Umno Sepatutnya Bersyukur


UMNO sepatutnya bersyuku Walaupun tidak menjadi Perdana Menteri, UMNO memiliki sejumlah besar menteri dalam Kabinet iaitu seramai sembilan orang yang berperanan penting dalam mencorakkan hala tuju negara. Saya amat tertarik untuk memberi maklum balas mengenai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 baru-baru ini yang bersetuju memberi mandat kepada Presiden dan Majlis Tertinggi untuk menentukan jeda masa menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) selain memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)
Sekali gus dengan itu bergema juga suara pemimpin UMNO meminta menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri dari parti itu meletakkan jawatan dalam Kabinet, begitu juga pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah (ALP) syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), bagi disesuaikan dengan keputusan PAU.
Pada pandangan saya, gesaan sedemikian merupakan satu tindakan yang sangat tidak waras kerana akan menimbulkan banyak implikasi negatif kepada negara keseluruhannya.
Sudah lebih setahun negara berhadapan wabak Covid-19 yang memberi kesan besar terhadap ekonomi rakyat. Walaupun dalam keadaan sebegitu, saya melihat masih ada segelintir ahli-ahli politik yang masih berpolitik tanpa mengira kesusahan rakyat di bawah.
Apa salahnya jika ahli-ahli Parlimen bersatu hati menyokong kerajaan pada hari ini sehingga kita dapat menangani masalah Covid-19 dengan baik? Apa yang lebih penting sekarang adalah kebajikan rakyat dan peluang-peluang ekonomi yang harus dibuka bagi membantu bukan sahaja anak-anak muda bahkan golongan B40 yang teruk terjejas akibat Covid-19.
Melalui artikel-artikel sebelum ini, saya memberi nasihat dan pandangan berkaitan kepentingan untuk ahli-ahli politik Melayu dan Islam bersatu, terutama di bawah pembentukan kerajaan PN yang merupakan gabungan sokongan parti-parti UMNO, Bersatu dan Pas yang majoritinya orang Melayu dan Islam.
Sejak dahulu lagi saya sudah nyatakan, sekiranya orang Melayu berpecah maka politik orang Melayu juga akan turut berpecah. Sudah pasti kuasa politik yang sepatutnya dimiliki oleh orang Melayu selaku rakyat majoriti di negara ini tidak akan sepenuhnya dapat digunakan dengan sebaiknya untuk survival orang Melayu bila mereka berpecah.
Pemimpin dan ahli UMNO harus sedar, tanpa pembentukan kerajaan PN, kita mungkin masih bergelar pembangkang dan tidak akan memimpin semula negara seperti mana sekarang. Walaupun tidak menjadi Perdana Menteri tetapi kita dari UMNO memiliki sejumlah besar menteri, iaitu seramai sembilan orang yang berperanan penting dalam mencorakkan hala tuju negara.
Sepatutnya kita dari UMNO bersyukur kerana doa kita untuk kembali memimpin negara setelah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan telah memberi pengalaman amat perit bukan sahaja kepada orang Melayu dan Islam tetapi juga merosakkan ekonomi, politik dan kestabilan hubungan antara kaum.
Umno 3.0 sedia ambil alih daripada Zahid, Najib, kata sumber dalaman

EGO
Lebih penting lagi, ahli-ahli Parlimen kita dari UMNO diberikan peranan penting dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 melalui tanggungjawab besar yang diberikan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan Keselamatan), Datuk Seri Dr. Adham Baba (Menteri Kesihatan) dan Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi). Begitu juga dengan menteri-menteri lain yang semuanya mempunyai peranan besar dalam pemerintahan negara.
Siapa berani menyatakan portfolio yang diberikan kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar Negeri), Datuk Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi), Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan), Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan) dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara) sebagai tidak penting? Pasti tidak ada.
Walaupun kita harus berpijak di bumi nyata, namun hari ini UMNO bukan lagi mempunyai majoriti malah tidak lagi berkuasa seperti dahulu. Jangan kerana ego dan kepentingan sesetengah individu menyebabkan UMNO dijadikan mangsa.
Jika ego dan kepentingan diri begini wujud dalam UMNO, kesannya sudah pasti rakyat dan negara akan tergadai semula ke tangan individu-individu yang tidak bertanggungjawab sama seperti PH yang telah memerintah negara selama 22 bulan.
Saya sekali lagi menyeru semua pemimpin politik untuk terus bersatu dan menyokong kepimpinan negara di kala rakyat berdepan pelbagai masalah dan cabaran. Diminta agar semua pihak melupakan seketika sengketa politik dan janganlah semata-mata meletakkan kepentingan diri sebagai perjuangan utama.
Selepas krisis Covid-19 ini selesai, saya pasti rakyat akan berterima kasih dan berbangga di atas segala apa yang telah kita lakukan pada hari ini yang akan dikenang sebagai satu pengorbanan.
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang berada dalam kerajaan yang tetap menjalankan tugas mereka seperti biasa serta tidak menghiraukan tekanan yang diberikan.
Akhir sekali, saya amat mengharapkan pemilihan parti dapat diadakan dengan kadar segera agar kemelut dan perpecahan dalaman dapat dielakkan selaras dengan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, pada 18 Januari lalu bahawa Presiden UMNO bersetuju supaya pemilihan parti akan diteruskan di semua peringkat seperti dijadualkan pada tarikh sesuai, tahun ini.
Pada masa sama, saya berpendapat, kemunculan audio rakaman yang menunjukkan perlanggaran luar biasa seseorang yang suaranya menyerupai suara pemimpin tertinggi UMNO ke atas keputusan Majlis Tertinggi dan ketetapan PAU baru-baru ini memungkinkan perhimpunan agung luar biasa (EGM) perlu dipanggil segera untuk membolehkan satu keputusan yang lebih tuntas dan jelas ke atas hala tuju parti dibincang dan diterima oleh majoriti ahli dan pemimpin UMNO.
Prof Tan Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah Pengerusi Yayasan Minda dan Penasihat Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR)
Ya pemilihan boleh ditangguh hingga 18 bulan tapi MKT akan tentukan – Ismail Sabri

The post UMNO sepatutnya bersyukur appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/09/umno-sepatutnya-bersyukur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 348 hits
With 200 000 taking part in the Umno elections it would be just as risky as a general election say analysts PETALING JAYA Political analysts have decried the selfish attitude reeking of a double standard of Umno politicians calling for earl...
Umno Bersatu Tun M Dedah Pernah Bagi Amaran

Umno Bersatu Tun M Dedah Pernah Bagi Amaran

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 279 hits
SHAH ALAM Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau sebelum ini telahpun memberikan amaran awal kepada kepimpinan parti itu mengenai akibat yang bakal diterima daripada kerjasama yang dilakuka...
Hadi S Advice To Umno Don T Play Rough And Cause A Split

Hadi S Advice To Umno Don T Play Rough And Cause A Split

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 277 hits
A day after Umno decided to sever its ties with Bersatu PAS president Abdul Hadi Awang said one should not play rough with its friends and cause disunity Hadi said the problem is that there is disunity among Muslims I was asked questions ab...
Umno Assembly Lion Fails To Roar But Claws Are Out

Umno Assembly Lion Fails To Roar But Claws Are Out

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 244 hits
Umno s 75th annual general assembly did not end with a bang There was no sizzle just some fizzle I had expected something new to come out of the assembly after all the buildup but no the delegates just confirmed some things we had already h...
Menteri Umno Tak Berani Letak Jawatan Pengecut Tak Setia Kata Nazri

Menteri Umno Tak Berani Letak Jawatan Pengecut Tak Setia Kata Nazri

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 258 hits
PETALING JAYA Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nazri Aziz menyifatkan menteri Umno yang tidak berani meletak jawatan sebagai pengecut dan dianggap tidak setia kepada parti dan suara akar umbi Pendapat Ahli Parlimen Padang Rengas itu s...
Bertepik Sana Sini Akhirnya Umno Mengaku Tidak Segagah Dulu

Bertepik Sana Sini Akhirnya Umno Mengaku Tidak Segagah Dulu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 229 hits
Banyak semboyan isyarat dan teriakan perang terbit dari Persidangan Agung Umno 2020 yang berakhir semalam Acara kemuncak tahunan dua hari itu tertangguh akibat pandemik Covid 19 Antara keputusan yang dilaporkan oleh media massa ialah Umno a...
Terpulang Kepada Umno Pkr Untuk Jalin Kerjasama Menjelang Pru 15

Terpulang Kepada Umno Pkr Untuk Jalin Kerjasama Menjelang Pru 15

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 253 hits
Tamatnya Perhimpunan Agung Umno kelmarin dan lulusnya usul memutuskan hubungan antara parti tersebut dan Bersatu akan meneroka pelbagai kemungkinan dalam strategi politik parti ketuanan Melayu itu Tidak mustahil Umno akan merintis jalan Pas...
Perwakilan Umno Sekadar Meludah Pada Muka Sendiri Kata Mas Ermieyati

Perwakilan Umno Sekadar Meludah Pada Muka Sendiri Kata Mas Ermieyati

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 248 hits
Srikandi Bersatu Malaysia berpendapat tindakan Umno melemparkan pelbagai dakwaan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Bersatu tidak ubah seperti mengata diri sendiri Naib ketuanya Mas Ermieyati Samsudin berkata hal itu kerana kerajaan P...
Analysts Time For Perikatan Sympathisers Within Umno To Choose Which Side Their Loyalty Lies

Analysts Time For Perikatan Sympathisers Within Umno To Choose Which Side Their Loyalty Lies

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 196 hits
Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi arrives for the 2020 Umno general assembly in Kuala Lumpur March 28 2021 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR March 30 Umno leaders who have been supporting Perikatan Nasional and its leading pa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan