Umno Tiada Kuasa Penuh Berada Dalam Pn Zahid


September 30, 2020 3:20 pmhttps://themalaysialife.com

UMNO tidak berbangga berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana menganggap belum ada kuasa penuh seperti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebaliknya mendakwa sokongan UMNO dalam PN adalah untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Meskipun sebelah kaki kita berada di pentas kerajaan PN, tidak banyak boleh dibanggakan.

“Sokongan kita adalah untuk menjatuhkan kerajaan (PH), menamatkan pemerintahan dinasti, mengekang rejim penipuan dan gila kuasa selama 22 bulan.

“Ia banyak menyusahkan rakyat. Maruah negara pula tercemar di pentas dunia.

“UMNO belum ada kuasa penuh. UMNO juga tidak gila kuasa tetapi bertegas dengan hamparan masa depan lebih gemilang untuk anak cucu kita.

“Dengan Melayu sebagai teras pemerintahan dan Islam dijadikan tiang serinya, segala keterlanjuran silam boleh dielakkan,” katanya dalam perutusan sempena ulang tahun UMNO yang ke-74, hari ini.

PN terbentuk menerusi persefahaman antara Barisan Nasional (BN) yang dipimpin UMNO bersama PAS dalam Muafakat Nasional (MN) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Persefahaman itu bersetuju melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri.

Ahmad Zahid mengakui, masa depan parti berliku serta perjalanan masih jauh, sekali gus menuntut semua ahli bertekad untuk bersatu hati.

“Hentikan politik peribadi yang ternyata hampir membuat kita tempang selepas PRU-14,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, UMNO juga perlu terus mengukuhkan hubungan dengan PAS menerusi persefahaman dalam MN.

“Murnikan dan buktikan lagi seperti dalam lima pilihan raya kecil (PRK) lalu. Kita boleh melangkah lebih jauh dan lebih mudah jika iltizam serta semangat kita kuat,” katanya.

Ahmad Zahid turut mengingatkan ahli bahawa sekarang bukan masa untuk parti ‘duduk bertimpuh’ dan ‘bertatih’ lagi, serta tidak menjadi seperti perosak.

“Kita mesti sedia dalam semua hal, termasuk barisan pemimpin masa depan. Sejauh mana kita mampu menyesuaikannya dengan geopolitik negara, kitalah yang mencorakkannya.

“Sempena ulang tahun ke-74 UMNO, saya merayu semua ahli menggenggam erat keris perjuangan parti, hentikan tabiat ‘api dalam sekam’ dan semarakkan semula semangat sejarah penubuhannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa syukur kerana UMNO masih mampu berdiri megah untuk bangsa, agama dan negara pada usia 74 tahun.

Katanya, UMNO bukan lagi parti eksklusif untuk Melayu tetapi turut memayungi bangsa lain ke arah satu aspirasi nasional.

Beliau berkata, penularan COVID-19 ketika ini membatasi kegiatan parti, termasuk mesyuarat bahagian dan cawangan yang terpaksa ditunda.

Namun, katanya, semua bahagian terus sibuk membantu rakyat, sekali gus membuktikan keprihatinan UMNO


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/09/umno-tiada-kuasa-penuh-berada-dalam-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Umno Divided Into Three Factions Under Zahid S Leadership

Dr Mahathir Umno Divided Into Three Factions Under Zahid S Leadership

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 333 hits
Umno under its current party president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi is a divided party that is being pulled in different directions according to Tun Dr Mahathir Mohamad The former Umno president claimed in an interview with news portal Mal...
Mahdzir Nafi Umno Berpecah Selepas Zahid Tidak Hadir Ceramah Perdana Grs

Mahdzir Nafi Umno Berpecah Selepas Zahid Tidak Hadir Ceramah Perdana Grs

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 274 hits
freemalaysiatoday com September 25 2020 8 13 AMNaib Presiden Umno Mahdzir Khalid ditemui pemberita pada ceramah GRS di Kampung Sendil Putatan malam tadi KOTA KINABALU Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid menafikan wujudnya perpecahan dalam par...
Akaun Bank Umno Masih Beku Jadi Siapa Yang Main Politik Wang Soal Zahid

Akaun Bank Umno Masih Beku Jadi Siapa Yang Main Politik Wang Soal Zahid

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 442 hits
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras kerasnya dakwaan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa BN mengunakan kuasa wang untuk meraih undi dan memastikan 41 calonnya menang dalam Pilihan Raya...
Zahid Bung Mokhtar Perlu Disingkir Jika Umno Tewas Secara Teruk Dan Memalukan Di Sabah

Zahid Bung Mokhtar Perlu Disingkir Jika Umno Tewas Secara Teruk Dan Memalukan Di Sabah

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 419 hits
Bukan tidak ada di dalam kepimpinan UMNO sekarang yang menunggu untuk tepuk tangan jika UMNO kalah teruk dan memalukan sebagai satu sebab untuk menyarankan kewajaran Zahid dan mungkin juga geng mahkamah disingkirkan Apa erti kami sudah beru...
Jangan Buat Tak Nampak Apa Zahid Dah Buat Kat Umno

Jangan Buat Tak Nampak Apa Zahid Dah Buat Kat Umno

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 453 hits
UMNO hampir ditinggalkan rakyat dah ahlinya selepas kalah pada PRU 14 tahun 2018 dulu jawatan parti direbut tetapi pada pemilihan 2018 Ramai yang lari meninggalkan jawatan terutama di peringkat bahagian Semangat bertanding langsung takda se...
After Zahid S No Show At Grs Ceramah Umno Veep Insists Party Still Intact

After Zahid S No Show At Grs Ceramah Umno Veep Insists Party Still Intact

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 262 hits
Umno vice president Mahdzir Khalid says the party and its 39 MPs were united KOTA KINABALU After Umno president Ahmad Zahid Hamidi s no show at Gabungan Rakyat Sabah s ceramah tonight vice president Mahdzir Khalid denied there was any divis...
Prof Ramlah Hentam Umno Bila Umno Hilang Kuasa

Prof Ramlah Hentam Umno Bila Umno Hilang Kuasa

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 260 hits
Betoi la apa hang kata tu Proff tapi hang dulu la antara yang jilat Mahathir bila dah tak ada kuasa hang juga yang tibai UMNO KAMI INGAT LAGI LA
Isu Pelantikan Ketua Menteri Zahid Hormati Keputusan Umno Sabah

Isu Pelantikan Ketua Menteri Zahid Hormati Keputusan Umno Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 354 hits
855 total views 855 views today Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata dia menghormati autonomi Umno Sabah untuk sepakat dengan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah lain dalam mencalonkan Hajiji Mohd Noor dicalonkan sebagai ketua menteri b...
Insafi Peranan Sebagai Ketua Pesan Pemimpin Umno Pada Zahid

Insafi Peranan Sebagai Ketua Pesan Pemimpin Umno Pada Zahid

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 320 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 10 09 amPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi perlu kembali menginsafi peranannya sebagai seorang ketua parti kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman Dia berkata sebagai presiden Zahid perlu men...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra