Umno Punca Muafakat Nasional Bakal Terkubur



“Semua tahu UMNO gunakan MN sebagai bahan propaganda untuk mereka kembali mendapat ‘nyawa’. Bagi saya, lebih baik Pas bersama Bersatu perkukuh kerjasama PN kerana Bersatu lebih menghormati Pas sebagai equal share partner dan bukan bertindak sebagai big brother”
(Sinar Harian) – TANGGAL 14 September 2019, tercatat sejarah cukup penting apabila dua parti terbesar Melayu, UMNO dan Pas mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional (MN) yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia.
Piagam berkenaan ditandatangani Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur juga menyaksikan kisah perseteruan panjang dua parti itu sejak tahun 1977, akhirnya menemui titik noktah.
“Titik persamaan UMNO, Pas telah berjaya meletakkan asas penting dalam Perlembagaan Malaysia iaitu kedudukan Islam, hak agama lain, hak bumiputera, bahasa kebangsaan, hak bermasyarakat majmuk dan lain-lain,” kata Abdul Hadi selepas majlis menandatangani Piagam Muafakat Nasional sempena Himpunan Penyatuan Ummah antara UMNO dan Pas pada tahun lalu.
Setahun sudah berlalu, tetapi malangnya situasinya dilihat kini mula berbeza.
Walaupun UMNO dan Pas berjaya membentuk kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada bulan Mac tahun ini, hubungan antara dua parti dalam MN dilihat semakin hambar.
Terkini, polemik menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang disertai UMNO, mendapat reaksi kurang senang pemimpin Pas dengan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataan awal menegaskan parti itu tidak akan terlibat pembentukan kerajaan baharu.
Susulan itu, ada pemimpin UMNO di peringkat negeri turut mendakwa Pas berdolak-dalik dalam isu menyokong parti itu membentuk kerajaan baharu Perak, sekaligus menyebabkan kepimpinan UMNO Kelantan mempersoalkan kesetiaan Pas dalam MN secara terbuka.
Rentetan peristiwa perbalahan dua parti itu, timbul persoalan adakah koalisi MN kini di ambang terkubur?
Atau Pas yang dilihat lebih selesa berada di bawah koalisi PN diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bersatu, menyebabkan parti itu dicemburui UMNO?
Dua kolam
Berdasarkan pandangan umum, kepimpinan UMNO kini mula dilihat mengkritik Pas meskipun bersama dalam MN disebabkan UMNO melihat seolah-olah Pas ‘bermain dua kolam’ dan tidak setia mempertahankan koalisi MN.
Meskipun bersama di bawah payung kerajaan PN, hubungan UMNO dan Bersatu diketahui amat tegang di semua peringkat dengan sebahagian pemimpin UMNO kini lebih bersikap ‘pembangkang’ dengan mempersoalkan keabsahan sokongan majoriti ahli Parlimen terhadap Muhyiddin.
“Pandangan peribadi saya, segelintir kepimpinan UMNO mula mempertikaikan Pas kerana hubungan kerjasama Pas dan Bersatu melalui PN dilihat semakin erat dan keadaan itu memberi petanda tidak baik kepada mereka.
“Pas pun mungkin sedang mengkaji semula keperluan meneruskan kerjasama MN memandangkan agenda Melayu Islam diperjuangkan piagam itu lebih dijadikan kenderaan UMNO untuk parti itu mendapat kelebihan lebih besar, bukan Pas.
“Semua tahu UMNO gunakan MN sebagai bahan propaganda untuk mereka kembali mendapat ‘nyawa’. Bagi saya, lebih baik Pas bersama Bersatu perkukuh kerjasama PN kerana Bersatu lebih menghormati Pas sebagai equal share partner dan bukan bertindak sebagai big brother,” kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman kepada Sinar Harian.
Faiz juga mempersoalkan kenyataan berterusan tidak jelas dan tegas daripada Ahmad Zahid dalam mempertahankan kesepakatan kerajaan PN, baik di Pusat atau negeri, sehinggakan pada satu tahap, ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak menolak berlaku penjajaran politik baharu dengan parti pembangkang termasuk DAP.
“Adakah UMNO hendak memberi kata dua kepada Pas dan Bersatu melalui kenyataan itu? Secara peribadi, Bersatu agak geram dengan taktik politik ugut-mengugut yang semakin menjadi-jadi dimainkan UMNO terhadap Bersatu dan Pas,” katanya.
Faiz juga mendedahkan jemputan UMNO mengajak Bersatu menyertai MN juga bersifat ‘ajak-ajak ayam’ apabila tiada sebarang tindakan susulan daripada parti itu sebaik sahaja Bersatu menerima pelawaan berkenaan.
“Bila Bersatu persiap diri untuk masuk MN, tiba-tiba tiada follow up daripada pihak sebelah sana. MN tiada panggil Bersatu dan sebut nama parti kami dalam sebarang kenyataan MN.
“Berikutan itu, Pas sebenarnya dapat menilai siapa lebih jujur dalam menjayakan kerjasama politik di antara koalisi MN atau PN,” katanya.
No Anwar, no DAP
Di sebalik status kerjasama politik dalam MN menjadi tanda-tanya, Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berpandangan gabungan UMNO dan Pas itu masih penting dengan Pas tetap komited menjayakan MN demi menyatukan orang Islam.
“Pas melihat MN dan PN adalah selari dengan kedua-duanya dijayakan demi penyatuan ummah.
“Tidak timbul soal perbezaan MN dan PN kerana kedua-duanya penting menentukan kestabilan negara selain menjadi penyelamat Malaysia daripada sejarah hitam pentadbiran PH (Pakatan Harapan),” katanya.
Bagaimanapun, Kamaruzaman mengakui terdapat sedikit permasalahan berlaku di peringkat akar umbi, mengambil kira krisis politik semasa yang berlaku di Perak ketika ini.
“Kerajaan PN adalah kerajaan tidak dirancang yang terbentuk secara ad hoc, tidak dinafikan memang ada sedikit masalah.
“Saya percaya melalui meja rundingan, isu di Perak akan dapat diselesaikan menerusi kesepakatan tiga parti iaitu Pas, Bersatu dan UMNO.
“Cuma saya melihat keperluan penubuhan segera Majlis Presiden PN, yang turut melibatkan Ahmad Zahid sangat mendesak dan perlu dilaksanakan segera kerana ia platform terbaik ketiga-tiga parti menyelesaikan apa jua isu,” katanya.
Pandangan sama turut diutarakan Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa yang mengakui penubuhan Majlis Presiden PN bakal memastikan tiada berlaku percanggahan atau ketidakcelaruan kenyataan antara pemimpin tiga parti berkenaan.
“Sekarang ini ketiga-tiga parti kena wujudkan Majlis Presiden PN…kena bincang betul-betul, buang tepi agenda parti dan peribadi demi capai kemenangan majoriti dua pertiga pada PRU15,” katanya.
Othman turut menegaskan krisis politik di Perak tidak mencerminkan kedudukan terkini MN dengan kerjasama politik UMNO-Pas masih menjadi agenda besar kedua-dua parti.
“Cuma saya hendak nasihatkan sebagai veteran UMNO, semua pihak jangan terlalu memainkan emosi dan membesarkan isu pada saat kita mempunyai agenda MN. Kena cari titik persamaan kerana politik sekarang adalah politik persepakatan,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim mengulangi keperluan MN diteruskan antara UMNO dan Pas selain hubungan erat dengan Bersatu akan terus dikekalkan.
“Kerjasama UMNO, Bersatu dan Pas amat penting untuk membolehkan kerajaan ini mendapat sokongan majoriti dua pertiga kerusi pada PRU15,” katanya.
Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau turut menegaskan pendirian UMNO masih lagi berpaksikan ‘No Anwar, No DAP’ meskipun Ahmad Zahid sebelum ini membayangkan parti itu mungkin boleh bekerjasama dengan parti pembangkang termasuk DAP.
“(Ahmad) Zahid hanya boleh beri pandangan sebagai Presiden parti, tetapi pendirian parti masih lagi ‘No Anwar, No DAP’.
“Kenyataan beliau tidak akan hakis keyakinan rakyat terhadap UMNO,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/09/umno-punca-muafakat-nasional-bakal-terkubur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Khianat Perpaduan Ummah Umno Cuba Robek Muafakat Nasional

Umno Khianat Perpaduan Ummah Umno Cuba Robek Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 207 hits
Lihat Tok Guru Di apit Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dengan senyuman puas TokMat dan Zahid begitu kita melihat betapa ikhlas dan tulusnya agenda perpaduan ketika itu Ketika kemarin Zahid tergamak buat kenyataan utk berpeluk dengan DAP...
Hubungan Muafakat Nasional Di Lihat Terjejas Selepas Wujudnya Tiga Kem Di Dalam Umno

Hubungan Muafakat Nasional Di Lihat Terjejas Selepas Wujudnya Tiga Kem Di Dalam Umno

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 209 hits
KUALA LUMPUR Kepimpinan tertinggi PAS dan UMNO diharap bijak untuk mengatur strategi tidak tamak mempertahankan kepentingan sendiri supaya Muafakat Nasional terus dipertahankan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mokhtar Senik berkata kekuata...
Ke Mana Halatuju Muafakat Nasional Selepas Perak

Ke Mana Halatuju Muafakat Nasional Selepas Perak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 217 hits
Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini menyaksikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Dalam undian belah bahagi pada sesi persidangan DUN negeri itu pagi ini beliau ...
Bakal Timbalan Perdana Menteri Dari Pas Bukan Umno

Bakal Timbalan Perdana Menteri Dari Pas Bukan Umno

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 364 hits
malaysiadateline comPas dilihat lebih mesra Bersatu ketika parti diterajui Muhyiddin itu terus dicemburui Umno Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat duduk di sebelah kanan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan malam tadi ...
Belanjawan 2021 Rencana Jahat Yang Memakan Tuan Ph Bakal Terkubur

Belanjawan 2021 Rencana Jahat Yang Memakan Tuan Ph Bakal Terkubur

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 231 hits
Kejayaan Kerajaan Perikatan Nasional mendapat sokongan Dewan Rakyat dalam meluluskan Belanjawan 2021 di peringkat dasar atau Bacaan Kedua pada 26 November 2020 nampaknya akan menjadi punca kehancuran PH Inilah yang dinamakan rancangan jahat...
Umno Tolak Logo Perikatan Nasional

Umno Tolak Logo Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 275 hits
Namun beliau berkata cadangan Muafakat Nasional didaftarkan sebagai gabungan parti dilihat sukar dilaksanakan memandangkan PAS sudah bersama PERIKATAN NASIONAL Maka adalah mustahil bagi sebuah parti untuk berada dalam dua gabungan parti kat...
Annuar Musa Umno Barisan And Muafakat To Each Hold Talks On Formation Of New Perak Govt

Annuar Musa Umno Barisan And Muafakat To Each Hold Talks On Formation Of New Perak Govt

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 190 hits
Umno Barisan Nasional and Muafakat Nasional will be involved in a series of meetings over the next few days to discuss the formation of the new Perak government BN secretary general Tan Sri Annuar Musa said Umno s Supreme Council will meet ...
Antara Perikatan Nasional Dan Muafakat Nasional

Antara Perikatan Nasional Dan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 235 hits
oleh ZAMIR GHAZALI Wacana ramai rakan politik saya selalu mengangkat persoalan ini iaitu antara Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional yang manakah lebih sukar untuk didepani Pakatan Harapan dalam PRU15 Terus terang saya lebih gembira jik...
Semangat Setiakawan Dalam Perikatan Nasional Pas Umno Ppbm

Semangat Setiakawan Dalam Perikatan Nasional Pas Umno Ppbm

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 276 hits
Parlimen hari ini semangat setiakawan dalam Perikatan Nasional PAS UMNO PPBM In sya Allah demi Islam dan ummah kita genggam erat ikatan ukhuwwah ini tidak sesekali akan tikam belakang sahabat Perkukuhkan MN Pertahankan PN Penyatuan Ummah MR...
Eugene Levy S Toronto

5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Ge14 S Impact On State Federal Relations

Ringgit Opens Lower Ahead Of Bnm S Opr Release

Kaya Raya Bayar Rm17 Juta Secara Tunai Rumah Mewah Jennie Bp Didedahkan

Jangan Pandang Belakang 2

Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


The Houston Hemp Flower Community Connecting With Like Minded Users

Sanggup Bawa Asid Dari Johor Ke Kelantan Simbah Rakan

5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Tips Hadapi Anak Anak Tantrum

The Lies And Fraudulent Claims Of Matcvs Proven

Berhenti Menjaja Serangan Bola Sepak