Umno Setuju Gerak Kerja Parti Kerajaan Perpaduan Diperkukuh



UMNO bersetuju untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dan gerak kerja dalam kalangan parti-parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan.
(BH) – Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ia sebagai satu manifestasi keseriusan dan komitmen parti itu bagi memastikan kelangsungan kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Katanya, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor, memberi isyarat jelas rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
“Yang berteraskan prinsip kesederhanaan, toleransi, tidak ekstrem dalam memainkan sentimen agama mahupun bangsa yang boleh memudaratkan keharmonian rakyat berbilang kaum,” katanya dalam kenyataan media selepas berakhir mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.
Mesyuarat dipengerusikan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut dihadiri Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Mengulas lanjut, Asyraf berkata, mesyuarat juga menzahirkan penghargaan kepada pengundi di DUN Mahkota atas kepercayaan diberi kepada BN untuk memenangi kerusi itu dengan majoriti amat besar.
“UMNO merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera parti Kerajaan Perpaduan termasuk rakan-rakan parti komponen BN, Friends of BN dan Pakatan Harapan (PH) yang bekerja kuat sebagai satu pasukan hingga berjaya meyakinkan pengundi di DUN Mahkota,” katanya.
Katanya, mesyuarat juga menegaskan, kemenangan di PRK itu tidak harus menjadikan UMNO angkuh dan bongkak, sebaliknya memastikan mandat diberikan rakyat dilaksanakan sebaik mungkin dengan penuh tawaduk dan beramanah.
Pada PRK itu, BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Mahkota dengan majoriti lebih besar selepas calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah menang menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.
Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda UMNO Kluang menang dengan majoriti 20,648 selepas meraih 27,995 undi, berbanding Mohamad Haizan atau Coach Haizan dengan 7,347 undi.
Dalam pada itu, Asyraf berkata, ahli UMNO di semua peringkat diminta untuk berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi membantu rakyat tanpa mengira ideologi parti mahupun kaum sebagaimana tradisi UMNO sejak dulu dalam menghadapi sebarang musibah bencana alam khususnya musim tengkujuh yang mendatang.
Kemaskini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 10.43 malam tadi merekodkan beberapa kawasan di enam negeri iaitu Kedah, Perak, Johor, Kedah, Sarawak, Melaka dan Selangor dinaiki air menyebabkan 1,553 mangsa daripada 416 keluarga dipindahkan ke 20 pusat pemindahan sementara (PPS).
 
The post UMNO setuju gerak kerja parti Kerajaan Perpaduan diperkukuh appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/10/08/umno-setuju-gerak-kerja-parti-kerajaan-perpaduan-diperkukuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rizal Jamin Keadilan Pahang Tumpu Untuk Tingkatkan Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan

Rizal Jamin Keadilan Pahang Tumpu Untuk Tingkatkan Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Ahli Dewan Undangan Negeri lantikan Dewan Negeri Pahang Rizal Jamin menzahirkan rasa optimis dengan kedudukan Pakatan Harapan di negeri berkenaan Beliau berkata meskipun jumlah wakil rakyat PH yang berada dalam gabungan Kerajaa...
Kerang Busuk Ni Mula Mula Latah Nak Sokong Kerajaan Perpaduan Pas Tu Diam Sebab Tak Jadi

Kerang Busuk Ni Mula Mula Latah Nak Sokong Kerajaan Perpaduan Pas Tu Diam Sebab Tak Jadi

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 205 hits
Najib Bakar Kesetiaan menghalangiKu pindah ke lain hatiDan tak ingin ku melukaiMendambakan cinta ini Hanya kekalnya denganmuTapi kudrat tak di tanganku Mohamad Vayuz Ramai rakyat definitely lupa tapi Insha Allah aku takkan lupa Dari awal er...
Tidak Perlu Lantik Exco Lain Untuk Sokong Kerajaan Perpaduan Di Johor

Tidak Perlu Lantik Exco Lain Untuk Sokong Kerajaan Perpaduan Di Johor

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 128 hits
01 Oktober 2024 07 30amMasa membaca 4 minit BN mentadbir Johor selepas gabungan tersebut meraih 40 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada 2022 SHAH ALAM Tidak ada keperluan untuk melantik Exco dari parti lain bagi menyokong pembentukan...
Henti Polemik Kerajaan Perpaduan Di Johor Dap

Henti Polemik Kerajaan Perpaduan Di Johor Dap

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 175 hits
October 2024 DAP tidak pernah meminta penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor apatah lagi mengemis sebarang jawatan dalam kerajaan negeri itu Setiausaha Agungnya Anthony Loke berkata DAP menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar S...
Pembebasan Najib Akan Menjadi Magnet Sokongan Melayu Kepada Kerajaan Perpaduan

Pembebasan Najib Akan Menjadi Magnet Sokongan Melayu Kepada Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 310 hits
Pembebasan Najib Akan Menjadi Magnet Sokongan Melayu Kepada Kerajaan Perpaduan Kalau hanya dibaca tajuk pasti ada yang akan menuduh penulis adalah penyokong totok DS Najib yang tidak berpijak di dunia realiti Mungkin mereka akan berkata man...
Jangan Percaya Parti Munafik Banyak Dsh Janji Sampai Swkrang Yellek Masa Jadi Kerajaan Apa Pun Tak Buat

Jangan Percaya Parti Munafik Banyak Dsh Janji Sampai Swkrang Yellek Masa Jadi Kerajaan Apa Pun Tak Buat

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 212 hits
SEBELUM INI KAU ORANG TIBAI BUKAN ISLAM MACAM MACAM TERMASUK KK MART TIBA TIBA BUAT U TURN DAN PALING TERUK BERTEKAK DALAM PARLIMEN TAK NAK TARIK PERKATAAN KAFIR DAN SEKARANG BOLEH PULA GUNA PERKATAAN BUKAN ISLAM Bukan Islam tidak perlu uba...
Shamsul Mengalah Di Bagan Datuk Demi Penubuhan Kerajaan Perpaduan

Shamsul Mengalah Di Bagan Datuk Demi Penubuhan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 186 hits
SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa dia diarah supaya tidak mencabar keputusan pilihan raya umum ke 15 di Bagan Datuk yang ketika itu menyaksikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahi...
Kerajaan Setuju Latih

Kerajaan Setuju Latih

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 99 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan Bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan selain daripada Bahasa Kebangsaan Beliau berkata hal ini supaya lebih banyak ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara