jangkitan virus Covid 19 Beliau berkata kerajaan pusat belum lagi memikirkan ke arah tersebut m
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Akim The Majistret Gasoline Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo