Umno Tetap Sokong Pn Tolak Pkr Dap


UMNO TETAP SOKONG PN, TOLAK PKR, DAP
KUALA LUMPUR 271020 – UMNO malam tadi memutuskan untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato’ Onn, di sini.
Ahmad Zahid berkata, UMNO juga menolak sebarang kerjasama dengan PKR dan DAP.
“UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan konsensus politik.
“Kita mencadangkan supaya kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik COVID-19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah.
“Kita juga menyarankan supaya inisiatif Rekonsilisasi Nasional Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan dengan mengembleng penyertaan semua parti politik bernaung dalam kerajaan PN dan juga parti-parti pembangkang,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.
Kenyataan media Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Mesyuarat MKT yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu dipengerusikan Ahmad Zahid berlangsung selama lebih tiga jam, antara lain akan memperincikan pelbagai cadangan dan pendapat yang dikemukakan hasil pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) petang tadi.
Antara yang utama, memuktamadkan pendirian UMNO dan BN sama ada kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ini atau sebaliknya.
Ahmad Zahid juga berkata, UMNO turut menjunjung kasih di atas keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah semalam, yang menolak permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi maksud pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan.
“Bagi UMNO, keputusan yang turut dibincangkan dengan Raja-Raja Melayu itu adalah amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat.
“UMNO mendokong sepenuhnya titah dan saranan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu supaya dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, UMNO juga akan memastikan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO untuk memperkasakan Muafakat Nasional dapat terus direalisasikan.
Antara ahli MKT UMNO yang hadir mesyuarat itu adalah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Khaled Nordin.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Terdahulu, satu mesyuarat tergempar turut diadakan di Ibu Pejabat UMNO, membabitkan Ahli Parlimen BN, petang semalam. – BH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/10/umno-tetap-sokong-pn-tolak-pkr-dap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Putuskan Quot Kekal Sokong Quot Kerajaan Pn Tidak Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dan Dap

Umno Putuskan Quot Kekal Sokong Quot Kerajaan Pn Tidak Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dan Dap

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 261 hits
nbsp KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini memutuskan untuk mengekalkan keputusan terdahulu untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin nbsp selain tidak menjalin kerjasama dengan PKR
Dap Kecam Kenyataan Pkr Hormati Keputusan Umno Kekal Sokong Pn

Dap Kecam Kenyataan Pkr Hormati Keputusan Umno Kekal Sokong Pn

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 252 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 1 42 pmKenyataan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bahawa parti itu menghormati keputusan Umno untuk terus menyokong Perikatan Nasional nampaknya mencetuskan rasa tidak puas hati DAP Setiaus...
Mesyuarat Mp Bn Ada Mp Umno Syor Sokong Anwar Tolak Dap Sumber

Mesyuarat Mp Bn Ada Mp Umno Syor Sokong Anwar Tolak Dap Sumber

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 231 hits
Firdaus AzilOktober 26 2020 Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin antara yang menghadiri mesyuarat di Menara Dato Onn pada Isnin Gambar Astro AWANI SHAHIR OMARKUALA LUMPUR Ada antara kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang membangkitk...
In Blow To Najib Umno Top Body Rejects Pkr Dap

In Blow To Najib Umno Top Body Rejects Pkr Dap

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 282 hits
Umno top leaders today renewed the party s commitment to the Perikatan Nasional alliance in what is seen as a blow to the party s former president Najib Razak who had called for cooperation with PKR president Anwar Ibrahim The Umno Supreme ...
Possibility Of Pkr Umno Pact Puts Dap In Dilemma

Possibility Of Pkr Umno Pact Puts Dap In Dilemma

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 299 hits
WITH 42 MPs DAP is the biggest party in terms of the number of elected representatives in the Parliament The party which found itself somewhat fettered even during the short stint as part of the federal government now finds itself at a poli...
Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 468 hits
Beberapa anggota parlimen pembangkang menyokong titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah untuk tidak menerima permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengisytiharkan darurat Tindakan itu turut mendapat ...
Pendirian Umno Sokong Muhyiddin Hanya Sementara Tunggu Waktu Sesuai Untuk Bertindak Semula

Pendirian Umno Sokong Muhyiddin Hanya Sementara Tunggu Waktu Sesuai Untuk Bertindak Semula

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 343 hits
Shahbudin HusinWalaupun keputusan mesyuarat MT UMNO semalam memberi gambaran tidak lebih seperti wal hasil balik asal realitinya kedudukan Muhyiddin Yassin belum boleh dikira benar benar selamat Dalam mesyuarat itu keputusan yang dibuat ial...
Wanita Umno Setuju No Dap Tiada Kerjasama Dengan Parti Yang Ada Hubungan Dengan Dap Noraini

Wanita Umno Setuju No Dap Tiada Kerjasama Dengan Parti Yang Ada Hubungan Dengan Dap Noraini

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 248 hits
Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Dr Noraini Ahmad menegaskan Wanita UMNO menyokong penuh keputusan mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersetuju agar partinya tidak menjalinkan sebarang usaha dengan sesiapa yang mempunyai hubung...
Umno Terus Sokong Kerajaan Pn Saran Agar Rekonsiliasi Nasional Segera Dilaksanakan

Umno Terus Sokong Kerajaan Pn Saran Agar Rekonsiliasi Nasional Segera Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 268 hits
Astro AwaniOktober 27 2020 UMNO turut mengekalkan keputusan terdahulu iaitu tanpa kerjasama PKR dan DAP Foto Astro AWANI Shahir OmarKUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengambil keputusan akan terus mendukung kerajaan Perikat...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot