Umno Terus Terperangkap Persepsi Negatif Jika Zahid Kekal Presiden


agendaily.com08/01/2023
UMNO akan terus hilang pengaruh jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai presiden.
UMNO akan terus ‘terperangkap’ dengan persepsi negatif dalam kalangan sebahagian besar rakyat jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai Presiden parti selepas pemilihan parti itu nanti.

Bagi mengelakkan perkara itu, UMNO memerlukan pe­mimpin baharu dengan hala tuju yang baharu untuk menerajui parti sekali gus mengembalikan zaman kegemilangannya seperti sebelum ini, menurut Utusan yang memetik kenyataan penganalisis politik, Prof Wong Chin Huat.

Beliau yang juga Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB, Sunway University, berkata UMNO mempunyai kelebihan tetapi memerlukan ‘penciptaan semula’ bagi menarik pengundi Melayu konservatif.

“Namun, ini tidak boleh bercanggah dengan Pakatan Harapan (PH) hingga menjatuhkan kerajaan campuran. Maknanya, UMNO perlukan ‘perbezaan produk’ yang serasi dengan PH dan mampu menarik pengundi Melayu.

“Ia tidak boleh berasaskan naungan (patronage) yang menyebabkan UMNO ketagih de­ngan korupsi atau ultra nasiona­lisme kaum dan agama. Kalau UMNO cuba meniru PAS dalam Islamisasi yang keras pendekatannya, ia akan gagal sebagai produk tiruan.

“Apa pun pilihan, UMNO mesti berpisah dengan budaya naungan dan rasuah. Untuk kes pendakwaan Zahid, biarlah mahkamah mengadili­nya,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Chin Huat, UMNO berpeluang me­rampas semula sebahagian wila­yahnya yang jatuh atau hilang dalam tempoh lima tahun jika pemilihan UMNO berjaya menobatkan pemimpin yang membawa hala tuju baharu parti.

Ditanya individu yang layak mengemudi parti selain Zahid, beliau berkata, ramai pemimpin yang berpotensi besar termasuk Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

“Ini terpulang pada apakah hala tuju baharu yang dapat diungkapkan dalam kempen pemilihan parti. Semuanya berpotensi. Jika tiada hala tuju baharu meskipun muka baharu menjadi presiden, masa depan UMNO tetap malap,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy antara dua nama yang dijangka berani mencabar Zahid jika jawatan Presiden UMNO dibuka untuk dipertanding pada pemilihan parti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/umno-terus-terperangkap-persepsi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yakin Kekal Jadi Presiden Zahid Beri Isyarat Pemilihan Umno Akan Diawalkan

Yakin Kekal Jadi Presiden Zahid Beri Isyarat Pemilihan Umno Akan Diawalkan

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 259 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Istana Negara Pemilihan UMNO bagi memilih barisan kepimpinan parti yang baharu mungkin dijalankan lebih awal sebelum Jun tahun depan kata Datuk Seri Ahmad Zahid...
Tamparan Kepada Umno Cikgu Zahid Restu Hajiji Kekal Km Sabah

Tamparan Kepada Umno Cikgu Zahid Restu Hajiji Kekal Km Sabah

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 193 hits
Langkah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dilihat pincang apabila gagal menumbangkan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor Langkah UMNO Barisan Nasional yang cuba mencetuskan krisis politik dan me...
Kalau Hishammudin Dilabel Pengecut Cuba Halang Jawatan Presiden Umno Ditandingi Juga Jadikan Zahid Hamidi Sama Pengecut

Kalau Hishammudin Dilabel Pengecut Cuba Halang Jawatan Presiden Umno Ditandingi Juga Jadikan Zahid Hamidi Sama Pengecut

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 140 hits
Berdasarkan rekod sejarah Zahid Hamidi adalah pemimpin yang berani dan tidak pernah kalah apabila bertanding dalam UMNO di peringkat pusat Beliau berani bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1996 walaupun lawannya ketika itu ada yang be...
Kekal Zahid Umno Ibarat Hidup Segan Mati Tak Mahu Kata Kadir Jasin

Kekal Zahid Umno Ibarat Hidup Segan Mati Tak Mahu Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 255 hits
freemalaysiatoday com January 12 2023 1 30 PMKadir Jasin PETALING JAYA Seorang wartawan veteran berkata Umno ibarat hidup segan mati tak mahu jika mengekalkan Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin lain yang toksik dalam parti itu A Kadir Jasin be...
Kempen Asal Bukan Zahid Signal Jelas Penolakan Presiden Umno

Kempen Asal Bukan Zahid Signal Jelas Penolakan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 236 hits
ismaweb net Jika benar anak jantan Zahid patut berundur sebelum ditolak dengan cara lebih hina PenganalisisOleh Zuhayati YazidBANGI 12 Jamadilakhir 1444H Khamis Kempen Asal Bukan Zahid wajar dilihat sebagai signal daripada perwakilan UMNO m...
Enggan Mengaku Jadi Punca Kalah Zahid Kini Ajak Ahli Umno Bersama Kuatkan Parti

Enggan Mengaku Jadi Punca Kalah Zahid Kini Ajak Ahli Umno Bersama Kuatkan Parti

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 513 hits
agendaily com11 01 2023Akar umbi digesa bersama untuk membangkitkan semula UMNO selepas kekalahan Pilihan Raya Umum Ke 15 lalu Ahli UMNO diajak untuk bersama sama membina semula gerakan parti selepas keputusan hambar pada Pilihan Raya Umum ...
Zahid Hamidi Usah Layani Kehendak Gunting Dalam Lipatan Dalam Umno

Zahid Hamidi Usah Layani Kehendak Gunting Dalam Lipatan Dalam Umno

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 200 hits
MALAYSIADATELINEAgenda memperkukuh semula UMNO perlu diutamakan setelah terpukul pada Pilihan Raya Umum ke 15 berbanding melayani kehendak individu yang bersifat gunting dalam lipatan kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...
Presiden Umno Perlu Dicabar Bukti Keabsahan

Presiden Umno Perlu Dicabar Bukti Keabsahan

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 168 hits
Jawatan Presiden UMNO perlu dicabar pada pemilihan kali ini bagi membuktikan keabsahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus memimpin parti itu dengan sokongan padu seluruh ahli Ketua Pemuda UMNO Simpang Renggam Mohd Faizal Mohd Said...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Orang Asli Leader Questions Poor Representation In Aboriginal Law Talks

Masak Nasi Lemak Simple

Islam Agama Persaudaraan Sejagat Ukuhuwa Terjalin

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

More Industrial Courts Needed In Johor To Clear Backlog Says Bar Council


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ideas Beef Jerky Recipe On Pellet Smoker

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Makan Petang Di Club House Coffee

Dewa 19 Cukup Siti Nurbaya Chord

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim