Covid 19 Mkn Keluar Perintah Kawal Pergerakan




Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac depan bagi menangani Covid-19.
“Perintah kawalan pergerakan ini adalah bertujuan untuk memastikan penularan Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya dan aktiviti harian dapat diteruskan semula seperti biasa.
“Sepanjang tempoh ini, jentera dan perkhidmatan kerajaan akan terus berfungsi seperti biasa,” kata MKN pada suatu kenyataan malam ini.
Perintah mengawal pergerakan ini, kata MKN diambil kerajaan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344) dan “tertakhluk kepada perkembangan semasa bagi semua warga negara dan bukan warga negara yang berada di Malaysia.”
Perintah kawalan pergerakan itu adalah seperti berikut:
Melaksanakan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai dalam semua keadaan dan tempat di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya
Melaksanakan sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negarea dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan dikuarantin di rumah selama 14 hari.
Melaksanakan sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
Melanjutkan tempoh cuti persekolahan ke atas semua sekolah di seluruh negara sehingga 31 Mac 2020.
Menangguhkan sesi pengajian di semua institusi pendidikan tinggi (awam dan swasta) di seluruh negara. Walau bagaimanapun IPT boleh melaksanakan sesi pengajian secara atas talian.
Menggalakkan kerja dari rumah bagi semua pejabat kerajaan dan swasta kecuali perkhidmatan-perkhidmatan penting seperti kesihatan, farmasi, keselamatan, perkhidmatan utiliti (air, tenaga dan komunikasi), pengangkutan, perbankan/ kewangan dan peruncitan/ bekalan makanan.
Premis tumpuan ramai seperti rumah ibadat, panggung wayang dan pusat-pusat hiburan ditutup dan melaksanakan proses sanitasi dalam tempoh tersebut
Kemudahan pengangkutan awam termasuk hab pengangkutan akan terus beroperasi. Semua operator digesa melaksanakan proses sanitasi di fasiliti dan kenderaan masing-masing.
Perintah kawalan pergerakan ini diputuskan susulan mesyuarat MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin malam ini.
Kerajaan juga, kata MKN akan terus memperkukuhkan langkah kawalan yang telah dilaksanakan.
“Meneruskan kempen kesedaran kebersihan bagi mencegah penularan Covid-19 di semua platform media.
“Mewartakan Institut Latihan Awam (ILA) yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin di bawah Akta 342 untuk digunakan apabila terdapat keperluan,” kata MKN lagi.
Selain itu, MKN mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan “berita palsu dan melanggar perintah kawalan pergerakan di bawah akta-akta berkaitan.”
MKN memutuskan perintah kawalan pergerakan tersebut susulan peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 di Malaysia. Kementerian Kesihatan merekodkan 553 kes hari ini.
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang menjadi korban Covid-19 yang telah meragut 6,650 nyawa di seluruh dunia.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/16/covid-19-mkn-keluar-perintah-kawal-pergerakan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=covid-19-mkn-keluar-perintah-kawal-pergerakan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mkn Larang Orang Ramai Keluar Bersenam Di Taman Rekreasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Mkn Larang Orang Ramai Keluar Bersenam Di Taman Rekreasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 621 hits
MENTERI Belia Sukan Datuk Seri Reezal Merican berkongsi menerusi Twitternya tentang langkah keselamatan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac Melalui perintah ini rakyat diminta untuk tid...
Covid 19 Soalan Umum Majlis Keselamatan Negara Mkn Jawab Langkah Laksana Perintah Kawalan Pergerakan

Covid 19 Soalan Umum Majlis Keselamatan Negara Mkn Jawab Langkah Laksana Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 549 hits
Langkah melaksana Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok hingga 31 Mac ini di seluruh negara Majlis Keselamatan Negara menjawab beberapa persoalan orang ramai berikutan pelaksanaan perintah itu Berikut adalah jawapan MKN 1 Adakah majlis ker...
Kaedah Azan Yang Dicadangkan Menteri Agama Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

Kaedah Azan Yang Dicadangkan Menteri Agama Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 444 hits
Kaedah Azan yang Dicadangkan Menteri Agama Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 1 Azan seperti biasa kerana ia syiar agama 2 Kalimah hayya alassolah diperlahankan 3 Setelah azan mu azzin bilal hendaklah berpesan Solatlah di rumah atau temp...
39 Cadangan Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sempena Perintah Pergerakan Covid 19

39 Cadangan Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sempena Perintah Pergerakan Covid 19

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 733 hits
39 Cadangan Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sempena Perintah Pergerakan Covid 19 Alhamdulillah dah 3 hari berlalu yang berjaya kita harungi perintah pergerakan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia kerana untuk mencegah merebaknya penyakit Co...
Ringkasan Status Perlaksanaan Perintah Pergerakan Terkawal Covid 19 Di Cameron Highlands

Ringkasan Status Perlaksanaan Perintah Pergerakan Terkawal Covid 19 Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 1221 hits
Catatan saya sebelum ini berkonagikan sumber dari Majlis Daerah Cameron Highlands berkaitan Perlaksaan Perggerakan terkawal Terkawal di Cameron Highlands Catatan kali ini saya kongsikan jadual ringkasan mereka Pertanyaan berkaitan dengan Pa...
Tidak Boleh Adakan Majlis Kahwin Tahlil Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Mkn

Tidak Boleh Adakan Majlis Kahwin Tahlil Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Mkn

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 771 hits
Bagi mengekangpenularan wabak Covid 19 di negara ini kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac 2020 sewperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam Namun begitu timbul persoalan ramai adakah m...
Perintah Kawalan Pergerakan Tepat Jangan Politikkan Isu Covid 19 Dr Zaki

Perintah Kawalan Pergerakan Tepat Jangan Politikkan Isu Covid 19 Dr Zaki

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 386 hits
Azlina Rosdy ALOR SETAR Pengamal perubatan yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Kuala Kedah Dr Zaki Zamani Abdul Rashid menyelar tindakan pemimpin Pakatan Harapan yang cuba mempolitikkan isu virus COVID 19 Jelas beliau sikap sebegini tida...
Covid 19 Perintah Sekatan Pergerakan Tidak Boleh Rentas Negeri Di Malaysia

Covid 19 Perintah Sekatan Pergerakan Tidak Boleh Rentas Negeri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 918 hits
Tu diaaa Orang suruh duk rumah hang pa p berjalan Ingat main kot larangan ni COVID bukan benda main la Tidak dibenarkan berkumpul Nak berkumpul pun hanya 5 orang sahaja termasuk diri sendiri dan anak Jangan lupa nak bilang anak pula Sekatan...
Covid 19 Thailand Mungkin Laksana Perintah Larangan Keluar Masuk Kawasan

Covid 19 Thailand Mungkin Laksana Perintah Larangan Keluar Masuk Kawasan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 466 hits
BANGKOK 19 Mac Thailand tidak menolak kemungkinan mengenakan perintah tidak dibenarkan keluar atau masuk kawasan bagi membendung penularan COVID 19 susulan kes yang meningkat di negara ini Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o cha berkata ...
Ini Barulah Dianggap Seorang Ibu Tak Pernah Meminta Wang Selalu Mencari Kesalahan Menantu Prince Syed

Spotify Digoncang Serangan Terbesar 86 Juta Lagu Dicuri Dunia Muzik Bergegar

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara

Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Di Sebalik Kejayaan Dunia Kos Kuda Latihan Jadi Cabaran Terbesar Atlet Negara Aatvmedia 23 12 2025

Kedai Buku 24 Jam The Library Bookxcess Sunway

Surat Dari Syurga

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Prinsip Frugal Living Hidup Berjimat Tanpa Korbankan Kebahagiaan