Umno Pn Lupakan Sengketa Seru Berhimpun Demi Najib




Umno, PN lupakan sengketa - seru berhimpun demi Najib


Diterbitkan:  Dec 29, 2024 




Umno dan Perikatan Nasional (PN) dijangka memilih ‘gencatan senjata’ dan ‘bergabung’ seketika apabila dijangka akan bersolidariti bersama untuk bekas perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 6 Jan nanti.


Himpunan setiakawan itu bertepatan dengan perbicaraan Mahkamah Rayuan berhubung dakwaan titah tambahan diraja yang boleh membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.


Dalam memo dalaman, yang turut dilihat oleh Malaysiakini, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menyeru pemimpin parti untuk menggerakkan ahli ke perhimpunan itu, yang dijadualkan pada jam 9 pagi di luar Istana Kehakiman di Putrajaya.


“Sila pastikan ahli hadir, untuk menghantar isyarat kepada kerajaan Madani yang dipimpin oleh PMX tentang keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang, yang dituntut rakyat,” katanya menerusi memo berkenaan.


Seorang sumber pentadbiran PAS mengesahkan kepada Malaysiakini kesahihan memo itu dan memberi jaminan ahli parti akan menyertai perhimpunan itu.


Semalam Malaysiakini melaporkan permohonan Najib untuk menghabiskan baki hukuman penjaranya dengan tahanan di rumah perlu dibuat melalui saluran yang betul.


Jabatan Peguam Negara menyatakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan semua permohonan pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan mesti mengikut “tatacara dan salurang yang telah ditetapkan” dan bukan melalui cara lain.


Najib sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah didapati bersalah atas tuduhan rasuah dalam kes SRC International melibatkan dana RM42 juta.


Susulan mesyuarat pada 29 Januari lalu, Lembaga Pengampunan memutuskan untuk mengurangkan hukumannya kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.


Namun, terdapat dakwaan Pengerusi Lembaga Pengampunan ketika itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah turut mengeluarkan titah tambahan agar Najib menjalani baki hukuman di rumah.


Najib memfailkan semakan kehakiman agar kerajaan mendedahkan jika perintah itu wujud dan jika ada untuk kerajaan melaksanakan perintah tersebut.


Dalam perkembangan berkaitan, media tempatan melaporkan Bersatu tidak akan menghalang ahlinya daripada menyertai perhimpunan itu.


Ketua Wanita Bersatu Mas Ermieyati Samsudin (gambar atas) berkata pemimpin Bersatu tidak mengeluarkan sebarang arahan khusus melarang ahli parti menunjukkan rasa setiakawan kepada Najib.


“Saya yakin akan ada pemimpin Bersatu yang hadir, dan saya sendiri tidak menolak kemungkinan menyertainya untuk menunjukkan solidariti,” katanya.


Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menyatakan perhimpunan aman itu tanda solidariti bersama Najib.


“Semua bahagian Umno akan menghantar ahli, kecuali Sabah. Perhimpunan itu mencari penjelasan mengenai dakwaan titah tambahan diraja dan pelaksanaannya,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/umno-pn-lupakan-sengketa-seru-berhimpun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Retak Pas Sokong Najib Demi Dekati Umno Lelaki Ugut Baby Shima Tela

Pn Retak Pas Sokong Najib Demi Dekati Umno Lelaki Ugut Baby Shima Tela

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 162 hits
Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan mendakwa PAS cuba mendekati Umno dengan mengadakan himpunan solidariti Najib Razak pada 6 Jan ini disebabkan hubungannya dengan Bersatu mula retak Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer berkata parti itu jug...
Solidariti Najib Razak Penyatuan Kembali Umno X Pas Ker

Solidariti Najib Razak Penyatuan Kembali Umno X Pas Ker

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 213 hits
katanya semboyan dah dibunyikan UMNO x PAS kan kali ni Bersatu macam berat hati nak join
Umno S Exit From Rally Contradicts Solidarity For Najib Says Pas No 2

Umno S Exit From Rally Contradicts Solidarity For Najib Says Pas No 2

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 513 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man said Umno should join the Jan 6 rally to dispel the perception that it is only a loyal follower of DAP PETALING JAYA PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man has slammed Umno for pulling out of a rally planned for Mo...
Mca Seru Ahli Hadir Solidariti Najib

Mca Seru Ahli Hadir Solidariti Najib

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 147 hits
MCA berkata pihaknya dimaklumkan mengenai himpunan 6 Jan itu oleh Umno dua minggu lepas dan ahlinya dijangka mengambil bahagian PETALING JAYA MCA menyeru ahlinya menghadiri himpunan yang akan diadakan pada 6 Jan ini bagi menunjukkan solidar...
Terkini Umno Umum Tidak Akan Teruskan Himpunan Solidariti Najib Razak

Terkini Umno Umum Tidak Akan Teruskan Himpunan Solidariti Najib Razak

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 147 hits
SITI NUR ZAWANIJanuary 2025UMNO memutuskan untuk tidak meneruskan perhimpunan solidariti untuk Datuk Seri Najib Razak pada 6 Januari depan demi menghormati titah Yang di Pertuan Agong Setiausaha Agungnya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata...
Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Every Scratch On This 1955 Bsa Gold Star Tells A Story

Benedict Tandang Mansang Rerigang Pulai Lelingai Chord

3h2m Park Avenue Sungai Petani

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Unifi Dah Boleh Guna

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Tips Bawa Power Bank Dalam Flight Untuk Korang Yang Nak Travel N

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella